Sunday, March 19, 2006

 
JUBLI EMAS

Duduk Bersanding
Bathera Masih Kukuh
Jalinan Emas


Malam tadi ep dan isteri menghadiri majlis ulangtahun perkahwinan teman ep yang ke-50. Biasanya disebut sebagai sambutan Jubli Emas atau Golden Wedding Annivesary. Berbetulan pula pada malam itu beliau menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-73. Ramai sahabat handai dan kaum kerabat yang dijemput untuk meraikan majlis yang dianjurkan oleh anak-anak beliau di sebuah hotel di KL.

Hidup bersama dalam ikatan perkahwinan selama 50 tahun merupakan satu ikatan yang amat lama. Tak ramai yang sampai ke tahap itu apatah lagi di zaman yang penuh dengan pancaroba ini.

Resipi untuk kekal bersama pasangan?

|

Wednesday, March 08, 2006

 
TERKEJUT

Batasan Sawah
Puyuh Bergegas Terbang
Pesawah Jatuh


Semasa kecil-kecil dulu ketika berjalan di atas batas sawah padi, ep sering dikejutkan oleh burung puyuh yang tiba-tiba terbang di hadapan ep. Ada juga kalanya ep jatuh ke dalam sawah dek kerana kejutan itu. Keadaan burung puyuh pun begitu juga agaknya. Terkejut dek kerana ada makhluk asing yang menghampiri tempah singgahnya.

Dalam kehidupan pun kita sering dikejutkan dengan terjadinya sesuatu kejadian dimana diri kita tidak atau belum bersedia. Adakalanya walaupun sudah bersedia kita masih juga terkejut disebabkan perkara yang terjadi itu diluar dugaan atau jangkaan awal.

Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini maka kita perlulah membuat persediaan awal. Namun begitu ramai yang masih tidak berbuat apa-apa persediaan awal walaupun mereka telah diberitahu akan akibatnya.

Sudahkah anda membuat persediaan awal?

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com