Monday, June 27, 2005

 

TERSALAH KOMUTER

Kommuter Sampai
Gegas Duduk Di Bangku
Silap Tujuan


Saja nak test kemudahan meng'upload' gambar dengan blogspot. Dan nak tengok apa dah jadi dengan haloscan. Nombor komen tak berubah!!!

|

Sunday, June 26, 2005

 
TERSEKAT

Dadu Domino
Rebahnya Berurutan
Pangkat Tersekat


Di dalam sebuah oraganisasi tertutup kenaikan pangkat sesuatu masa adalah terhad. Pada kebiasaannya keadaan ini akan menyebabkan terdapatnya seseorang itu berada ditahap maksimum pada tangga gaji. Situasi dimana dirinya tidak mendapat pergerakkan gaji untuk sekian lama.

Apabila terdapat kekosongan barulah ada pergerakkan. Biasanya kekosongan yang satu akan menyebabkan timbulnya kekosongan yang lain. Maka terjadilah apa yang dikatakan efek domino. Dan dengan itu juga maka timbullah beberapa insan yang berinspirasi atau beraspirasi untuk mengisi kekosongan itu. Oleh kerana jumlah kekosongan terhad dan insan yang berkelayakan ramai mau tidak mau ramai akan gagal untuk mengisi kekosong itu dan akan merasa kecewa disebabkannya.

Pada kebiasaannya kekecewaan akan mengundang rentetan rungutan ketidakpuasan. Ada saja yang tak kena. Bagi yang beriman pula mereka menganggap itu merupakan takdir dari Illahi dan mereka menerimanya dengan redha. Itulah yang sebaik-baiknya.

|

Monday, June 20, 2005

 
NIKMAT SEMENTARA

Mendulang Emas
Jari Menggorek Hidung
Badan Mengiggil


Mendulang emas dengan jerih payah di dalam sungai yang airnya dingin hinggakan badan mengiggil kerananya. Bagi sesetengah insan itu merupakan mata pencarian setiap hari. Ada juga yang melakukannya kerana ingin mendapat kekayaan dengan cepat. Kekayaan yang diperolehi atau nikmat ini hanya bersifat sementara sahaja.

Keadaan yang hampir serupa dirasakan oleh sipenggorek hidung. Begitu sukar untuk membuang selaput najis di dalam hidung. Apabila diperolehinya maka najis tersebut dibuangnya. Adakalanya ketika mengorek lubang hidung itu dirasakan begitu mengasyikkan. Suatu kenikmatan yang tersendiri. Kadang terjadi jua keadaan dimana perbuatan terlalu aggresif menggorek hidung dapat mencederakan lapisan dalam hidung tersebut walau terdapat kepuasan sementara.

Setelah sekian lama merendam diri dalam air yang dingin maka seringkali diakhir hayat ia akan menderita kesejukaan tulang atau penyakit berikutan daripada kesejukaan itu. Malah terdapat kes dimana pendulang emas terbunuh ketika asyik mendulang dek kerana tertimbus tanah di tempat mereka mendulang. Namun ini tidak mendatangkan keserikan pada mereka yang melihat akan trajedi itu.

Insan begitu gairah mengejar keduniaan namun apakah setimbal dengan kegairahan menuntut keredhaan Allah SWT untuk hari akhirat. Alhamdulillah masih terdapat sebahagian daripada mereka yang telah insaf akan hahikat nikmat sementara ini dan berusaha keras untuk mendekati Allah SWT.

Kesedaran akan hakikat itulah yang telah membuat dirinya mengiggil. Mengiggil dek kerana takut akan siksaan daripada Allah SWT.

Begitulah sedikit sebanyak tentang apa yang tersirat disebalik haiku "Nikmat Sementara" menurut kacamata ep.

|

Wednesday, June 15, 2005

 
RINDU

Seruling Bambu
Padi Hijau Terbentang
Teringat Kampung


Setiap orang akan melalui satu fasa dimana ia akan teringat kepada kampung halaman, sahabat karib dan terutama sekali ibubapa. Baik bagi mereka yang di negeri sendiri mau pun sedang di perantauan. Response atau reaksi kepada individu juga berbeza. Ada yang efeknya sangat mendalam dan ada juga yang sekadar angin lalu sahaja.

'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri". Namun begitu masih ramai yang memilih untuk tinggal di negeri sendiri. Walau pun ada segelintir yang memilih untuk tinggal di negeri orang namun nun jauh di sudut hati ada juga yang berkeinginan untuk pulang ke negeri sendiri.

Satu perkara yang ep perhatikan adalah walaupun telah ramai, tak kira bangsa atau agama, yang tinggal di negara barat atau maju untuk sekian lamanya namun kepulangan mereka tidak banyak membawa perubahan ke arah kebaikan. Malah yang lebih teruk lagi budaya yang 'jelek' atau 'tidak baik' yang mereka pertengahkan.

Perhatikan saja sikap pemandu singapore ketika di Malaysia. Jauh berbeza sekali dengan sikap mereka ketika memandu di negera sendiri. Apa yang boleh diambil ikhtibar daripada kelakuan dan sikap pemandu singapore tersebut?

|

Monday, June 13, 2005

 
SAMBUTAN HARI WEBLOG - GEJU

Kumpulan Entah
Papan Tanda Di Taman
Cari Jawapan


Sampai di Taman Warisan Pertanian kira2 jam 9.00 pagi. Ketika itu yang ada cuma Attokz, seorang gadis dan orang yang diperkenalkan oleh Attokz sebagai 'Bapa'. Perut belum diisi sejak pagi maka kesempatan itu ep, ditemani oleh Bapa Attokz, pergi soru dulu di salah satu warung. Attokz dan teman wanitanya tak dapat ikut serta sebab dia kena jaga harta GEJU.

Selesai sarapan pergi semula ke tempat Attokz. Nampak Langsatz tengah dok jaga urusan pendaftaran. Kemudian kelihatan beberapa gerombolan GEJUius sampai. Tapi depa ni bukan mai daftar tetapi pi mengcekik dulu. Ada juga yang lepas sarapan duduk lepak-lepak sambil meriokok. Jenuh kami panggil depa mai mendaftar tapi depa masih dok buat dek juga. Rilek-rilek lagi. Bila dah ramai yang mendaftar baru depa pun mai.

Pada pada asalnya ep tak nak join 'Treasure Hunt' sebab kaki ep tengah dok sakit. Obat terlupa pula nak bawa bersama. Maka menahan kesakitanlah ep semasa berjalan. Walau dalam keadaan begitu, ep akhirnya turut serta kerana ada beberapa kumpulan yang masih kekurangan anggota. Langsatz sarankan ep join Kumpulan No. 6.

Kumpulan ini dianggotai oleh I-Lyn selaku ketua , Imtinani dan Ep. Bila ep tanya kepada I-Lyn dan Imtinani nama apa yang perlu kita beri kepada kumpulan, mereka menjawab 'NTAH'. Maka terlahirlah 'KUMPULAN NTAH'. Ini adalah merupakan kali pertama bersua muka dengan imtinani dan I-lyn. Tak sempat nak berkenalan lebih kerana program taklimat sudah bermula.

Semasa sesi taklimat suasana menjadi riuh dengan teriakan "PENALTI' dan gelak ketawa. Attokz kelihatan 'cool aje' dengan karenah GEJUis. Dalam keadaan cool pun kering juga tekaknya untuk mengawal keadaan. :-).

TREASURE HUNT

SUKANEKA

LEPAK DI PINUT's INN

ada hal yang perlu diselesaikan jadi sambung nanti malam kalau tak ngantuk...

|

Thursday, June 09, 2005

 
KEMALANGAN

Beginilah keadaan teman sekerja ep yang kemalangan tempoh hari. Kereta yang beliau pandu adala NAZA MPV. Safety Air-bag telah menyelamatkan bahagian atas beliau.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

ep baru nak testing upload gambar dengan menggunakan imageshack.

|

Monday, June 06, 2005

 
MUSIM PERKAHWINAN ATAU MUSIM KAHWIN?

Bulan Menggambang
Serigala Melaung
Ayam Membungkam


Tiba aje musim cuti sekolah maka undangan perkahwinan pun datang melimpah-limpah. Kalau dulu guru-guru sekolah mengambil kesempatan cuti sekolah untuk melangsungkan perkahwinan mereka tetapi kini tidak lagi. Pada masa inilah sanak sedara berpeluang untuk berkumpul dan merapatkan lagi silaturrahim dan ukhuwah sesama sedara dan sahabat handai.

Penetapan tarikh perkahwinan merupakan satu agenda amat penting. Bagi masyarakat Jawa dan juga Melayu pada suatu masa dulu mereka bersungguh-sungguh menghitung untuk mencari tarikh yang sesuatu agar rumahtangga selamat dan sejahtera. Kini mungkin tarikh disesuaikan dengan musim cuti sekolah juga yang bersesuaian dengan pihak perempuan agar diri mereka berada dalam keadaan bersih. Jika pada masa perkahwinan bulan sedang menggambang maka serigala akan meraung. Ayam pula akan membungkam. Nak buat camne yer!

Hidangan yang tersedia menurut kebiasaannya nasi minyak dan rendang daging. Dan bagi yang mempunyai beberapa masalah bersangkutan pemakanan maka mereka terpaksalah mengawal apa yang dimakan. Kalau tidak MC lah jawapannya. Ep hari ini kepala rasa berat skit dan sendi-sendi pun ada rasa sikit sakit. Nak pergi klinik malas maka terpaksalah ambil cuti kecemasan.

"SELAMAT PENGANTIN BARU", ep ucapkan kepada teman-teman yang baru dan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka.. Semoga perkahwinan mereka mendapat barakah daripada Allah SWT hingga ke akhir hayat.

Juga nak ucapkan "Selamat Memasuki Rumah Baru" kepada kesemua teman ep. :-)

|

Wednesday, June 01, 2005

 
MINDA ANAK

Si Anak Kecil
Minda Cerdas dan Aktif
Ibu Gelabah


Dalam proses tumbesaran si anak kecil tiada hentinya mengutip apa saja yang ditemuinya ke dalam mulut. Apabila dia sudah agak besar si ibu pula menjadi sasaran baginya menanyakan soalan yang tiada penghujung. Ini adakalanya membuatkan si-ibu menjadi gelabah atau 'mati kutu'. Tidak kurang juga yang 'naik angin'. Apatah lagi bagi mereka yang kurang berilmu pengetahuan dalam bidang yang ditanya dan kurang berhemah dalam menjawab soalan. Penting bagi kita untuk meningkatkan diri dalam apa-apa bidang terutamanya dalam bidang menjawab soalan dengan berhemah. Ini adalah proses pendidikan bagi si-anak tersebut dalam pembentukan minda dan keperibadian.

Profesor yang menjadi supervisor kepada ep memaksa dirinya untuk belajar komputer. Apabila ditanya kenapa perlu ia belajar komputer. Jawabnya 'I dont want to look stupid when asked by my son about computers'.

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com