Wednesday, December 31, 2003

 
GEJU di KEM LAMBAIAN DANAU - 30 Disember 2003

Episod 1 - Perjalanan Pergi

Hajat kami untuk mencecah kaki di Kem Lambaian Danau tercapai juga akhirnya hatta walau sehari sahaja. Cadangan asal adalah untuk berhujung minggu di sana namun tarikh yang dicadangkan oleh pengurusan kem kurang sesuai. Disebabkan itu hajat tersebut terpaksa ditunda kesuatu masa yang akan ditentukan kelak.

Perjalanan ep dari rumah ke Kem bermula pada jam 9.45 pagi. Anak ep, Anisah, yang pada mulanya akan turut serta terpaksa membatalkan niatnya kerana ingin bersama-sama teman persekolahannya dulu yang akan balik ke asrama pada hujung minggu ini. Setelah mengisi minyak di stesen Esso di SJ, ep pun meluncurlah di atas Highway Elite menuju ke Senawang. Nak kena 'pick-up' Ungku dan anak2nya.

Sampai di rumah Ungku jam 10.40 pagi.. lambat 10 minit daripada waktu yang dijanjikan. Pada mulanya ungku cuma bercadang untuk bawa cuma dua orang anaknya tetapi memandangkan kereta ep kosong maka ep suruh ungku bawa kesemua anaknya. Lepas tu kami pun berangkatlah. Semasa di dalam kereta Ep dimaklumkan oleh Ungku yang dua kereta lagi, wkdin & keluarga dan Mal berserta salina, mushroomcute dan hanyasayang, kini sudah berada dipersekitaran Linggi/Pedas. Nampak gayanya mereka mempunyai 'lead time' sebanyak 45 minit mendahului kami. Untuk memendekkan 'lead time' tu kami beritahu kepada mereka agar berhenti di R&R Air Keroh. Dari situ akan kita konvoi bersama.

Semasa dalam perjalanan anak ungku yang kecil, epik, telah melepas. Puuuih baunya sungguh menyayat hati. Nasib baik ep masih punya bekalan minyak attar dalam kereta. EP pun sapulah minyak attar tersebut kat tangan ep dan tangan amir. Baru lega skit. Untuk mengurangkan aroma yang semerbak harum tu ep turunkan cermin tingkap kereta. Biar angin masuk skit.

Dapat call dari rombongan wkdin, mereka dah bertolak daripada R&R Air Keroh. Kini dalam perjalanan ke Tangkak. Oleh kerana kami belum pernah ke Kem maka minta mereka tunggu di Tol Tangkak. Kami sampai di Tol Tangkak kira-kira jam 12.00 tgh. Setelah melalui tempat bayar tol kami nampak rombongan yang awal sedang menunggu berdiri bersebelahan dengan kereta mereka. Gelak besar memecah suasana apabila diceritakan kepada mereka tentang peristiwa di dalam kereta ep. Salina pun menyampuk, "Patutler nampak ep melepaskan nafas besar sewaktu keluar daripada kereta. Rupanya dok tahan nafas". Ditambah dengan aksi ep dan keterangan daripada ungku, maka riuh rendahlah jadinya. Ungku kemudiannya bergegas ke bilik air untuk 'eksport' cairan emas-emas yang terkumpul dalam pampers epik.

Dari Tol Tangkak ke Kem cuma mengambil masa 15~20 minit sahaja.

|

Monday, December 29, 2003

 
SEJENAK DI LOBBY HUKM

Hari ini ep kena hantar mem lagi ke HUKM. Kalau pada hari-hari sebelum ini ep hantar sebelum ep masuk opis tetapi pada hari ini ep terpaksa pergi opis dulu kerana satu dua perkara yang perlu dibereskan terlebih dahulu. EP sampai di HUKM kira-kira jam 11.30 pagi.

Seperti biasa sementara menunggu mem menjalani rawatan, ep lepak di sofa yang tersedia di bahagian pendaftaran sekitar kawasan legar HUKM. Tidak ramai yang menunggu pada masa itu. EP duduk di sofa di barisan paling belakang. Disitu ep dapat lihat telatah mereka-mereka yang sedang berurusan atau pun yang sedang menemani pesakit. Terdapat ramai juga pelajar perubatan yang menyandang beg dan buku lalu di situ.

Selang dua sofa disebelah kanan ep duduk seorang jejaka yang sedang menunggu. Tak tahu apa yang sedang dia tunggu. Mungkin dia sekadar berehat saja di tempat itu sepertimana juga ep. Wajahnya seperti seseorang yang kurang tidur alias kepenatan atau ngantuk. Mulutnya sedang mengunyah sesuatu.. 'chewing gum' kot. EP tersenyum sendiri apabila mengingatkan kelakuan mengunyah tu. Itu cerita lama semasa ep masih mengembala lembu.

Di hadapan ep dua anak gadis yang sedang bercakap atau lebih mirip kepada diskusi. Tak henti-henti mereka bercakap.. diselangi dengan gaya aksi tangan untuk menjelaskan sesuatu. Setelah akur dengan apa yang dibincangkan mereka pun memasukkan semula nota-nota ke dalam beg mereka dan beredar dari situ.

Pandangan ep beralih pula ke sofa barisan yang paling hadapan. Terdapat tiga orang anak gadis belasan tahun sedang duduk. Mereka yang pada mulanya diam sahaja dikejutkan oleh bunyi telefon bimbit. Dua diantara mereka terus aktif dan seolah-olah berebut untuk melihat apa yang tertulis ..SMS. Suara-suara terkeluar dari mulut-mulut mereka namun ep tidak dapat mengesan apa yang diperkatakan oleh mereka. Suasana reda semula setelah telefon bimbit itu dimatikan. Mereka kembali ke posisi seperti asal.. diam seribu bahasa.

Sedang ep asyik memerhatikan gadis-gadis itu, sepasang suami isteri lalui tidak jauh dari tempat ep. Apa yang menarik perhatian ep adalah tangan siisteri tadi sedang mengusap perutnya yang sedang sarat. Mungkin sudah mencecah sembilan bulan. Dalam fikiran ep terlintas keadaan bayi dalam perut itu sedang aktif. Ini yang membuatkan si ibu tadi geli akibat tusukan kaki atau tangan si bayi pada perut si ibu. Usapan tangan si ibu tadi ep rasa bukan sekedar mengurangkan perasaan geli di bahagian perut tetapi juga untuk menenangkan perasaan si bayi dalam kandungan. Mungkin mereka yang pernah melalui proses ini dapat mensahkan anggapan ep itu.

Setelah lebih sejam menunggu ep nampak mem ep berjalan. Berjalan dengan perlahan. Mukanya kelihatan sugul. Mungkin letih setelah jalani rawatan. EP juga perhatikan raut muka pengunjung ke HUKM. Raut muka pesakit kelihatan sugul. Sugul akibat menanggung penderitaan yang sedang mereka alami. Ada juga diantara mereka yang terpaksa berhenti sejenak untuk menghimpunkan semula tenaga atau mengatur nafas buat perjalanan seterusnya. Bagi yang tidak berdaya untuk berjalan secara sendirian mereka dibantu dengan kereta pengangkut atau pun kerusi roda.

Bagi kita yang sihat bersyukurlah dengan nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita. Pergunakanlah waktu sihat kita ini sebaik-baiknya. Janganlah dipersiakannya dengan melakukan perkara-perkara yang menjauhkan diri kita daripada Allah SWT.

|

Sunday, December 28, 2003

 
Hari ini biasanya ep gunakan untuk membaca posting2 di Forum Geng Jurnal. Tetapi kali ini kurang bernasib baik sebab Forum 'down' untuk kesekian kalinya. Kesempatan yang ada ep gunakan untuk menjelajah weblog teman2. Macam2 cerita ada. Suka, duka, riang gembira dan sedih. Dalam suasana apa pun yang penting adalah bagaimana kita mengatasi masalah atau cabaran yang sedang kita hadapi.

Bercakap tentang masalah ini ada yang dikatakan 'the acts of God' seperti kejadian gempa bumi. Sesuatu yang diluar kawalan kita. Ada juga masalah yang kita sendiri yang tempa seumpama sesuatu perkara yang sengaja kita lewat-lewatkan. Sebagai contoh servis kereta. Kita sudah mengetahui masanya sudah sampai kereta tersebut perlu diservis tetapi kita masih menangguhkannya. Akibat daripada perbuatan kita melengahkan servis kereta itu.. kereta kita pun meragam.

Sebenarnya Islam telah mengajar kita dalam hal mengatur masa (Surah Wal 'Asr) dan membuat sesuatu pada awal waktu. Sebagai contoh sholat. Kita amat digalakan untuk sholat di awal waktu... Kita juga telah diingatkan untuk membuat sesuatu perkara itu bermula daripada sedikit tetapi istiqomah dalam amalan. Setelah kita 'akur' atau selesa dengan amalan itu maka barulah menambahkan bilangannya... Dengan kata lain kita telah diajar untuk mengerjakan sesuatu berdasarkan kemampuan. Bukan buat banyak tetapi lepas tu tak buat langsung...

|

Friday, December 26, 2003

 
EP terima coretan ini daripada salah seorang teman melalui emel.

BAGAIMANA NAK INSTALL CINTA KASIH SAYANG

Customer Service (CS): Ya, ada yang bisa saya bantu?

Pelanggan (P): Baik, setelah saya pertimbangkan, saya ingin menginstal cinta kasih. Bisakah anda memandu saya menyelesaikan prosesnya?

CS : Ya, saya dapat membantu anda. Anda siap melakukannya?

P : Baik, saya tidak mengerti secara teknik, tetapi saya siap untuk menginstalnya sekarang. Apa yang harus saya lakukan dahulu?

CS : Langkah pertama adalah membuka HATI anda. Tahukan anda di mana HATI anda?

P : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya tetap bisa menginstalnya sementara program-program tersebut aktif?

CS : Program apa saja yang sedang aktif?

P : Sebentar, saya lihat dulu, Program yang sedang aktif adalah
SAKITHATI.EXE, MINDER.EXE, DENDAM.EXE dan BENCI.COM.

CS : Tidak apa-apa. CINTA-KASIH akan menghapus SAKITHATI.EXE dari sistem operasi Anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda, tetapi tidak lama karena akan tertimpa program lain.CINTA-KASIH akan menimpa MINDER.EXE dengan modul yang disebut PERCAYADIRI.EXE. Tetapi anda harus mematikan BENCI.COM dan DENDAM.EXE. Program tersebut akan menyebabkan CINTA-KASIH tidak terinstal secara sempurna. Dapatkah anda mematikannya?

P : Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah anda memandu saya?

CS : Dengan senang hati. Gunakan Start menu dan aktifkan MEMAAFKAN.EXE.
Aktifkan program ini sesering mungkin sampai BENCI.COM dan DENDAM.EXE terhapus.

P : OK, sudah. CINTA-KASIH mulai terinstal secara otomatis. Apakah ini wajar?

CS : Ya, anda akan menerima pesan bahwa CINTA-KASIH akan terus diinstal kembali dalam HATI anda. Apakah anda melihat pesan tersebut?

P : Ya. Apakah sudah selesai terinstal?

CS : Ya, tapi ingat bahwa anda hanya punya program dasarnya saja. Anda perlu mulai menghubungkan HATI yang lain agar untuk mengupgradenya.

P : Oops. Saya mendapat pesan error. Apa yang harus saya lakukan?

CS : Apa pesannya?

P : ERROR 412 - PROGRAM NOT RUN ON INTERNAL COMPONENT". apa artinya?

CS : Jangan kuatir, itu masalah biasa. Artinya, program CINTA-KASIH diset untuk aktif di HATI eksternal tetapi belum bisa aktif dalam HATI internal anda. Ini adalah salah satu kerumitan pemprograman, tetapi dalam istilah non-teknik ini berarti anda harus men-"CINTA KASIH"-i mesin anda sendiri sebelum men-"CINTA-KASIH"-i orang lain.

P : Lalu apa yang harus saya lakukan?

CS : Dapatkan anda klik pulldown direktori yang disebut "PASRAH"?

P : Ya, sudah.

CS : Bagus. Pilih file-file berikut dan salin ke direktori "MYHEART"
MEMAAFKAN-DIRI-SENDIRI.DOC,dan MENYADARI-KEKURANGAN.TXT. sistem akan menimpa file-file konflik dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan Recycle Bin untuk memastikan program-program yang salah tidak muncul kembali.

P : Sudah. Hei! HATI saya terisi file-file baru. SENYUM.MPG aktif dimonitor saya dan menandakan bahwa DAMAI.EXE dan KEPUASAN.COM dicopy ke HATI. Apakah ini wajar?

CS : Kadang-kadang. Orang lain mungkin perlu waktu untuk mendownloadnya. Jadi CINTA-KASIH telah terinstal dan aktif. Anda harus bisa menanganinya dari sini. Ada satu lagi hal yang penting.

P : Apa?

CS : CINTA-KASIH adalah freeware. Pastikan untuk memberikannya kepada orang lain yang anda temui. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali.

P : Pasti. Terima kasih atas bantuannya.

|
 
OPEN HOUSE

25 Disember.. rakyat Malaysia bergama kristian menyambut hari natal atau krimas. Open house lagi. Yang peliknya tetangga ep, beragama Islam, pun buat open house jugak. Kta rakan ep, dia buat open house pada hari ini kerana pada hari2 sebelum ini terutama 'weekends' ramai kawan2nya sibuk.. sibuk dengan open house jugalah. Jadi dia ambil keputusan buat 'open house' pada hari ini.

Kalau nak dikatakan rezeki datang bergolek boleh jugaklah sebab ep & famili sudah bersiap-siap untuk keluar makan tengahari. Tetiba telefon berdering menjemput ep ke rumah 'open house' dia. Pucuk dicita ulam mendatang.. ep pun pergilah. Memang tak rugi kerana makanan yang dihidangkan semuanya kaw-kaw belaka. Ada mee-jawa, roti jala & kari ayam, nasi beryani & lauk pauk. Kuih ada beberapa jenis dan tapai pulut. Air minuman dibuat oleh pakar.. bukan tuan rumah tetapi penjual minuman.

EP makan mee-jawa, kuih, buah anggur dan teh-tarik. Dan tak lupa tapai.. kalau tak salah ep ..3 bungkus kot ep telan. Lepas makan.. perut kenyang.. mata ngantuk..... tidurlah sampai ke waktu asar...

|

Thursday, December 25, 2003

 
MENCARI KEDAMAIAN HATI

Ramai yang tertanya-tanya
kenapa hati mereka terasa terombang ambing
bagaikan ombak di lautan luas
tiada hentinya...

Suka dan duka silih berganti
susah senang datang dan pergi
entah bila akan ditemui
ketenangan jiwa bersemadi di hati

Tiada siapakah yang mengetahui
tiada siapakah ingin membantu
membimbing dan menasihati mereka-mereka itu
menghilangkan kegelisahan dan kebuntuan
saban hari...

Wahai teman yang gundah gulana
hidup bagaikan serba tak kena
mencari jawapan tak tahu dimana
salah haluan jadi merana
akibat terjerumus ke dalam lembah hina

Dengarlah teman nasihatku ini
sekadar pentunjuk dijadikan amalan
bacalah Al-Quran setiap hari
pasti di sana akan kau temui
jalan mencapai kedamaian hati...



|
 
KURSUS LAGI...

Kursus 2 minggu dah selesai terpaksa berkursus lagi selama dua hari. Berlainan kursus dan di tempat yang berlainan. Kalau kursus 2 minggu tu agak stress kerana ada exam setiap hari sabtu. Jadi setiap malam kenalah menelaah kuliah yang disampaikan pada siang hari tu. Yang jadi masalahnya sejak dah berumur ini daya ingatan dah berkurang. Baca pangkal yang hujung hilang dan bila baca hujung yang pangkal pulak yang hilang... inilah yang menjadikan tensen dan stress. Masa exam.. fikiran jadi buntu.. keywords terbang dari ingatan... walau dicuba beberapa kali masih tak dapat connection... last2 biarkan ajelah begitu.

Berbanding dengan kursus 2 minggu tu kursus selama dua hari yang lepas... agak rileks. Tak ada exam. Dan kursus tersebut diadakan disebuah hotel kat Port Dickson. Boleh rileks kat tepi laut dan mandi kat kolam renang. EP tak suka berenang kat laut takut kacamata terlepas ketika berenang. Kalau kat kolam renang.. airnya tenang tak berombak jadi boleh kontrol pergerakkan renang. EP berenang diluar waktu diizinkan yakni sebelum pukul 7.30 pagi kerana diwaktu ini 'life-guard' tak ada. Jadi kalau jadi apa-apa tanggung sendirilah. Ep start mandi atau berenang jam 7.00 pagi. Kalau awal daripada tu masih gelap lagi. Keadaan kolam renang... sepi. Jadi kolam renang jadi milik ep seorang... bestkan.

Bila berkursus berat badan pun naiklah sikit.. mana taknya.. makan & makan. Sarapan pagi, morning coffee-break, makan tengari, evening tea-break dan makan malam. Makan pulak tu 'buffet-style'. Apa lagi semuanya nak ditest dan ditry. Walaupun sedikit kalau dah bermacam jenis.. jadilah bukit.

Bila malam pulak.. oleh kerana tak ada exam maka ep dan teman2 pergi bersantai.. main bowling kat bandar. Satu game RM 4.50. Hari senin malam selasa main 3 game dapat 1 game percuma. Prestasi ep kali ni merosot sekali. Hampeh betul dalam 4 game tu .. satu game pun tak melebihi 140 points. Malam berikutnya main 5 game. Prestasi lagi merosot... Oleh kerana standard merosot begitu ketara sekali.. takyah ler ceritakan kat sini... faham2 ajelah scorenya...'one of the off-days'.

Lepas main bowling singgah kat warung.. kawan ajak makan... ep kata manalah ep boleh sumbat lagi. Kekenyangan makam malam tadi masih terasa.. jadi ep minum ajelah... fresh oren. Malam pertama 'fresh orange' kat warung tu orait.. terasa orenya... tetapi malam kedua kat warung yang lain pulak.. tak rasa oren tetapi rasa gula aje... warna oren pun tak kelihatan...

All in all berkursus kat PD tu banyak mengendurkan ketegangan yang tersimpul sebelum ini...

|

Monday, December 22, 2003

 
Melawan Arus

Perjalanan menuju ke destinasi
idaman setiap insan di dunia ini
kembali ke tempat asal diri
yang berkekalan.... syurga

Jalanan sukar untuk diharungi
kerana ianya dipagari onak dan duri
menghalang, menghambat dan banyak lagi
membuatkan diri jadi sangsi
akan kebolehan sendiri...

Bagaikan bersampan mudik ke hulu
melawan arus tak kunjung putus
cabaran lain sedia menunggu
mencegah sampan maju... setiap waktu

Sekiranya diri tiada kekuatan
dayungan tiada membawa kesan
sampan dihayutkan arus
jauh... jauh daripada tujuan asal
ke alam sejuta penyesalan
yang tak bekesudahan

Andainya dayungan sederas arus
sampan tidak membuat anjakan
bagai terpaku ditempat kejadian
tiada kemajuan yang dihasilkan
impian tidak akan menjadi kenyataan
berlegar sekadar impian belaka...

Seandainya ingin maju ke hadapan
majukan diri dengan ilmu
gagahkan badan dengan latihan
cekalkan perasaan dengan kesabaran
pautkan kepatuhan kepada Tuhan

Sampan akan meluncur ke hadapan
melintasi rintangan yang terbentang
namun jangan diingatkan selesai sudah
rintangan baru sedia menunggu
lebih perkasa dari yang dulu

Wahai teman dan juga taulan
jadikan ini sebagai pengajaran
majukan diri secara berterusan
agar tiada penyesalan dihari kemudian
peluang yang ada jangan dipersia-siakan




|

Sunday, December 21, 2003

 
Bersama GEJU di Rumah Terbuka Zar..

Bermula jam tiga petang.. rumah zar dibuka kepada GEJU. Khusus pada hari ini zar menghidangkan masakan dan makanan istimewa.

Nasi beryani/jagung.. ep kurang pasti plak.
Dalcha
ayam masak apa?.. dah lupa plak ep.. ni dah kes berat baru aje semalam hari ni dah lupa..
dan etc. etc.. etc.

Roti jala
pengat durian

Seri muka ubi.. betoi ke nama kuih tu.. hentam sajalah
kuih acuan dan dihiasi dengan daging.. adakah namanya kuih sepera???

Air oren..

Memang best makanan tu.. ep paling banyak makan kuih2 tu... sesuai betoi dengan selera ep!

Geju yang mula sampai hanyasayang, ct_cute dan mushroom_cute. Belum sempat mereka panaskan buntut mereka di kerusi ep dah pelawa mereka untuk menjamah makanan. Tetapi mereka tetap mereka juga. Diajak beberapa kali pun masih belum beranjak daripada kerusi. Lambat sangat nak atur pernafasan ... nak kontrol ayulah katakan... ha..ha.. ha..

Kemudian putera salji dan puteri salji pun sampai diikuti kemudian ungku dan kontigennya. Boyfren ungku dah pendekkan rambutnya.. seolah-olah baru balik dari mengerjakan umrah atau haji.. kulit ungku kelihatan agak 'tan'. Maklum sajalah baru balik dari bercuti di pulau mutiara.. mungkin disebabkan 'sunbathing' kat pantai kot!!!!

Pada masa ep nak angkat kaki zar dapat berita wakdin dan beberapa geju lainnya akan sampai sebentar lagi. Masa dapat 'first call' wakdin katanya mereka sedang berada di Carrefour, Wangsa Maju. Maka ep pun tunggulah. Dah hampir setengah jam .... masih tak sampai-sampai lagi... padahal dari Carrefour ke rumah zar mengambil masa kira2 15 minit sahaja.

Lepas tu dapat call. Katanya dalam dua (2) minit sampailah... ep dan geng2 pun tunggulah. Tak sampai jugak lagi setelah sepuluh minit... sah dah soset ler tu atau tak jumpa jalan masuk.. kemudian dapat call.. dek penat kot.. depa kata depa tunggu kat McDonald... sian kat depa noooo... entah2 kepala dah pusing.. dok round2 masih tak nampak jalan masuk... zar pun hantar boifrennya pi jemput depa tu... sebentar kemudian sampailah gerombolan tiga buah kereta.

wakdin & keluarga, mal, mawar, jolliekins dan seorang lagi ep dah lupa plak namanya (ifaalyana.. tq wkdin kerana memberitahu)... lepas tu bermula proses suaikenal... dan flash kamera pun lip lap lip lap.. yang paling banyak posing jolliekins dan idham kot... bermacam-macam lagak yang dipertontonkan... tunggu saja foto aksi mereka2 itu...

Oleh kerana ep ada hal sikit ep minta diri dulu... nak tahu lanjutan cerita kena baca ulasan daripada ct, mush, hs dan zar... tak lupa wakdin dan geju yang lain...


|
 
Perjumpaan Geng JK

Selesai kurusus saja ep terus ke rumah terbuka zar. Waktu yang dijanjikan pada jam 3.00 petang. Ep sampai pada jam 2.30 ptg kalau tak salah. Pada mulanya ep jangkakan boleh sampai pada jam 2.00 petang tetapi disebabkan kesesakan lalulintas yang agak teruk juga hajat tu tak kesampaian.

Namun begitu masih sempat berjumpa dengan teman-teman lama. Zino, melur, zamima, tasha dan ucuk. Bolehlah menjadi tradisi pada setiap perjumpaan ada saja yang tersesat jalan. Pada kali ini giliran ucuk pulak. Dua tiga kali SOS.. baru berjaya sampai...

Lupa pulak nak tanya zar lynnder datang tak?

Kek harijadi sumbangan zino.. sodap rasanya. Anyway kesempatan ini ep ucapkan wishing melur dan zino.."belated happy birthday".. semoga tercapai apa yang dihajatkan dan diredhai oleh Allah SWT.

|
 
Kursus Selama Dua Minggu

Kursus dah selesai. Selama dua minggu otak ini dihujani oleh maklumat bersangkutana dengan pengurusan. Pada hari sabtu diuji pula ingatan melaui peperiksaan selama satu jam setengah. Pada yang masih muda dan ingatan masih cergas pasti tidak menjadi masalah tetapi kepada yang telah berumur.. masalah besar. Apa tidaknya. Belajar pada malam hari sebelumnya tetapi pada keesokan paginya dah lupa apa yang dipelajari. Hal ini tidaklah ganjil kerana kita telah diingatkan melalui hadith Nabi SAW.

"Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara." Salah satunya masa muda mu sebelum datang masa tua mu.

Apabila telah berumur maka kecergasan kita akan berkurang. Tenaga jelas terasa akan kekurangannya. Ingatan juga turut berkurang. Kalau dulu mudah sekali ep mengingatkan apa yang dipelajari tetapi kini ep mudah terlupa apa yang dipelajari. Oleh yang demikian ep akan selalu bawa bersama ep buku nota kecil untuk mencatat apa yang ep rasakan penting untuk dijadikan bahan rujukan. Kalau ada nota pasti akan sukar untuk megingatkannya semula.

Entah berapa persen agaknya yang akan jadi ilmu dan dipratekkan.

Berkursus ini ada kebaikannya disamping mendapat ilmu. Dapat berkenalan dengan teman-teman baru. Memperluaskan ikatan persahabatan atau silaturrahim adalah dituntut oleh agama. Rugi sekiranya kesempatan yang ada itu tidak dipergunakan untuk memperluaskan persahabatan.


|

Thursday, December 04, 2003

 
TEMANKU BERHARI RAYA

Didalam suasana eidulfitri
berbagai perasaan tercetus dan terasa
di jiwa teman-temanku
keriangan, kesedihan dan juga hambar

Yang riang usah dikata
berjumpa sanak saudara dan kawan taulan
menjamu berbagai hidangan
disajikan di atas meja terikut selera

Nun di suatu sudut sana
ramai juga yang berduka
lain dicita lain diterima
luka membalut hati derita

Tak sedikit juga terasa hambar
diri bagaikan tiada di dunia
tiada berharga dipandang mata
kekosomgan menyelinap dijiwa

Begitulah hidup kita ini
terombang di antara suka dan duka
persiapkan diri pada keadaan begini
berpegang teguhlah kepada Ilahi...



|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com