Thursday, October 30, 2003

 
5 Ramadhan. Terawih bermula dengan surah An Nisa ayat 148 hingga tamat. Dan surah Al Maidah dari mula hingga tamat. Jumalah mereka yang hadir menunaikan sholat terawih masih bertahan. Oleh kerana ep kurang sihat maka ep sholat terawih dalam keadaan duduk aje. Semasa sholat Isyak ketika ruku' rasa macam nak muntah aje. Ini mungkin disebabkan perut kosong.. angin ler tu.. dan tulang belakang ep terasa agak sakit.. kat tempat old injury pada lower back.. inilah akbatnya salah posisi bila mengangkat barang yang berat. Ketika kejadian itu ep terpaksa tidur di atas lantai 'flat' untuk seminggu. Bila dah berumur ini.. kebanyakan 'old injuries' mulalah memberi masalah.. minyak pelincir dah berkurang dan 'joints' dah aus.

|
 
4 Ramadhan. Terawih bermula dengan surah baru yakni surah An Nisa dari ayat 1 hingga 147.

Hari ini ep cuti sebab kurang sihat. Kepala terasa berat, joints tulang2 terasa sakit dan otot2 semacam tak mau berkerja. Bila sakit macam kerja ep.. tidur. Dan oleh kerana daya pemikiran agak lemah sikit pada hari ini. ep tak bercadang nak tulis panjang... dah memang pun tak ada ide nak tulis apa.

|

Wednesday, October 29, 2003

 
3 Ramadhan. Begitu cepat masa berlalu. Esok masuk hari ketiga kita berpuasa. Malam ini semasa terawih tamat sudah Surah Ali Imran, juzuk ke-4. Besok akan bermula pula surah yang baru yakni Surah An' Nisa.

Hari ini ep berbuka di rumah. Mem kurang sihat. Jadi Anisah yang menyediakan makanan di atas meja. Ada ikan pari bakar & air asam, sambal tumis udang, ikan tengiri masak kicap dan pajeri nenas. Minuman air tebu. Walaupun berbagai makanan terhidang, selera ep tak seberapa. Tak tahulah sejak akhir-akhir ini selera ep menurun. Ep tak pasti kenapa jadi begini. Macam semasa di Big Shot tempoh hari. Ep hanya minum air kelapa saja. Yang peliknya ep tak rasa lapar.

Pada hari pertama ep berbuka di masjid. Sebelum berbuka ada tazkirah selama setengah jam bermula jam 6.30 ptg hingga 5 minit sebelum berbuka. EP perhatikan tiada kebaziran kerana makanan sebanyak 80 dulang hidangan habis kesemuanya. Seronok melihat ramai yang hadir berbuka di masjid.. makan sedulang 4 orang.

|

Tuesday, October 28, 2003

 
2 Ramadhan. Malam ini selesai terawih masuk juzuk ke-3. Dah sampai ke surah Al'Imran ayat ke-15. Yang bertahan hingga ke rakaat ke 20 hanyalah tiga shaf yakni sekitar 150 orang sahaja. Ramai yang balik selepas 8 rakaat.

Sebentar tadi cuba buka Forum GEJU tapi takleh sebab ada masalah. Jadi takleh nak baca apa yang tertulis. Mata kini pun dah ngantuk. Nak selesaikan satu dua baris lagi. Nak cerita pun tak ada bahan cerita yang menarik...

OK sign-off kat sini. Jumpa lagi dilain ketika. InsyaAllah.

|

Monday, October 27, 2003

 
1 Ramadhan. Bermula umat Islam di Malaysia berpuasa. Dengan bermulanya puasa maka bermulalah juga pasar atau bazar ramadhan. Di merata-rata tempat manusia berduyun-duyun mencari juadah untuk berbuka. Keadan mendung tidak menghalang atau 'inhibit' mereka daripada berpusu-pusu. Aroma masakan panas memenuhi persekitaran membuatkan selera terbuka. Maka terbelilah makanan melebihi yang termampu dimakan di waktu berbuka nanti. Keadaan opis yang tadinya hingar bingar kini telah menjadi sepi sebaik saja tempoh kerja tamat untuk hari ini. Kalau dulunya masih ramai yang 'stay-back' hari ini jumlah yang 'stay-back' banyak berkurang...

Sholat terawih bermula malam tadi. Alhamdulillah ramai yang membanjiri masjid. Semoga kehadiran di masjid berterusan sepanjang bulan ramadhan dan bulan-bulan seterusnya. Sungguh enak ep rasakan semasa berterawih malam tadi. Hafiz yang membacakan surah AlBaqarah dari ayat 1 hingga ke ayat 177 sebijik macam bacaan Tok Arab walaupun pembacanya bukanlah berbangsa Arab. Hafiz ini merupakan Hafiz yang masjid kami jemput untuk beberapa tahun yang lalu.

Alhamdulillah makanan untuk berbuka puasa dan more' di masjid ep sepanjang bulan ramadhan ini telah disponsor sepenuhnya oleh jemaah dan restoran di sekitar Subang Jaya. Pihak kami terpaksa menolak tawaran beberapa restoran untuk sponsor kerana kami ingin memberi peluang kepada individu. Beginilah keadaan di MDESJ setiap tahun. Semoga Allah SWT memurahkan lagi rezeki mereka-mereka yang beramal.

|

Saturday, October 25, 2003

 
Tazkirah Dr Yaacob, UiTM di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

Mukaddimah

Ayat-ayat 183 – 185 dalam surah al-Baqarah lebih menyebut berkenaan dengan prinsip, falsafah serta makna puasa Ramadhan. Sehubungan ini dan sesuai dengan kedatangan Ramadhan pada tahun ini marilah kita menyelami ayat-ayat di atas bagi mengingatkan kita kembali apakah sebenarnya Ramadhan al-Mubarak dalam kehidupan kita. Tanpa memahami falsafah serta latarbelakangnya, puasa Ramadhan mungkin kita laksanakan dengan agak dry (kering), tidak mencapai makna dan maksud sebenar. Sebaliknya yang wujud hanya perlakuan puasa mengikut kaedah dan hukum-hukum yang ditetapkan, walau pun ibadah puasa Ramadhan kita insya-Allah sah dari segi hukum feqah.

Pada hemat saya, memahami latarbelakang Ramadhan mengikut makna yang sepatutnya dan sepertimana Allah SWT kehendaki sebagai kefarduan “ke atas kita” adalah satu keperluan bagi seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sehubungan itu ungkapan “ke atas kita” yang biasa digunakan di kalangan kita sebenarnya tidak beberapa tepat. Sepatutnya ungkapan yang sesuai dan tepat adalah “kepada kita” sebagai satu anugerah Allah kepada manusia. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menekankan perkara ini memandangkan masih terdapat di kalangan masyarakat kita (masyarakat Islam) yang melihat puasa dari perspektif yang begitu negative umpamanya apabila sering menggunakan ungkapan : “kena puasa”. Apabila Ramadhan sampai, antara kita ada yang menyebut : “kena puasa lah kita”. Kenapa digunakan ungkapan “kena”? Masyarakat moden yang tinggal di bandar serta dianggap warga elit dan berpelajaran tidak sepatutnya menggunakan ungkapan sedemikian. Sedangkan penduduk di kampung-kampung pula sering berkata : “menyambut” puasa bukan “kena” puasa. Ini membri makna orang kampung lebih faham daripada mereka yang dibandar walaupun tanpa kelulusan SPM, diploma, ijazah atau pun diantaranya ada yang bergelar professor, orang-orang besar, pangkat tinggi dan sebagainya. Apabila anak bulan Ramadhan kelihatan, ada antara kita yang mengeluh : “hai ! nampak pula”. Bila anak bulan Syawal pula tidak kelihatan, keluhan juga berlaku dengan berbunyi : “tidak nampak pula, esok kena puasa lagi lah kita”. Walaupun ungkapan-ungkapan sebegini bukanlah salah dan mungkin bukanlah berdosa, namun bahasa sedemikian tidak begitu sesuai, tidak begitu sopan dan tidak beradab terhadap Ramadhan. Seoalah-olah kita begitu benci (tidak suka) pada Ramadhan. Mungkin perasaan benci atau rasa terpaksa ini yang menyebabkan masyarakat kita sering menggunakan bahasa “kena” seperti “kena keluar zakat”, “kena sembahyang” dan sebagainya. Sewajarnya kita sebut sebaliknya iaitu “dapat keluar zakat”, “dapat berpuasa” dan lain-lain. .


|
 
Nukilan teman ep yang kini berada di UK...

Andai Ini Ramadhan Terakhir
--------------------------------------

wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh, minda, dan
qalbu...bersatu memperhamba diri mengadap Rabbul Jalil... menangisi
kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil
'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan
hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi...
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita


Rohaida Abdul Rahim
76 Ratcliffe Road
Loughborough
Leicestershire
LE11 1LH

|

Friday, October 24, 2003

 
Apa yang dah jadi dengan blogger nih? Dua kali ep posting .. hilang tak berkesan. Agak panjang jugalah apa yang ep tulis tadi tu. Dan oleh kerana ep tulis secara impromptu, i.e., apa yang terlintas diakal, maka tak dapatlah ep kemukakannya sekali lagi curahan sebentar tadi. Beginilah adanya. Kita berusaha tetapi Allah SWT yang menentukan. Namun apakah kita mesti berputus asa kerananya. Tidak sekali kali. Ianya merupakan ujian ke atas keimanan. Sama ada kita dapat atau boleh bersabar terhadap musibah yang menimpa...

stop kat sini dulu.. kot kot terjadi apa yang terjadi sebelum ini...

|

Wednesday, October 22, 2003

 
Malam ini selepas sholat isyak ada mesyuarat JK Ramadhan. Alhamdulillah rancangan berjalan lancar. Imam hafiz akan tiba pada hari ahad ini. Sponsor untuk makanan berbuka dan more' amat menggalakan. Setakat ini sudah ada sponsor untuk 15 hari. Kadar bayaran yang kami kenakan untuk makan berbuka dan more adalah RM 850/semalam.

Seperti pada tahun-tahun yang lepas masjid kami akan adakan tazkirah sebelum berbuka puasa dan selepas sholat maghrib sehingga waktu isyak. Imam Hafiz akan membaca > 1 juzuk untuk beberapa malam yang awal dan kemudiannya 1 juzuk. Biasanya akan khatam pada malam 27 Ramadhan.

Untuk 10 malam terakhir ramadhan akan diadakan qiamullial. Masjid akan sediakan makanan untuk bersahur.

Begitulah serba ringkas aktiviti untuk bulan ramadhan ini di masjid ep. Disebabkan itu sekiranya ada jemputan untuk berbuka puasa di tempat lain ep terpaksa tolak.

|
 
Sudah seminggu lebih ep tak update blog ini. Bukan tak ada cerita.. tetapi ep dilanda penyakit... penyakit malas. Kebzan yang melanda membuatkan ep tak dapat nak merangkaikan kata-kata. Kalau begini berterusan besar kemungkinan weblog ini akan menjadi sarang labah-labah. Disebabkan kuatir otak ep pun jadi sarang labah-labah maka ep pun kerahkan tenaga menconteng sedikit sebanyak cerita yang terjadi pada hari ini...

Hari ini bergegas ke Hotel Istana untuk menghadiri persidangan. Ingatkan program bermula pada jam 8.30 pagi rupanya jam 9.00 pagi. Bila sampai kat hotel baru terasa lega. Mana taknya ep adalah salah seorang juru lapor untuk kertas kerja yang pertama pada pagi ini. Biasanya kalau dah ada kertas kerja mudah sikit nak buat ringkasan laporan. Tetapi untuk kertas kerja pada pagi ini penulis belum lagi berikan kepada sekretariat. Hmm.. jadi kalutlah sikit ep. Alhamdulillah oleh kerana pembentang kertas kerja datang lewat, kertas kerja ditunda kepada sesi kedua dan yang lebih penting pembentang kerja sampai semasa pembentangan kertas kerja yang kedua. Apa lagi ep pun hampiri pembentang kertas kerja itu dan meminta daripadanya kertas kerjanya. Terus buat fotocopy dan buat ringkasan. Bila selesai ep tarik nafas lega.

Persidangan pada hari ini setengah hari saja. Semalam sehari penuh...

|

Sunday, October 12, 2003

 
Mulai tanggal 13 Okt hingga ke 18 Okt, ep akan berada di Hotel Park Royal, Penang kerana menganjurkan kursus. Jadi dijangkakan dalam masa seminggu tu weblog ep tak berupdate ler nampaknya. Lecture di sebelah siang dan case studies di sebelah malam.

Perjalanan ke Tanjung terpaksa dilakukan dengan kereta. Kapal terbang dah penuh. Dapat kelulusan daripada KP terlalu lambat. Tu pun kelulusan secara verbal saja. Terpaksa pada hari sabtu , 11 okt, menghubungi teman kat HRM suruh buat surat perlepasan dengan segera. Ding dong main faks.

Pada hari jumaat baru-baru ni kereta ep bermasalah sikit. .. bila nak start kereta di ampang park... kereta tak nak start. Terpaksa buat 'jump start'. Ep ingatkan bateri punya hal maka ep pun tukarlah bateri sesampainya ep di workshop. Kos bateri century RM 120. Mau tak fulus pun terbanglah. Pada hari Sabtu bila keluar daripada tempat parking kat opis.. kereta mengalami segugut.. terhenjut-henjut. Dalam fikiran ep kalau bateri dah tukar baru dan kereta masih mengalami segugut.. kemungkinan besar 'alternator' punya hal ler. Pi singgah kat workshop. Disahkan oleh mekanik memang alternator punya hal. Mau tak mau kena tukarlah alternator tersebut. Tukar alternator recon aje.. kosnya RM 180 termasuk kos servis. Terbang lagi fulus. Walau apa pun ep bersyukur kehadirat Allah SWT kerana kejadian pada kereta ep terjadi semasa ep masih di sini. Kalau terjadi semasa perjalanan ke Penang.... hmm Allah SWT saja yang mengetahuinya. Ep berdoa kepada Allah SWT agar perjalanan ep selamat dan dipermudahkan segala urusan.

Lani ep masih kat rumah lagi. Pakaian dsbnya masih belum disiapkan lagi. Ep rancang jam 2.30 atau jam 3.00 nanti bertolak dari rumah. Kalau diambil kira 5 jam perjalanan maka ep akan sampai kat Hotel tu kira-kira pada jam 8.00-8.30 malam, InsyaAllah...

|

Saturday, October 11, 2003

 
Adakah kaum lelaki kini dah termasuk spesis 'endangered'? Itu merupakan soalan yang ditanya oleh rakan-rakan panel temuduga. Kenapa? Kini agak sukar untuk mendapatkan pekerja lelaki. Dari 50 yang datang untuk temuduga 75% terdiri dari kaum wanita. Walaupun kaum wanita mengatakan mereka boleh buat apa saja pekerjaan yang dilakukan oleh kaum lelaki.. namun tidak dapat dinafikan ada perkerjaan yang memerlukan tenaga kekuatan fisikal.. disinilah diperlukan perkerja lelaki.

Dalam sesi temuduga itu.. generally kaum wanita 'performs better than' kaum lelaki. Adakah ini kerana mereka memang petah bercakap? Tak juga. Keperibadian dan keyakinan merupakan teras dalam aspek ini. Amazing betapa yakinnya akan dirinya. Terdapat juga yang mempunyai masalah 'attitude'.

Walaupun perkerjaan yang ditawarkan itu mengkehendaki lulusan sijil saja, namun ada yang datang dengan diploma dan juga ijazah. Yang berkelulusan ijazah hanya diketahui semasa sesi temuduga kerana mereka tidak memasukkan kelulusan ijazah sewaktu memohon pekerjaan itu. Juga ada beberapa yang sanggup bertukar tempat kerja daripada swasta ke kerajaan dengan gaji yang lebih rendah hanya kerana mereka berpendapat berkerja dengan kerajaan memberikan 'job security'.


|
 
Selesai sholat maghrib ep telah diperkenalkan oleh teman ep kepada seseorang. Pada ketika itu ep tidak berapa cam orang tersebut. Maklum sajalah sudah terlalu tidak berjumpa dan keadaan fisikalnya telah banyak berubah. Kalau dulu berbadan tegap (anak muda belasan tahun) kini badannya telah bertambah saiznya. Semasa berpelukan kedua tangan ep tidak bertemu.. bergitulah ukuran badan. Bagi ep itu tidak aneh. Ada sesuatu yang terjadi padanya yang mencuit hati ep. Nikmat pengelihatannya kini sudah tiada. Kini pergerakkannya dibantu oleh anaknya.

Nikmat yang diberikan Allah kepada kita sungguh luas dan besar. Di akhirat nanti kita akan disoal apa yang telah kita lakukan dengan nikmat pemberian Allah SWT.

Manusia pada keseluruhannya tidak akan menghargai sesuatu yang ia dapatkan dengan percuma atau dengan harga yang murah. Apabila nikmat, seumpama sihat badan, yang diberikan Allah SWT itu ditarik, yakni kita jatuh sakit, barulah kita menyedari akan betapa besar nikmat tersebut. Dari situ jugalah kita akan mengetahui iman dalam diri samada kita dapat menerima ujian Allah SWT atau pun tidak.

Semoga kita semua mendapat bimbingan daripada Allah SWT menyelusuri hari-hari yang kita temui...


|

Monday, October 06, 2003

 
Sabtu, 4 Oktober 2003....
Sepertimana biasa pada setiap sabtu cuti selepas sholat subuh diadakah tazkirah. Topik yang kami tetapkan ada "Perkara-perkara yang membatalkan syahadah". Bila diingat balik akan perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah ngeri juga. Mana tak ngeri. Allah SWT mengampun segala dosa kecuali dosa syirik. Dengan demikian kita mestilah selalu bertaubat dan memperbaharui syadah.

Selepas tazkirah subuh ep biasanya ada sarapan. Pagi ini nasi lemak dan teh 'o'. Makan sedulang empat orang. EP perhatikan makan bersama kengkawan sungguh nikmat. Kekadang tu sebelum makan tak ada selera.. tetapi setelah menjamah dua tiga suap berselera pulak. Tu kot sebabnya dulang yang dipenuhi dengan nasi dan sambal tumis ikan bilis.. habis langsai kami bedal...

Jam 10.00 pagi kami dah mula bersiap-siap untuk pergi walimah teman, IJAN & MUJAHID, di Melaka. Lebih kurang jam 10.30 pagi kami pun keluar daripada rumah menyelusuri KESAS ke TOL Sungai Besi.

Tiga keluarga berkumpul di Tol Sungai Besi seperti dijanjikan jam 10.30 pagi. Yang sampai dulu zino, kemudian ep dan kemudian lagi melur. Semasa menunggu di Tol Sungai Besi tu kelihatan ada beberapa rombongan lain yang sedang menunggu rakan-rakan serombongan. Setibanya melur kami pun berbincang untuk menetapkan ketua rombongan. Berhubung Melaka dan N9 berjiran kami sepakat untuk lantik Zino sebagai ketua. Maka berangkat kami ke Masjid Tanah melaka. Setelah keluar tol kami berrehat di Alor Gajah. Tujuannya nak tunggu geng daripada Pahang, checi. Sementara menunggu kami pi pekena cucur udang kat Warung Barudin atau Burhanuddin, tak berapa nak ingat. Tapi pokoknya ada Bur dipangkal dan ada Din dihujung.

Eh.. lupa nak bagi tahu.. perut ep tak berapa sihat sikit. Setibanya di Alor Gajah ep pi cari bank untuk menambung. Nasib baik kat taman di alor gajah tu banknya ada jaga dan keadaan bank bersih. Maka bolehlah ep menabung. Kalau tidak bisa gawat juga.

Sedang kami makan cucur udang tu, checi pun sampai. Tapi dia tak join makan sama. Dia kata takut terlambat sampai kat rumah Ijan. Dia tak nak miss sesi bergambar pengantin.

Rombongan 4 keluarga pun bertolaklah ke rumah ijan berpandukan peta pada kad jemputan. Nak dijadikan cerita, terdisi GENG Keluarga berekspedisi, apa tu... tersalah ambik simpang.. soset ler tu. Terpaksa patah balik ke simpang semula. Dalam perjalana tu perut ep meragam semula setelah makan cucur udang dan kikapoo. OLeh kerana tiada tempat persinggahan terpaksalah ep mengkontrol keadaan agar tidak diluar kawalan.. takler sampai keluar peluh dingin. OK sambung cerita. EP ambil alih menjadi kapitan rombongan. Alhamdulillah sampai ke simpang sepertimana tertera dalam peta. Bermula dari sini ep serahkan tugas ke zino semula. Alhamdulillah kita sampai ke rumah Ijan.

Sesampai rumah ijan ramai pengunjung dah pulang. Ijan & partner tengah sibuk bergambar dengan kenalan-kenalan mereka. Ep dengan keadaan perut yang memulas tu cepat-cepat pergi ke bahagian belakang rumah ijan (oleh kerana dah pernah pergi ep tahulah kat mana rumah kecil). Sebelum tu ep bersalaman dulu dengan bapa ijan. Setelah bertegur sapa dan mengucapkan selamat.. ep buka langkah...

Air... air.. pressure kurang dan paip tak keluar air. Terpaksa pi ambil baldi dan ceduk air daripada takungan air... bersambung kalau rajin

|

Thursday, October 02, 2003

 
Lagu ini mengingatkan ep pada suatu silam.. semasa ep belajar bahasa jepun. Sensei-wa (perempuan) yang datangnya daripada Jepun telah mendendangkan lagu ini kepada kami. Lagu ini bolehlah dikatakan salah satu lagu hits dimasa itu... sayang tak dapat nak cari midi lagu ini.. kalau tidak boleh juga dimainkan disini untuk didengar bersama...

(pssst.. ep tak reti lagi bagaimana nak letakkan script lagu kat sini. Lepas ni nak pi tanya kat ilham_hanna atau sesiapa saja yang ada mainkan lagu dalam weblog mereka)

Sukiyaki by Kyu Sakamoto

ue o muite arukou
namida ga kobore naiyouni
omoidasu harunohi
hitoribotchi no yoru

ue o muite arukou
nijinda hosi o kazoete
omoidasu natsunohi
hitoribotchi no yoru

shiawase wa kumo no ueni
shiawase wa sora no ueni

ue o muite arukou
namida ga kobore naiyouni
nakinagara aruku
hitoribotchi no yoru

whistling

omoidasu akinohi
hitoribotchi no yoru

kanashimi wa hosino kageni
kanashimi wa tsukino kageni

ue o muite arukou
namida ga kobore naiyouni
nakinagara aruku
hitoribotchi no yoru

(whistling)

-----------------------

Translation:

I look up when I walk so the tears won't fall
Remembering those happy spring days
But tonight I'm all alone

I look up when I walk, counting the stars with tearful eyes
Remembering those happy summer days
But tonight I'm all alone

Happiness lies beyond the clouds
Happiness lies above the sky

I look up when I walk so the tears won't fall
Though my heart is filled with sorrow
For tonight I'm all alone

whistling

Remembering those happy autumn days
But tonight I'm all alone

Sadness hides in the shadow of the stars
Sadness lurks in the shadow of the moon

I look up when I walk so the tears won't fall
Though my heart is filled with sorrow
For tonight I'm all alone


|

Wednesday, October 01, 2003

 
Ni dapat dari blog Cikdaun.. nak belajar taruk gambar dalam blog. Camni boleh tenguk scriptnya..

|
 
Season = Autumn
You're Most Like The Season Autumn ...

You're warm, and the most approachable. You have
that gentle prescence about you. People can
relate to you, and find you easy company.
However it's likely you've been hurt in the
past and it has left you scarred so things can
become rather chilly with you at times. Being
the third Season in, you're mature, trustworthy
and loyal to your friends but prone to
depression and negative thinking.

Well done... You're the shy and sensitive season :)


?? Which Season Are You ??
brought to you by Quizilla

|
 
Kemampuan Diri

Sebenarnya kita tidak tahu akan kemampuan diri sekiranya tidak diuji. Contohnya membuat pantun.. sekiranya kita berfikir sejenak maka kita biasanya dapat membuat pantun. Jangan dipertikai tentang kualiti yang penting mencuba. Kualiti atau 'skill' biasanya akan datang setelah diasah dan di'buffer' oleh ilmu. Sebagai contoh ep iseng-iseng tulis pantun yang dimulakan oleh budak CT untuk memeriahkan folder 'PERADUAN SAMBUNG PANTUN'.

Berdasarkan pembayang maksud,

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap


ep tak sangka yang ep telah buat lumayan juga banyaknya pantun.

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Duduk sembang nafas semput
Makan lebih otak lembap... kan dah cakap jangan melampau!

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Tok dan abang pakai janggut
Nenek dan kakak pakai mekap... adik pakai ape yek!

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Masa jiwang datang berjemput
Masa berhantu tidur tak lelap.... angau malam lah ni!

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Tempoh barang sudah luput
Patutler makanan rasa tak sedap... tu ler lain kali perati betoi2..

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Ct tayang Salji kecut
Badan membatu bicara gagap... ni kes ape plak?

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Abang sayang janganlah kedekut
sebutir berlian mana boleh bengkrap...

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Zhoulsz bimbang dan CT takut
Siapa menjadi pilihan tetap

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Kenapa berjauhan disebut-sebut
Kala berdepan kenapa sengap...lidah kelu seribu bahasa

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Jantung bergetar nadi berdenyut
Orang ditegur ternyata silap...kes pelanduk dua serupa kot

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Duduk bersembang di atas rumput
Pihak penguasa serang hendap......kes nyanya ni

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Aku pulang hang ikut
aku gerak laju hang gerak lembap..bukan bayang-bayang tau

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
setiap hari makan seciput
kenapa badan jadi gedebap...itu namanya enjin bagus

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
banyak berlari sakit lutut
nafas pulak tercungap-cungap... dah tua lah

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Abang pulang mestilah disambut
Lepas tu bolehlah saling berdakap... ini bagi yang dah kahwin nooo... yang belum lagi tu.. tak usah ya!

Cenkodok Bawang Dan Jemput-jemput
Mana Satu Yang PAling Sedap
Jika berwang jangan kedekut
Takut jadi buah cakap...

You never know your limit unless you try very hard... oleh itu janganlah takut mencuba.. tapi yang halal tau.. yang haram jangan sekali-kali didekati...




|
 
Oleh kerana weblog ep dan zar telah diwarkan oleh toksik maka mau tak mau terpaksalah dikemaskinikan keadaan rumah. Biar tampak kemas sikit. Tetapi sejak akhir ini kerja kat opis berlambak-lambak yang perlukan perhatian. Kalau setakat one or two liners tak jadi masalah nak tambah.. tapi ep rasa bila kita tulis tu biarlah berbaloi kepada sesiapa yang menjenguk. Orang Indon bilang dapat isiian..gitulah.. tak balik kosong.

Satu topik yang senantiasa menarik perhatian ep adalah cara kita menyampaikan sesuatu atau dengan kata lain berkomunikasi. Kita sering kurang prihatin tentang tahap kefahaman seseorang itu. Dengan itu cara penyampaian kita tak tak seimbang. Ini boleh mengakibatkan samada sesorang itu bertambah faham atau bertambah keliru setelah mendengar atau membaca penerangan kita.

Sebagai contoh bagaimana kita nak menerangkan konsep ilmu, iman dan amal kepada seorang mekanik. Apa-apa analogi yang kita akan gunakan mestilah sesuatu yang mudah dimengertikan oleh mekanik tersebut. Kalau tidak susah baginya untuk membayangkan atau mengerti. Dan untuk itu kita juga dimestikan mempelajari atau mengerti sedikit sebanyak tentang bidang kerja mekanik itu. Barulah dengan ini akan terjadi perhubungan dua hala.

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com