Saturday, September 27, 2003

 
Terus terang ep katakan ep 'miss' tulisan Count Selar di Forum Geng Jurnal. EP tak punya gaya bahasa yang tersusun sepertinya. Walaupun ep tahu beberapa perkara namun ep tak mahir mentuturkannya dalam tulisan apatah lagi mengulas isu-isu bersangkutan. EP tak pasti apakah ini ekoran daripada gaya hidup ep yang dulunya lebih bercorak 'happy go lucky'. Yerlah kalau dulu diri tak punya kenalah buat happy untuk menutupi kesedihan... Betullah kata orang. "Dia yang pernah merasakan kesusahan akan mengerti akan kesusahan orang lain".

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak sesama manusia. Tiada gading yang tak retak. Buang yang keroh ambil yang jernih baru teguh peribadi. EP doakan semoga keadaan akan kembali kepada asalnya..


|
 
Setelah sholat asar, ep telah dijemput untuk menghadiri majlis tahnik dan potong jambul serta tahlil di rumah teman ep. Ini adalah anaknya yang ketujuh. Rezeki Allah swt kepadanya. Saat-saat begini selalunya mengingatkan ep akan perjuangan yang harus mereka lalui pada masa yang akan datang. Sesuatu yang amat menakutkan ep. Ini berdasarkan trend permasalahan remaja dari segi kekuatan pegangan agama dan juga tindakan pemerintah yang menekan pengajian Islam. Ditambah dengan banyaknya rancangan atau aktiviti yang menarik mereka jauh dari sinaran cahaya Ilahi.

Paparan iza 'Pesan Tuk' juga menggambarkan akan situasi yang sedang terjadi kini. Beberapa ustaz yang memberi tazkirah di masjid ep telah menceritakan hal yang sama dimana anak2 muda yang nak berkahwin sekarang ini begitu jahil tentang agama. Masih beruntung jika mereka setelah berkahwin mahu belajar atau memperdalam hal-hal agama dan berjinak-jinak dengan masjid. Tetapi alangkah malangnya jika mereka semakin hari semakin jauh... ditarik oleh keindahan dunia.

Pernah di suatu sesi soal jawab ep menanyakan kepada ustaz yang mengajar. "Apa yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan anak2 muda itu". Persoalan ini ep lontar kerana tak ramai atau hanya segelintir kecil sahaja mereka-mereka yang menanggap diri mereka 'bersih' mau terjun ke medan anak-anak muda ini dan berdakwah dan memberi nasihat. Mereka sering merasa 'jijik' untuk bergaul dengan mereka. Sepatutnya mereka2 ini mencontohi cara berdakwah Hasan Al Banna. Sekiranya gejala yang sedang berlaku kini tidak dibendung maka tidak mustahil apa yang berlaku di Bosnia turut juga berlaku di sini suatu hari nanti...

|

Wednesday, September 24, 2003

 
Pagi ini ep sampai opis agak lewat daripada biasa. Semasa diperjalanan fikiran ep terbelah dua... samada nak menyiarah almarhum Othman Yeop atau terus ke opis. Setelah dipertimbangkab ep mengambil keputusan terus ke opis. Ini adalah kerana ep kurang mahir dengan persekitaran tempat tinggal rumahnya. Walau apa pun ep hadiahkan al-fatihah untuknya.

Selesai mesyuarat ep buka weblog.. terbaca mesej zar mengajak ep melawat weblognya.. ep terus membuka weblog zar... hmm... rupanya weblog zar telah diubahsuai oleh toksik. Gambar ika menghiasi ruangan utama. Dah besar dan comel lote budak tu. Sempat juga baca coretan-coretannya... Knowing zar... dalam masa yang singkat weblognya pasti akan dipenuhi dengan berbagai coretan... Saranan nak tambah grafik dengan pokok-pokok herba suatu ide yang baik.. sekurang-kurangnya itu akan mendedahkan minat zar kepada pembaca...

Bila belanja toksik tu.. jangan lupa kat ep ni!!!

|

Monday, September 22, 2003

 
Isra' dam Mikraj

Peristiwa isra' dan mikraj baru saja berlalu. Namun mungkin bagi ramai umat Isalam mereka menganggap peristiwa itu sebagai satu peristiwa menyamai 'hari ini dalam sejarah'. Berikut adalah sebahagian daripada beberapa pengajaran daripada peristiwa itu yang ditulis oleh Al-Sheikh Ali Mahmood yang ep dengar semasa tazkirah subuh pada hari Ahad yang baru lepas.

1. Jawapan kepada permasalahan umat Islam sejagat.

Apa yang terjadi kini tidak jauh bezanya dari apa yang terjadi kepada Rasulullah SAW pada masa zamannya. Contoh2 seperti perasaan benci orang-orang kafir terhadap orang-orang Islam baik dari orang luar (bangsa yahudi & nasrani) dan juga bangsa sendiri. Mereka-mereka ini sombong terhadap ajaran Islam. Dengan itu terjadilah pertembungan. Dengan itu amat penting bagi kita untuk melihat kembali akan aqidah kita. Sudah kuat atau masih ditahap lemah.

2. Serangan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam.

Semasa Nabi SAW memulakan perjalanan isra' beliau telah digoda dengan panggilan atau suara. Suara-suara ini datangnya daripada Yahudi dan Nasrani. Nabi SAW tidak menghiraukan suara-suara atau goda-godaan itu. Nah.. sekarang cuba kita lihat pada diri kita. Apakah kita berbuat seperti Nabi SAW yakni tidak menghiraukan dan mengikut kehendak orang-orang Yahudi maupun Nasrani? Kalau kita perhatikan ramai diantara kita yang melakukan 'double-standard'. Lain yang kita cakap lain pula yang diamalkan. Umat Islam kini menghadapi berbagai tekanan baik dari luar negara (amerika dan kuncu2nya) dan yang lebih sedih daripada bangsa sendiri... suatu keadaan yang serupa dikala zaman Rasulullah SAW.

Fikir-fikirkanlah....


|

Sunday, September 21, 2003

 
Bicara Karya di MPH, MidValley

Pertama kali menghadiri majlis seumpama ini. Jadi tak expect apa-apa. Lagipun tujuan utama ke sana adalah untuk bersua muka dengan Nazmi dan muka-muka GEJU yang belum dikenali. Dalam keadaan tergesa-gesa ke MPH, ep terlupa untuk membawa serta cenderamata tempat pensil yang diperbuat daripada TPNR, thermoplastic natural rubber. Tanda kenangan daripada ep kepada mereka yang telah berkesempatan berjumpa dan berkenalan dengan ep.

Seperti di perjumpaan lainnya keadaan serupa berlaku di MPH. Pakdi terkedu tak dapat berkata-kata. Apa yang terfikir di dalam kepala otak dia kena tanya kat pakdi sendiri. Namun yang nyata fenomena ini berlaku mungkin kerana mereka telah mempunyai 'preset mind' tentang ahli GEJU. Emma yeayea pun ada sama. Ada beberapa lagi yang ep kurang ingat akan nama mereka. Al maklum sajalah pendengaran dah kureng dan ianya tidak dibantu oleh Mie yang bercakap macam anak dara saja... punyelah tak kuat dan persekitaran yang agak bising pada ketika itu.

Berbalik kepada Bicara Novel pada sesi soal jawab... peluang yang diberikan tidak dimanfaatkan oleh hadirin. Mungkin mereka sudah tahu atau mereka segan untuk bertanya. Peluang yang sama akan dimanfaat sepenuhnya oleh hadirin sekiranya perkara ini diadakan di negeri barat...

|

Saturday, September 20, 2003

 
KERESAHANKU

Fikiranku menjalar
dari satu sudut ke sudut lainnya
mencari dan mencari
namun ku tak pasti
apa yang ingin ku cari...

aku kebingungan
terlalu banyak yang terpaksa ku fikirkan
tugasan yang menunggu dihabiskan
kantongku yang mulai ketandusan
walaupun baru saja diisikan...

benarlah apa yang telah diperkatakan
hidup ini tidaklah semudah yang dimimpikan
diri ditekan pelabagai dugaan
dari berbagai arah dan haluan...

ramai yang membicarakan
ramai yang telah menyuarakan
keluhan hati dihimpit perasaan
terperangkap dipenjara berpanjangan...

apa yang perlu ku lakukan
menjauhkan diri dari persoalan
agar kekusutan fikiran tidak berpanjangan
keresahan hati menjadi sempadan....

|
 
Selepas mesyuarat di sekolah tadi kami lepak di warung kencana pekena sop. Ep dah lama juga tak pekena sop kambing. Sesampai kat warung tu kelihatan beberapa teman ep yang sedang menikmati makanan mereka. Ada yang sedang bual kosong dan ramai pula yang sedang berbincang 'business'. Memang begitulah komuniti ahli business. Waktu insan yang lain sedang enak di ulit mimpi mereka masih di warung-warung membincangkan permasalahan 'business'. Ep hanya sekadar mendengar saja. Sesekali tu nyampuk juga menanyakan ini dan itu untuk mengerti permasalahan yang sedang diperbincangkan itu.

Mesyuarat di sekolah tadi bolehlah dikatakan sungguh memuaskan perjalanannya. Agak lancar. Makanya mesyuarat dapat selesai jam 11.45 malam. Kami membincangkan strategi pengurusan Sekolah Agama di tempat ep. Pergolakan politik yang sedang berlaku kini telah 'upset' strategi yang kami atur selama ini. Jadi kami terpaksa menyusun beberapa strategi baru untuk mengatasi atau menangani beberapa isu baru.

Perkakasan komputer dan mesin cetak banyak menolong. Setelah keputusan dibuat surat-surat tawaran dikeluarkan dan ditandatangan oleh mereka yang berkenaan pada masa itu juga. Ini memudahkan kerana agak sukar juga untuk mendapatkan tanda tangan mereka yang berkenaan pada hari biasa. Maklum sajalah mereka-mereka itu sibuk dengan perkerjaan masing-masing.

|

Thursday, September 18, 2003

 
Sebentar tadi dok perbesarkan tapak mesej dan tapak paparan mesej. Nampak dah OK.

Selepas ni nak belajar pulak bagaimana nak letak benda lain pulak seperti gambar, musik, dsbnya. Tetapi sebelum itu nak kena baca dululah. Kalau selepas baca pun masih tak reti barulah kita pi tanya kat depa yang arif-arif tu.

|
 
Mengantuk lagi...

Pagi ni terasa mengantu lagi. Tapi kalau dibandingkan dengan malam-malam sebelumnya, malam tadi ep tidur lebih awal, kira-kira jam 11.00 malam berbanding biasanya jam 12.00 malam. Mungkin ini disebabkan ep letih kot atau makan makanan yang kurang berkhasiat. Kalau macam ni nak kena makan supplementlah...

Hari tu semasa di pasar, seorang peniaga telah menawarkan makanan supplement seperti spirulina dan halia. Kedua-duanya dalam bentuk serbuk. Beliau mengatakan setelah mengamalkan pagi dan petang minum campuran air suam dengan serbuk spiruluna juga halia kesihatan beliau cergas semula.

Nak cuba atau tak cuba.... kalau difikirkan memang disaat usia dah lanjut memang kena makan supplement. Ini adalah disebabkan selera makan dah banyak berkurang. Tak makan pun rasa tak lapar. Makan sekedar mengisi perut aje...

Setakat ini ep hanya mengamalkan makan sesudu madu lebah (ep dapatkan daripada zar) diwaktu pagi. Sebelah malam sering aje ep terlupa untuk memakannya. Ep dapati dengan mengamalkan makan madu lebah ini, perut ep tak masuk angin. Kalau tak makan madu perut ep, kira-kira jam 9.00 keatas akan terasa semacam aje...


|

Wednesday, September 17, 2003

 
Hari ni pening kepala sikit kerana tengah dok fikir bagaimana nak tulis mesej utama newsletter. Sebabnya kena jaga sensitivity kedua pihak, pengurusan dan ahli. Kalau terlau keras nanti pengurusan melenting pulak dan kalau terlalu lembut ahli pulak akan kata kita ni pro pengurusan.

Lagi satu yang buat pening.. newsletter tu kena disiapkan dalam minggu ni. Aiiiya manyak susah ooooi.

Isu.. memang banyak isu yang boleh ditulis. Macamane nak atur biar ada kesinambungan dalam penulisan.. Tak kisahlah. Tulis apa yang terfikir.. lepas tu serah kepada editor. Tu kerja dia.

|
 
IJAN

Hari ini dapat kad undangan walimah IJAN. Ada wangia-wangian. Walaupun dalam emelnya dia mengatakan abah dan maknya nak mampir ke rumah ep tak tahu jam berapa meraka akan sampai. Rupanya mereka sampai pada sebelah pagi sebelum zohor kot kerana yang menerima kad itu Faiz. Mem pergi buat medical check-up kat HUKM ditemani oleh Anisah (ponteng sekolah). Jadi hajat abah dan maknya nak berjumpa mem tak tercapai juga.

Planning dengan geng JK nak day trip ke Melaka menghadiri walimah ijan sedang berjalan rancak. Setakat ini sudah 6 keluarga bersetuju untuk berkonvoi. Kini geng juga sedang memikirkan 'present' apa yang nak diberikan kepada IJAN. EP nak cadangkan kepada geng bagi hadiah honeymoon package, 2 days 1 night ataupun 3 days 2 nights, kat resort. Kalau tahun depan bertambah ahli geng JK, alhamdulillah.

|

Tuesday, September 16, 2003

 
UCUK

Hari ini dapat berita yang ucuk melahirkan anak perempuan. Kini ucuk mempunyai tiga anak perempuan. Pada 18 Ogos yang lalu setelah membaca mesej Melur, ep mengatakan ucuk telah selamat melahirkan anak perempuan padahal pada waktu itu ucuk belum lagi melahirkan. Itu semua akibat terlalu cepat membaca.

Yang diharapkan anak lelaki tetapi yang dikurniakan oleh Allah SWT anak perempuan. Ep harap Ucuk redha dengan kurniaan Allah SWT. Lepas ni boleh cuba lagi...

Kami doakan Ucuk dan keluarga berada selamat sejahtera.

|
 
Mengatakan sesuatu yang benar tentang seseorang yang empunya diri tidak menyukai adalah mengumpat.

Mengatakan sesuatu yang tidak benar tentang seseorang yang empunya diri tidak menyukai adalah fitnah.

Walaupun kita mengetahui akan perkara ini kita masih juga melakukannya, baik secara sengaja atau tidak sengaja. Begitulah betapa halusnya kerja-kerja hasutan syaitan hinggakan kita tidak terasa telah melakukan dosa.

Benarlah pepatah ada mengatakan 'kita tidak akan melanggar batu yang besar kerana ianya jelas dan nyata tetapi kita akan jatuh akibat batu-batu kerikil kerana kita menyangka ianya kecil dan tidak merbahaya'.

|
 
Tahap dimana seseorang itu akan blow the top tidak sama. Ada yang mudah dan ada yang dapat mengawalnya dengan baik sehingga agak sukar baginya untuk 'blow the top'. Ini banyak tergantung kepada permasalahan yang sedang dihadapi. Kejengkelan yang bertindih-tindih akan menyebabkan seseorang itu mudah 'blow his/her top' walaupun yang trigger itu hanyalah perkara kecil atau yang remeh sahaja.

Ini terjadi kepada rakan ep. Sebenarnya apa yang terjadi memeranjatkan ep kerana pada sangkaan ep perkara tersebut tidak seharusnya terjadi. Tetapi ianya terjadi. Memang kalau ditinjau daripada keperibadiannya dia berpotensi untuk meletup bila diprovokasi. Hal ini dapat dibaca daripada tulisannya sewaktu beliau tinggal di sekolah berasrama dulu dimana beliau telah dituduh melakukan sesuatu yang dia tidak lakukan. Apa yang tidak diceritakan dalam tulisannya tetapi diceritakan kepada ep secara peribadi adalah ekoran daripada peristiwa itu beliau telah mencabar orang tersebut berduel dengan menggunakan parang. Nasib baik tak terlanjur. Kalau tidak pasti kemungkinan buruk akan berlaku. Syukur alhamdulillah kisah ini berkesudahan dengan baik dikemudian hari. Mereka saling bermaafan di atas keterlanjuran masing-masing.

Itulah angkara apabila diri telah dikuasai oleh emosi hilanglah segala pertimbangan.

|

Monday, September 08, 2003

 
Hari pi visit weblog ungku. Wah dia dah tukar wajah. Mana boleh jadi. ep pun nak tukar wajah juga. Dan lagi satu nak masukkan tag board juga. Macamane nak buat. Toksik gunakan zonkboard. OKlah ep hantam sajalah. Kalau jadi ya syukur. Kalau tidak kenalah bertanya kepada yang arif.

|

Wednesday, September 03, 2003

 
Sudah sekian lama aku tidak update weblog ku ini. Bukan tiada cerita tetapi aku lebih senang tulis di GEJU.

Sejak akhir2 ini aku rajin menjelajah ke weblog rakan2 GEJU. Salah satu sebabnya ingin memahami keperibadian mereka dengan lebih dekat dan juga aku sedang berusaha mencari bahan untuk "TREASURE HUNT GEJU".

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com