Sunday, November 30, 2003

 
Hari ini tak ada mood nak update weblog. Bukannya tak ada cerita atau kisah nak dikabarkan.. ada tetapi entah kenape mood malas mengatasi segalanya.

Dalam dok boring2 ni ambik kesempatan layari web blog teman2.. hmm.. ramai yang masih beraya kat kampung.. weblog tak diupdate oleh mereka...

Oklah.. nanti bila mood mai semula ep akan tulis, InsyaAllah.

|

Wednesday, November 26, 2003

 
1 Syawal .. lanjutan kisah

Selepas sholat subuh kami dijemput ke rumah anak arwah Ustaz Nasoha untuk bertakbir raya. Dah lama juga tak singgah ke rumah ini. Semasa teman ep itu membuat doa selamat cukur rambut anaknya yang pertama tempoh hari ep sedang berada di Penang. Berada di rumah tersebut mengimbas kembali kisah-kisah lama semasa arwah Ustaz Nasoha masih ada. Selepas takbir dan doa selamat kami pun dihidangkan mee goreng yang sedang panas dan minuman. Selesai kami pun beransur dari situ.

Sampai di rumah ep rehat di atas tilam. Sempat juga terlelap. Ep tersedar bila terdengar suara takbir daripada masjid. Dah pukul 8.15 pagi. Sholat Eid akan dimulakan pada jam 8.45 pagi. Hmmm.. masih punya banyak waktu lagi. Selepas membersihkan diri dan berpakaian ep pun terus pergi ke masjid.

Disepanjangan jalan kelihatan manusia berpusu-pusu menuju ke destinasi yang sama. Pakaian berwarna warni. Bersongkok dan bersampin. Kecerian jelas kelihatan di muka-muka mereka. Ada yang mengucapkan salam pada ep walaupun ep tidak berapa mengenali orang yang memberi salam tersebut.

Selepas sholat Eidul-Fitri ep bersalaman dan berpelukan dengan teman2 karib yang masih berada di sini. Ada yang mengatakan lepas ni mereka akan balik ke kampung.. "so c u again in two three days time." Begitulah kata mereka. "OK. InsyaAllah, berjumpa lagi" jawab ep.

Ziarah pertama ep ke rumah jiran di sebelah hadapan rumah. Namanya Makcik Nab. Biasanya Makcik Nab akan menghabiskan 10 hari terakhir ramadahan di Tanah Suci. Tapi pada tahun dia tak pergi kerana katanya ada banyak perkara yang perlu di uruskan. Makcik Nab ni berniaga nasi lemak. Dia tak berniaga secara langsung tetapi dibekalkan nasi lemaknya kepada peniaga2 warung dan kantin. Terhidang di atas meja banyak juadah. Ep start dengan tapai pulut buatannya. Aduuuuh enak. Rendang ada dua tiga jenis. Semuanya enak2 belaka. Buah-buahan.. termasuk juga durian D24 turut dihidangkan. Lama juga kami disitu bersembang dan bercerita.

Ziarah kedua ke rumah uncle ep di Shah Alam. Uncle ep tu kelihatan ceria seperti biasa. Auntie kini menderita sakit akibat 'stroke' nak kelihatan ceria tetapi terhad. Sesuatu yang ep rasakan sedih apabila menziarahi rumah uncle ep ialah dihari raya yang ramai datang berhari raya adalah dari bangsa bukan melayu. Dulu semasa ia masih menjawat pangkat besar.. ramailah pegawai 'melayu' yang datang. Begitulah adat manusia. Suatu pengajaran yang ep dapat daripada beliau adalah cara agar diri ceria.

"Fikirkan perkara-perkara yang positif dan jangan perkara2 yang negatif. Terutama tentang orang lain. Apa yang mereka nak fikirkan tenatng kamu.. itu hak mereka. Tetapi kita mestilah memikirkan tentang kebaikannya dan bukan keburukan dia.". Begitulah pesan dia. Dengan berpendirian demikian makanya dia kelihatan ceria selalu.

OK stop kat sini.. sambung lagi, insyaAllah bila berkesempatan.

|

Tuesday, November 25, 2003

 
1 Syawal.
Hari ini seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Eidul-Fitri. Ramai yang berpakaian indah dan baru mendatangi masjid untuk menunaikan sholat eidul-fitri. Ep perhatikan ramai teman2 tiada. Mereka telah pulang ke kampung halaman beberapa sebelum ini.

Setelah diumumkan yang hari raya jatuh pada hari ini, kami bertakbir beramai-ramai di masjid setelah selesai sholat isyak. Ini diikuti dengan takbir dari rumah ke rumah. Untuk memendekkan masa kami membahagikan jemaah ke beberapa kumpulan berdasarkan lokasi atau seksyen dimana mereka tinggal. Ep masuk dalam kumpulan seksyen SS15 dan Wangsa Baiduri. Kumpulan ep mempunyai lebih kurang 10 anggota. Kami diminta untuk bertakbir di 7 buah rumah. Selesai bertakbir kami dihidangkan dengan juadah hari raya. Diantaranya ketupat, lemak, rendang, kuih muih dan buah-buahan. Oleh kerana perut ni masih sempit lagi maka tak banyaklah makanan yang boleh masuk. Ditambah dengan disetiap rumah air secawan.. padat jadinya perut ep.

Disalah satu rumah kami dihidangkan dengan rendang itik. Memang di rumah teman ep ni, rendang itik menjadi specialitynya. Memang sedap pun. Ep sempat juga menjamah 2 ketul.

Selesai bertakbir kira-kira jam 11.00 malam. Sesampainya sahaja di rumah hujan pun turun... sebagai menandakan selesai sudah acara pada malam itu.



|

Monday, November 24, 2003

 
EP dah tukar guest book kerana guestbook yang lama bermasalah.. cuba yang ni plak.

|
 
Puasa Sunat Syawal & Qadha Puasa

Ramadhan 29. Hari ini mungkin merupakan hari terakhir kita berpuasa. Esok, InsyaAllah, kita sama-sama akan menyambut Eidul-Fitri. Kalau sebelum datangnya ramadhan kita disunatkan berpuasa di bulan Rejab dan Syaban, maka selepas Ramadhan juga kita disunatkan berpuasa enam(6) hari dibulan Syawal. Bagi yang tertinggal puasa oleh sebab-sebab tertentu mereka diwajibkan mengqadhakan hari-hari puasa yang tertinggal itu.

Dalam mengerjakan qadha puasa, para ulama berpendapat bahawa orang-orang yang meninggalkan puasa tanpa uzur adalah wajib menyegerakan qadha puasa tersebut. Dan mereka tidak diharuskan bahkan haram melakukan puasa-puasa sunat sebelum mengqadhanya. (Fath Al-‘Allam: 4/161)

Menurut ulama Syafi‘eyah tidak harus bahkan haram orang-orang sedemikian mengerjakan puasa-puasa sunat kecuali setelah selesai mengqadha puasa yang tertinggal itu. Sehubungan dengan ini, sayugia diingatkan, bahawa orang-orang yang meninggalkan puasa Ramadhan hendaklah menyegerakan qadha puasa tersebut sebelum datang Ramadhan yang baru.

Bercakap tentang puasa qadha dan sunat syawal ada yang mengatakan boleh digabungkan niat puasa dan ada yang mengatakan tidak boleh digabungkan.

Pendapat Pertama: Tidak boleh digabungkan niat

"Puasa Syawal adalah puasa sunnah, sedangkan puasa sunnah itu tidak boleh diniatkan dengan dua niat, yaitu niat qadha dan niat puasa sunnah. Oleh karena itu, seharusnya anda melakukan puasa qadha terlebih dahulu dan setelah anda selesai melakukan qadha, maka lakukanlah puasa sunnah. Lihat: Fataawa Lajnah ad-Daaimah, Jilid X, h. 383."

"Menggabungkan dua niat dengan satu amal, yaitu berpuasa di bulan Syawwal dengan niat puasa sunnah sekaligus membayar qadha, bukanlah pilihan yang dibenarkan oleh kebanyakan ulama. Karena masing-masing memliki dasar hukum dan landasan yang berbeda."

"Mengqadha' puasa yang tertinggal atau ditinggalkan dalam bulan Ramadhan adalah wajib manakala puasa 6 hari dalam bulan Syawal adalah sunat. Hendaklah disempurnakan perkara yang wajib terlebih dahulu sebelum mengerjakan yang sunat. Oleh itu, hendaklah diutamakan pelaksanaan puasa qadha' dahulu sehingga selesai kemudian baru lakukan puasa enam."

Pendapat Kedua: Boleh digabungkan Niat

Walau bagaimanapun sebagai agama yang penuh hikmat, Islam juga menyediakan jalan atau cara yang baik bagi mendapatkan pahala sunat sekalipun mempunyai qadha puasa, umpamanya bagi orang yang hendak melakukan qadha puasa Ramadhan (meninggalkannya kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak) ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa-puasa sunat. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qadha dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-duanya sekali (iaitu ganjaran puasa qadha dan ganjaran puasa sunat). Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qadha atau puasa nazar atau puasa kafarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari ‘Asyura, hari Arafah dan puasa-puasa sunat yang lain seumpamanya.

Untuk memastikan tentang ini ep telah membuat beberapa rujukan dan ep dapati penerangan daripada Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) berdasarkan kajian yang mengatakan BOLEH digabungkan niat. EP turunkan disini penjelasan daripada MUIS untuk dikongsi bersama.

http://www.muis.gov.sg/malay/islamic_matters/ramadhan/Info_Ramadan1422_Pan3.aspx?pMenu=4

Memandangkan terdapat beberapa masalah susulan yg timbul saya telah membuat kajian yg lebih terperinci dalam masalah ini dan merumuskan bahawa persoalan puasa qadha' (puasa hutang) dan puasa sunnat boleh digabungkan sekali; ia termasuk isu khilafiah (yg diperselisihkan para fuqaha') kerana nas hadis dlm masalah ini tidak jelas.

Pandangan pertama: menggunakan perbahasan Qawaid feqah (Bahawa setiap amalan adalah dengan apa yg dia niatkan) tidak membenarkan digabungkan dua ibadah : wajib dan sunat digabungkan sekali ; dalam hal ini puasa qadha' mesti dibuat dahulu kemudian baru diikuti dgn puasa sunat seperti puasa syawal. Contohnya jika seorang wanita ada 10 hari puasa qadha' Ramadhan. Apabila tiba syawal dia dikehendaki menyempurnakan puasa qadha' dahulu sebelum dibolehkan berpuasa sunat 6 hari syawal; dia tidak boleh berpuasa dibulan syawal dgn mengggabungkan dua niat dalam satu puasa (yakni puasa qadha' dan puasa sunat).

Pandangan kedua: membolehkan puasa sunat dan qadha' digabungkan dalam satu. Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh) menjelaskan: seseorang yg berpuasa qadha' di bulan syawal beroleh double bonus atau triple bonus yakni dia boleh pahala puasa qadha', juga pahala puasa sunat syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari isnin/khamis; dia juga mendapat pahala sunat isnin khamis. Ini juga pandangan Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al Muhalla): menurut Ibn Hazmin, nas yg menegah dari RasuluLlah saw tidak ada apabila baginda menyuruh kita berpuasa enam supaya kita menyempurnakan puasa qadha' terlebih dahulu. Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain. Ini juga satu cara.

Jadi menjawab soalan susulan di atas, apakah boleh kita puasa qadha' dan puasa sunat syawal sekaligus; Jawapannya: boleh; jika menggunakan kaedah Ibn Hazm dan Wahbah Zuhaili; kita berniat puasa qadha' dlm bulan syawal dan sekaligus mendapat double bonus; dan jika puasa itu jatuh pada Isnin/khamis; layak mendapat triple bonus secara otomatik.

Maka pandangan saya sebelum ini dimansuhkan dengan hasil penemuan terbaru saya dalam bab ini dan berpuasalah dibulan syawal dan rebutlah pahala berganda atau berganda tiga.

Walullahu'alam.

Begitulah penerangan daripada MUIS.

|

Saturday, November 22, 2003

 
Pada pagi ini jam 8.00 kedua Imam2 Hafiz pulang ke tempat asal mereka. Mereka telah dihantar oleh rakan ep, seorang jurutera kapalterbang MAS ke KLIA. Oleh kerana ia mempunyai PASS maka dapatlah ia menghantar ke ruang dalam terminal. Takler macam kita yang hanya boleh hantar setakat departure lounge saje.

Petang tadi sekitar jam 5.10 petang sampai di rumah Zar . Tujuannya untuk beri pada zar sesuatu agar dapat disampaikan kepada yang berkenaan. Masa nak ke rumahnya agak khuatir juga kerana di Subang Jaya hujab lebat. Hampir2 ep batalkan niat untuk ke rumahnya. Niat untuk ke rumahnya ep teruskan setelah ep mendapat khabar daripada zar bahawa di tempatnya tidak hujan. Ep di rumah zar sebentar aje. Setelah memberikannya benda tu, ep pun balik ke Subang Jaya.

Terawih pada malam ini dipimpin oleh dua orang hafiz juga. Mereka adalah anak2 daripada kariah Masjid yang pulang untuk berhari raya dengan ibu ayah mereka. Jemaah semasa sholat terawih tu masih ok lagi.. ramai jugalah. Selesai sahaja sholat witr beberapa teman ep datang menghulurkan tangan.. kami bersalaman dan saling bermaafan. Rupanya mereka akan berangkat pulang ke kampung halaman pada pagi esok. Di sini ep jangkakan esok jemaah akan susut banyak. Tunggulah sajalah besok untuk kepastiannya.

|
 
27 Ramadhan. Terawih bermula dengan Surah Adh-Dhuhaa hingga Surah An-Nas. Dan disudahi dengan Surah Al-Baqarah ayat 1-5. Maka khatamlah sudah sebuah Al-Quran.

|

Friday, November 21, 2003

 
26 Ramadhan. Terawih dengan Surah An-Naazi'at, 'Abasa, At-Takwir, Al-Infithaar, Al-Muthaffifiin, Al-Insyiqaaq, Al-Buruj dan Ath-Thaariq. Juzuk ke-30.

Malam ini akan khatam, InsyaAllah.

|

Thursday, November 20, 2003

 
Dah tambah skit kat blog.. thanks pada toksik kerana telah bekalkan script jam. Baru hari ini berkesempatan letak kat sini. Tapi ep rasa ada skit masalah sebab jam tu takleh nak turun sampai ke bawah macam zhoulsz punya..

Sila beri tunjuk ajar macamana nak buat jam tu ikut cursor kemana saja perginya tak macam ep punya.. tak nak ikut melebihi hadnya..

Oleh kerana dah tak tahu nak tulis apa.. ep pastekan aje yang ini..

SAKIT
Telah menjadi fitrah di dalam kehidupan manusia bahawa suatu ketika kita akan diserang penyakit. Jika diteliti, kita dapati ada dua jenis penyakit yang menyerang manusia. Pertamanya penyakit zahir dan keduanya penyakit batin.

Kebanyakan manusia sangat risau dengan penyakit yang zahir. Apabila sesorang itu dihinggapi sesuatu penyakit, maka dia akan berusaha mencari ubat dan berjumpa doktor dengan seberapa segera. Memang itulah lumrahnya, kita segera mencari ubat, agar penyakit itu segera sembuh, meminta “sick leave” dan sebagainya agar penyakit itu tidak mengganggu pekerjaan dan tugas-tugas harian kita.

Namun ini tiadalah menjadi lumrah jika penyakit yang dihadapi itu ialah penyakit batin. Mungkin disebabkan sifatnya yang tersembunyi, maka penyakit batin kurang dihiraukan oleh manusia secara umumnya. Pada hari ini kita boleh melihat masyarakat begitu ramai diserang oleh berbagai penyakit batin yang sangat kronik; takabbur, dendam kesumat, hasad dengki, sombong malah yang lebih teruk lagi ialah mensyirikkan Allah, menentang dan mencerca hukum syari’at Allah.

Sememangnya, setiap penyakit pasti ada ubatnya. Bagi kita, muslim, tiadalah ubatnya melainkan apa yang telah ditunjuki oleh Rasullullah SAW iaitu dengan melakukan tazkiatul nafs(pembersihan jiwa) melalui zikir, taubah, solat dan sebagainya. Sesungguhnya sasaran pertama ubat itu ialah hati kita sendiri.

Thabit bin Qurrah berkata:

"Kerehatan badan ialah pada kurangnya makan, kerehatan jiwa adalah dengan kurangnya membuat dosa dan kerehatan lidah adalah dengan kurang bercakap."

Berilah kerehatan kepada jiwa kita agar ianya beroleh kesihatan. Dan amatlah tidak patut bagi kita memusnahkan iman yang dibina dengan segala kepayahan, tetapi dengan mudah dipupuskan oleh dosa dan perkara-perkara tidak baik yang kita lakukan. Marilah kita kembali kepada jalan ketaqwaan yang diilhamkan oleh Allah kepada jiwa kita sebagaimana firmanNya:

"Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan jalan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mensucikan jiwanya dan merugilah orang-orang yang mengotorinya." ( As Syams: 7-10)

Berusahalah menyembuhkan penyakit-penyakit batin sebagaimana kita berusaha untuk menyembuhkan penyakit-penyakit zahir kita.

La taufiq illabillah

|
 
25 Ramadhan. Terawih dengan Surah Al-Jin, Al-Muzazammil, Al-Muddatstsir, Al-Qiyaamah, Ad-Dhar, Al-Mursalat, An-Naba.

|

Wednesday, November 19, 2003

 
24 Ramadhan. Terawih dengan Surah Al_qalam, Al-Haaqqah, Al-Ma'aarij, An-Nuh.

|

Tuesday, November 18, 2003

 
23 Ramadhan. Terawih dengan Surah Al-Mujaadalah, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Mumtahinah, Surah-Ash-Shaf, Surah Al-Jumu'ah, Surah Al-Munaafiqun, Surah Surah At-Taghaabun.

|

Monday, November 17, 2003

 
22 Ramadhan.

|

Sunday, November 16, 2003

 
21 Ramadhan.

|

Saturday, November 15, 2003

 
20 Ramadhan. Terawih bermula dengan Surah Asy-Suura, Surah Az-Zukhruf, Surah Ad-Dukhan dan Surah Al-Jaatsiyah. Selesai sudah juzuk yang ke-25.

Bermula pagi ini di masjid kami telah adakan sholat Qiamullial berjemaah bermula jam 3.30 pagi. Jemaah mula datang ke masjid pada jam 3.00 pagi. Tujuan utama untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sepertimana dilakukan oleh Rasulullah SAW pada malam2 di bulan ramadhan dan juga mendidik jemaah untuk membiasakan diri dengan sholat malam.

Sholat selesai kira2 jam 5.00 pagi. Kemudian jemaah bersahur dengan hidangan yang telah disponsor oleh kariah Subang Jaya.

|

Friday, November 14, 2003

 
19 Ramadhan. Terawih dengan Surah Asshaffaat, Surah Shaad, Surah Az-Zumar, Surah Al-Mukmin, Surah As-Fadhilat dan Surah Asy-Suura.

Tanpa disedari kita telah melalui 2/3 Ramadhan.

|

Thursday, November 13, 2003

 
18 Ramadhan. Terawih dengan Surah As-Sabak, Surah Faathir, Surah Yasiin dan Surah Ash-Shaffaat.

|

Wednesday, November 12, 2003

 
17 Ramadhan.

|

Tuesday, November 11, 2003

 
16 Ramadhan.

|
 
15 Ramadhan.

|

Saturday, November 08, 2003

 
14 Ramadham. Terawih daripada Surah An Anbiya' ayat 75 hingga akhir. Surah Al Haji. Surah Al Mukminuun dan surah An Nur.

Ep hari berbuka di Masjid. Jika pada waktu sebelum berbuka ep terasa kurang berselera untuk makan tetapi apabila telah berhadapan dengan hidangan masak lemak ikan talang + nenas, ayam goreng dan acar timur.. terbangkit pula selera. Walaupun kami makan sedulang hanya bertiga sahaja.. namun kami dapat habiskan makanan yang tersedia.. malah tambah dengan makanan daripada dulang satu lagi (hari ini tak ramai yang hadir berbuka di masjid). Beginilah keadaannya apabila berbuka dengan teman.. hidangan dalam dulang.. selera yang tenggelam dapat timbul semula. Minuman sirap bandung menutup acara berbuka. Alhamdulillah terasa begitu enak sekali.

Walaupun makan agak berlebihan daripada biasa pada malam ini Alhamdulillah ep ini dapat mengatasi halangan atau gangguan. Segalanya berjalan lancar. Tiada ngantuk atau keletihan yang menggangu. . Mungkin tidur pada siang tadi sedikit sebanyak membuatkan diri ep terasa segar ketika berterawih dan witr.

|
 
11 Ramadhan. Terawih dengan Surah Ar-Rad, Surah Ibrahim, Surah Al Hijr dan Surah An Nahl.

|
 
12 Ramadhan. Terawih Surah An-Nahl, Surah Al Israak dan Surah Al Kahfi.

|
 
13 Ramadhan. Terawih Surah Al-Kahfi. Surah Maryam. Surah Taa Haa. Dan Surah An Anbiya' ayat 74.

|
 
10 Ramadhan. Terawih dengan Surah Hud, Surah Yusuf dan Surah Ar-Rad.

|
 
9 Ramadhan. Terawih dengan Surah At Taubah, Surah Yunus dan surah HUd.

|

Monday, November 03, 2003

 
8 Ramadhan. Terawih bermula dengan surah Al Anfal ayat 11 hingga akhir. Dan surah At Taubah hingga ayat .... kurang pasti ep. InsyaAllah malam nanti akan diketahui juga.

Walaupun keadaan ep masih belum begitu selesa namun Alhamdulillah ep masih dapat menunaikan sholat terawih 20 rakaat. Dugaan atau cabaran untuk berhenti setakat 8 rakaat memang besar. Memang bila bilangan rakaat mulai mencecah 6 rakaat maka datanglah berbagai dugaan. Badan jadi lesu, mata mengantuk dsbnya. Ep rasanya teman2 pun merasakan yang sama pada keadaan itu. Yang peliknya bila dah mencecah 12 rakaat badan kembali segar semula. Cara teman ep untuk mengalahkan cubaan atau dugaan tersebut adalah dengan menukar tempat sholat. Dia akan berpindah tempat sholat setiap selesai dua rakaat. Dari hujung sebelah kanan berpindah ke hujung sebelah kiri dan berbagai-bagai lokasi lagi. Tujuannya agar ototnya bukan sekadar berdiri dan duduk saja tetapi digerakkan dengan cara berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain. ep pulak kekadang pergi ke bahagian belakang masjid untuk membasahi kerongkong dan pada masa yang sama buat senaman sikit.

EP benar-benar kagum dengan imam hafiz yang dapat menjalankan tugasnya dengan baik sekali..


|

Sunday, November 02, 2003

 
Rasa2nya selsema dan beransur kurang. Tak lagi air meleleh. Sesekali batuk dan bersin. Bila terjadi demikian terasa macam buah pinggang nak copot aje. Tu sebabnya bila terbatuk atau bersin yang kuat ep terpaksa memegang dikawasan buah pinggang untuk menahan kesakitan...

Selepas tazkirah subuh dan rehat sebentar sekitar 30 minit ep pergi ke Klang. Tepatnya Pasar Besar Klang. Ini merupakan port ep bolehlah dikatakan setiap minggu. Biasanya ep akan sarapan mee kari di salah satu warung di situ... warung wak surif. Bulan puasa semua warung makanan orang Islam ditutup. Keadaan di Pasar Kelang pada minggu ini tidak seramai pada minggu yang lepas.. namun harga barang keperluan dah mulai naik... mungkin disebabkan 'short supply' dan 'high demand' kot. Seorang peniaga runcit melayu komplain agak susah nak berniaga kerana dealer menawarkan harga yang sama kepada peruncit dan pembeli biasa. Kalau camtu bagaimana nak cari untung. Beginilah nasib peniaga runcit melayu yang banyak bergantung kepada 'dealer' bangsa lain.

|
 
7 Ramadhan. Terawih bermula dengan surah Al- A 'Raaf ayat ke-10 hingga akhir. Dan Surah Al Anfal hingga ayat ke-10. Akhir surah Al-A 'Raaf ada sujud sajadah.

Pada hari Sabtu ep ep lebih banyak menghabiskan masa dengan berehat.. (tidurler tu).. tapi selama mana boleh tidur? Dalam kepala ep terfikir apakah barang2 dalam bilik ep telah dipindahkan kesemua atau pun tidak. Selepas sholat zohor ep pergi ke opis. Kepala ep masih terasa berat disebabkan selesema masih menghantui. OLeh kerana inginkan kepastian terpaksalah ep pergi jugak.. ... sesamapi di opis ep lihat keadaan bilik lama ep. Masih banyak barang yang belum dipindahkan. Terpaksalah ep kumpulkan barang2 yang berharga dan pindahkan ke bilik baru (sementara).. Hari isnin nanti bolehlah dipindahkan kesemua barang2 yang lain... mana terdaya nak mengangkatkannya...

|
 
6 Ramadhan. Terawih dengan bacaan dalam Surah Al An 'Aam dari awal hingga akhir dan Suarh Al A'Raaf hingga ayat 9.

Ep masih lagi belum sembuh daripada apa yang ep atnggung. Walaupun kekuatan badan sudah mulai pulih namun panasa di muka terasa sangat.. Sehungan dengan itu 'selsema' pun menjelma. Apabila hidung mulai berair maka kepala pun ikut terasa berat.

Pada petang hari jumaat ep hadiri mesyuarat di KL. Selesai mesyuarat ep terus keluar pejabat kira2 jam 4.50 petang. Nak elakkan jam lah konon.. tu yang bergegas keluar. Kali ini ep ambil jalan lain daripada biasa.. kalau selalunya ep akan ambil jalan Tun Abdul Razak dan North Klang expressway ke Subang Jaya... ep kali ini ambil jalan ke Ampang Point dan Kesas Highway. Rupangnya kat simpang ampang park jam. tiada polis trafik yang mengawal disitu. Tak tahu berapa lama kat situ tetapi akhirnya sampi juga kat Ampang Ponit dan masuk Kesas. Perjalanan tidaklah selancar yang diharapkan.. sampai kat R&R Awan jam 6.15 petang. Selepas sholat asar singgah kat sebuah warung dan beli sebotol air asam jawa.. nak hilangkan batuk. Perjalanan lancar sehingga selepas tol USJ menuju ke Subang Jaya. Jam. Jam. Jam. Azan maghrib telah berkumandang. Hmmm.. terpaksalah berbuka dengan air asam jawa tu. Lihat penghuni kat kereta sebelah yang juga terperangkap dalam jam.. mereka berbuka dengan air mineral. Kami saling melempar senyum dan ketawa saja pada keadaan yang telah menimpa. Kereta mengesot kehadapan beberapa langkah .. lepas tu jam lagi. Tanda isyarat lampu minyak petrol telah menyala menandakan bekalan petrol dah mula masuk ke tahap kritikal. Stesen minyak yang hanya kira2 300 metre terasa begitu jauh sekali. Untuk menjimatkan petrol ep matikan enjin kereta. Jam dah 7.30 malam.. sholat maghrib belum lagi nih. Terpaksalah ep buat sholat maghrib 'hormat waktu' dalam kereta. Selesai sholat keadaan masih tidak berubah.

Azan sholat Isyak telah berkumandang. Kalau keadaan begini berterusan dan tiada pihak polis membantu untuk mengawal trafik keadaan tiadak akan bertambah baik. Pada jam 8.20 barulah terasa ada perubahan. Pada hemat ep pada waktu polis telah datang untuk mengawal keadaan. EP masuk ke jalan sisi menuju ke stesen minyak. Semasa mengisi petrol ke dalam tangki kereta ep akses situasi. Samada nak teruskan melalui jalan tadi atau ambil jalan dalam menujuj bulatan yang satu lagi. Alhamdulillah sesampai di bulatan itu kelihatan sepasukan polis sedang mengawal lalulintas. Walaupun dipaksa mengambil 'detour' masa yang diambil hanyalah sebentar aje. Ep sampai di rumah pada jam 8.40 malam.

Selepas qadha sholat maghrib dan menunaikan sholat fardhu isyak barulah ep bersantap. Makan sup ikan 'anak bawal putih'. Memang merupakan feberet ep. Lepas tu ep bergegas ke masjid.. sholat terawih dah masuk rakaat yang enam..

Keadaan masjid pada malam itu memang agak sepi berbanding hari2 terdahulu... ramai yang terperangkap dalam jam seperti jua ep!!


|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com