Wednesday, December 22, 2004

 
PENAMBAT TERBIAR

Tiang Penambat

Sampan Terombang Ambing
Laut Gelora

Tiang penambat yang tua masih diperlukan untuk mengikat perahu atau sampan daripada dibawa arus. Namun kekuatannya sudah tidak seperti dulu. Tanda-tanda keusangan kerana bermandikan hujan dan berpanaskan sinar mentari saban hari telah jelas kelihatan. Namun begitu ia masih diperlukan untuk mempastikan sampan-sampan masih di situ ketika laut sedang bergelora. Dilain keadaan terdapat juga tiang-tiang penambat yang sudah terbiar. Tua dan usang. Menunggu masa ditelan alam.

Sama juga seperti keadaan orang tua. Penambat bagi anak-anak mereka. Terutama bila anak-anak itu berada didalam kesempitan kehidupan. Namun tidak kurang juga terdapat anak-anak yang membiarkan orang tua mereka menjalani hari-hari tua bersendirian. Ini sering terjadi apabila kehidupan mereka berada dalam kemewahan dan kesibukan yang tak kunjung reda.

|

Monday, December 13, 2004

 
MENYAHUT SERUAN

Gelombang Putih
Menuju Satu Arah
Sahut Seruan


Setiap tahun manusia dari berbagai tempat dan pelosok dunia akan pergi ke tanah suci Makkah menyahut seruan Nabi Ibrahim as. Dari yang muda hinggalah kepada yang lanjut usia, lelaki dan perempuan. Jika kita renung dalam-dalam maka kan kita dapati bahawa menyahut seruan ke tanah suci seumpama menyahut seruan ajal. Langkah atau prosesnya hampir serupa.

MATI.
1. Sampai masa - ajal.
2. Dimandikan
3. Dikafankan (kain warna putih)
4. Disembahyangkan
5. Ditalkinkan
6. Masuk ke alam barzakh menanti masa berkumpul di Padang Mashar

HAJI.
1. Sampai seruan ke tanah suci
2. Mandi sunat ihram
3. Memakai ihram (kain warna putih)
4. Sembahyang sunat Ihram
5. Talbiyah
6. Berkumpul di Padang Arafah

Oleh yang demikian sesiapa yang telah menunaikan ibadah haji dan dikurniakan Allah SWT dengan haji mabrur maka tindak tanduknya akan senantiasa patuh dengan perintah Allah SWT. Kerana mereka telah berikrar semasa di tanah suci.

"Hambamu datang menyahut panggilan Mu ya Allah
Hamba Mu datang menyahut panggilan Mu yang tidak ada sekutu bagi Mu
Sesungguhnya segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan Mu yang tidak ada sekutu bagi Mu"

Begitulah talbiyah atau ikrar yang dilaungkan oleh setiap mereka semasa di tanah suci.

|

Wednesday, December 01, 2004

 
PASRAH

Salji Memutih
Dingin Mencengkam Tulang
Badan Bergetar

Sejak akhir-akhir ini berita yang diterima ep daripada teman-teman menyedihkan. Seminggu selepas Hari Raya teman ep mengatakan anak lelakinya yang berusia 31 tahun meninggal dunia akibat daripada kemalangan jalan raya. Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak berumur dua tahun dan empat tahun. Selang beberapa hari pula imam masjid mengatakan salah seorang uztaz, berumur 30'an, yang menyampaikan tazkirah dibulan Ramadhan baru-baru ini juga meninggal dunia akibat daripada sakit. Kurang pasti pula apa penyakitnya. Dan hari ini ep diberitahu salah seorang rakan sekerja ep yang sedang melanjutkan pelajaran di UK mengalami 'renal failure'. Buah pinggang mengecut. Kini beliau terpaksa menggunakan mesin dialysis untuk membersihkan darah. Umurnya juga dalam lingkungan 30'an.

Bila mengenangkan apa yang telah berlaku kepada mereka hati ini menjadi insaf. Giliran kita akan menyusul. Walau apa pun kita berdoa agar hati kita ditetapkan oleh Allah SWT untuk senantiasa beriman kepada Nya.

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com