Wednesday, February 22, 2006

 
MULA & AKHIR

Di terminal bas
Penumpang turun naik
Timur dan barat


Di terminal bas akan kelihatan sebahagian penumpang turun dan sebahagian pula naik bas. Bagi yang turun di terminal tersebut ianya merupakan tempat terakhir baginya menumpang bas tadi. Begitu juga dengan kehidupan kita. Ada kalanya kita terpaksa turun daripada bas yang kita naiki kerana bas tadi tidak bersamaan haluannya dengan haluan tujuan kita.

Bersamaan dengan itu teman yang bersama-sama kita ketika menaiki bas tadi akan hilang daripada pandangan kita. Mereka dengan haluan mereka dan kita dengan haluan kita.

Walau apa pun yang kita harapkan jauh pandangan tidak bermakna jauh di hati.

Bon Voyage.. perpisahan ini hanya sementara.

|

Monday, February 06, 2006

 
INGKAR

Garis Pemisah
Putih Sepanjang Jalan
Bangkai Kereta


Setiap kali ada perayaan maka Ops Sikap pun turut dilancarkan. Namun angka kemalangan jalan raya masih terus meningkat hinggakan pihak Polis sudah kebuntuan untuk mendapatkan penyelesaian.

Salah siapa? Rangkaian jawapannya pasti meleret. Masih ingatkah lagu "Oh Bangau!".

Oh insan. Oh Insan
kenapa engkau ingkar?

|

Saturday, February 04, 2006

 
INGAT SIAPA?

Rumah Terbiar
Bulu Roma Meremang
Ingat Siapa?


Apabila kita menghampiri sebuah rumah terbiar yang sudah usang bulu roma kita akan meremang naik. Badan tetiba jadi seram sejuk. Fikiran diisi dengan berbagai gambaran.

Ingat pada siapakah anda pada masa itu?

|

Thursday, February 02, 2006

 
PUPUS


Tulisan Jawi
Utusan Tamat Edaran
Selaput Mata


Satu-satunya akhbar bertulisan jawi yakni Utusan Melayu telah pun berhenti cetakannya disebabkan kurang sambutan masyarakat dan penaja. Keterangan lanjut mengenai ini dapat dibaca di blog Adib tulisan pada 02 Feb 2006. Apa yang tinggal lagi dengan Melayu? Persekutuan Tanah Melayu dah jadi Malaysia. Bahasa Melayu dah jadi Bahasa Malaysia. Keretapi Tanah Melayu dah jadi KTM Bhd. Dapatkah apa yang dikatakan oleh Panglima Hang Tuah' "Takkan Melayu hilang di dunia" bertahan untuk sekian lama?

Kini tak salah kalau dikatakan ramai orang Melayu yang telah hilang identiti mereka. Adab dan adat melayu telah banyak digantikan dengan adab orang barat. Sekiranya adab atau adat yang dituruti itu bersamaan dengan hukum-hukum syariah maka ianya tidak mengapa. Tetapi sekiranya adat atau adab itu bercanggah dengan syariah maka sangatlah kita takuti.

Bila akan berakhirnya Melayu?

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com