Monday, February 28, 2005

 
BUBUR ASYURA

Bubur Asyura
Jumpa Kenalan Baru
Hasrat Tercapai


Salah satu peristiwa (kurang jelas kesahihannya?) yang terjadi pada hari Asyura yang diriwayatkan adalah dimana Nabi Nuh as dan pengikutnya diakhir pelayaran telah mendarat di sebuah bukit. Oleh kerana bekalan yang dibawa mereka pada ketika itu tinggal sedikit berupa bijian-bijian, maka dikumpullah bijian-bijian itu dan dimasakkannya hingga menjadi bubur.

Daripada kisah inilah terwujudnya tradisi membuat bubur Asyura. Dan ianya menjadi satu kebudayaan kepada penduduk di Turkey dan dibeberapa Negara Asia lainnya.

Yang pasti Nabi Noh as berpuasa pada hari 10 muharram sebagaimana telah diriwayatkan oleh beberapa hadith. Dan disunnatkan umat Islam berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 muharram. Ini untuk membezakan diantara puasa Umat Islam dan Umat Yahudi yang berpuasa pada 10 muharrram sahaja.

Bercakap tentang bubur asyura, di Malaysia terdapat berbagai versi. Kalau di semananjung ada versi Kedah, Johor dan Kelantan. Versi Kedah berbentuk kuih diperbuat dengan bahan-bahan ubi & kacang. Rasanya manis. Versi Johor pula berbentuk bubur diperbuat dengan bahan-bahan ubi, kacang dan daging. Rasanya tak retie p nak terangkan… pokoknya rasa bubur deh!. Yang versi Kelatan pula ep dah lupa bagaimana rasanya atau bentuk.

EP sejak berhijrah ke Selangor ni amat jarang-jarang sekali merasakan bubur asyura versi Kedah. Maka apabila sampai dimusim bubur asyura ep pun menyampaikan hasrat atau keinginan untuk makan bubur asyura versi Kedah. Alhamdulillah keinginan (macam ibu mengidam aje!!!) yang disampaikan kepada Pnut kepada SriDiah kepada tetanggganya telah membuahkan bubur asyura. Lepas nih bolehlah ramai-ramai belajar membuatnya daripada SriDiah.

Kegembiraan ep berlipat ganda kerana pada hari penyerahan bubur asyura di karangkraf, ep dipertemukan dengan abang Ida yakni jiwarasa berserta isterinya. Kemeriahan bersembang pada waktu itu tak dapat dikatakan. Tambahan pula jiwarasa merupakan ahli kelab gout. Panjanglah ceritanya.

Akhir-akhir ini ramai teman-teman ep mendapat berita yang menggembirakan. EP tumpang gembira dengan kegembiraan mereka. Zino dah dinaikkan pangkat dan juga opisnya turut naik juga ke tingkat bangunan yang lebih tinggi. Zar dengan berita berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Masters dan seterusnya PhD. Lynnder mendapat cahaya mata. Dan terkini SriDiah dinaikkan pangkat jadi boss nombor kecil. Alhamdulillah. Didoakan agar mereka tetap tabah menghadapi cabaran baru dan segala usaha mereka diredhai Allah SWT. Amin.

|

Sunday, February 20, 2005

 
JAMBAN

Batang Kelapa
Kain Tutup Kepala
Duduk Mencangkung


Sebentar tadi singgah di blog makeupthetoilet. Terbaca kisah tungau. Kalau pusat merupakan tempat hinggap tungau pada kanak-kanak perempuan, maka tempat hinggap tungau untuk kanak-kanak lelaki yang belum bersunat adalah di hujung anunya. Tu kisah lama mungkin kanak-kanak sekarang tungau pun mereka tak kenal.

Ep bukan nak bercerita tentang tungau tetapi tentang jamban. Di tahun 60'an dulu sebelum adanya jamban tarik seperti sekarang, kami di kampung terutama yang diperdalaman menggunakan jamban lubang. Yakni kubah atau tempat takungan najis berada dibawah tempat kita menyangkung. Dari segi bau takleh nak cerita. Tulah sebabnya ep lebih suka melepas kat jamban titi. Takde bauan yang enak. Di tahun 60'an juga ada program 'American Peace Corps' Dengan kedatangan mereka2 ini maka terwujudlah jamban dimana tempat najis dijarakkan daripada tempat menyangkung. Kurang sikitlah bau dengan rekabentuk jamban sedemikian.

Sekarang ni jamban begitu modern, tak seperti dahulu. Maka tidak heranlah jika anak-anak bandar sekarang tidak mahu masuk ke dalam jamban di rumah2 perkampungan yang masih mengekalkan jamban berbentuk lama tu.

|

Saturday, February 19, 2005

 
CIUM

Cuaca Panas
Lebah Rehatkan Diri
Pipi Membengkak


Setiap insan pasti pernah dicium dengan hidung atau mulut. Perasaan yang terbangkit ketika itu adalah kemesraan. Namun kalau dicium dengan buntut lain pulak perasaannya... sakit. Begitulah perasaan ep apabila dicium oleh seekor lebah kelmarin setelah sholat jumaat.

Ep parkir kereta ep berdekatan dengan sebatang pohon yang rimbun dan bersebelahan dengan warung makan. Biasalah dalam keadaan panas tingkap kereta diturunkan sedikit agar angin dapat masuk dan suhu dalam kereta tidak berkuap sangat nanti. Setelah makan ep pun masuklah dalam kereta. Tau tau terasa pipi dihinggapi sesuatu. Secara refleks tangan pun menyambar ke bahagian pipi tersebut. Bersamaan tangan mengenai pipi, pipi pun terasa pedih. Bila dilihat ianya... seekor lebah yang telah tersesat masuk kedalam kereta.

Walaupun bunatang tu kecil, sengatannya terasa juga.Nasib baiklah dalam kereta ep ada bekalan sebotol minyak gamat. Cepat-cepat ep sapukan minyak tersebut ke bahagian yang disengat itu. Dalam tempoh masa setengah jam kepedihan hilang.

Amalan: Sediakan sebotol minyak gamat dalam kereta. Amat berguna apabila digigit serangga dan kemudharatan lainnya...

|

Friday, February 11, 2005

 
MEMBACA BLOG

Tetikus Merah
Blog Dibuka Dan Tutup
Mata Membaca


Kesempatan cuti am ni ep ambil kesempatan untuk blog hopping. Berehenti lama juga di blog Mak Andeh sebab tulisan Mak Andeh pada kali ini bukan saja panjang tetapi mempunyai nilai-nilai tertentu yang baik dijadikan pedoman buat para ibu dan bapa.

Ep kebelakangan ini dah kesempitan ide untuk menulis. Entah badai apa yang melanda, tumpul aje otak ni. Jadi malas semacam nak mengarap cerita.

|
 
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIAH

Sambutan Tahun Baru Hijriah disambut begitu dingin sekali oleh rakyat Malaysia berbangsa Melayu jika dibandingkan dengan sambutan Tahun Baru Cina atau pun sambutan Tahun Baru Masehi. Ianya bagaikan angin yang berlalu tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Mengapa jadi begini walhal satu peristiwa besar baru saja berlalu? Adakah rasa keinsafan belum terpahat di dalam jiwa agar kita kembali menghayati Islam dengan sebenarnya?

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com