Wednesday, January 25, 2006

 
BANJIR KILAT

Air melimpah
Jalan sarat kereta
Kelas tercicir


Apabila hujan turun dengan lebatnya maka akan berlakulah banjir kilat di beberapa kawasan. Jalan Kepong – Sungai Buloh merupakan salah kawasan yang bermasalah. Telah berlaku beberapa insiden dimana pemandu kereta hampir-hampir maut disebabkan kereta yang dipandu dihanyutkan oleh arus air yang deras.

Pada malam Isnin yang lepas telah berlaku banjir kilat di kawasan yang sama. Ekoran daripada itu jalan tersebut ditutup kerana telah dinaiki air. Tahu sajalah apabila salah satu jalan ditutup maka akan terjadilah kesesakan jalanraya di beberapa jalanraya yang berhampiran. Tempiasnya sampai ke LDP. Ramai yang terperangkap termasuklah ep dan anak-anak. Bermula dari rumah jam 7.00 malam sampai di TTDI jam 8.45 malam. Tujuan asal nak ke Batu Caves terpaksa dibatalkan.

|

Thursday, January 12, 2006

 
KISAH SILAM

Tayangan filem
Ulangan kisah silam
Duduk tafakur


Apabila kita sudah jauh ke hadapan kita sering menoleh ke belakang untuk melihat kesan atau jejak yang telah kita lalui. Begitu juga dengan kehidupan. Kita sering menoleh ke belakang. Mengimbas kembali kisah-kisah silam. Mengulang tayang apa yang pernah kita lalui. Sedih duka dan riang gembira. Semuanya menjadi nostalgia.

Mungkin sudah ada pun orang bercerita tentang ini. Cuma setakat ini ep belum lagi mendengar secara mendalam tentang tayangan ulang kisah-kisah lama ini. Ada yang mengkaitkan mereka-mereka yang sudah dekat di penghujung jalan sering akan bercerita tentang kisah-kisah silam.

Adakalanya kisah-kisah itu terjadi dengan tak semena-mena. Semacam imbasan kilat. Kenapa perkara sedemikian terjadi. Kenapa kita sering diingatkan akan kisah-kisah silam itu? Pasti ada hikmah disebaliknya.

Adakah itu satu cara Allah swt mengingatkan kita agar kita menjadi insaf dan segara bertaubat? Wallahualam.

|

Friday, January 06, 2006

 
KEMALANGAN & AJAL

Badan terkujur
Jalan sesak penonton
Merah mengalir


Dalam perjalanan ep ke tempat kerja yakni di lebuhraya lapangan terbang Sultan Abdul Aziz berhampiran dengan Hotel Hyatt Saujana ep melihat dua tubuh di atas jalanraya yang telah ditutupi oleh kertas suratkhabar. Berdekatan dengan kedua mayat tersebut kelihatan satu beg tangan perempuan. Dalam jangkaan ep berdasarkan beg tangan tersebut salah seorang yang malang itu perempuan yang agak berumur. Kurang pasti sebab atau punca kemalangan itu.

Ep memacu terus kerana keadaan jalan telah sesak dengan penonton di kedua-dua hala jalan. Polis yang mengawal keadaan mengarahkan kenderaan berjalan terus.

Tidak lama selepas itu ep melihat satu lagi kemalangan. Kali ini agak jelas skit berbanding dengan yang pertama tadi. Kemalangan di antara sebuah kancil dan van. Modelnya ep kurang pasti. Ianya mirip2 unser. Kali ini tiada yang menemui ajal.

Setiap hari hal-hal kemalangan yang meragut maut tersebar luas dalam akhbar. Sedih memikirrkan keadaan mereka-mereka yang ditinggalkan. Sekiranya yang pergi itu merupakan ‘bread winner’ maka jalan kehadapan bagi mereka yang ditinggalkan pasti perih.

“Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul”

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com