Saturday, January 31, 2004

 
PULANG KE RAHMAHTULLAH

Isteri teman ep telah pulang ke rahmahtullah semalam jam 11.15 malam. Sebab musabab disebabkan kanser payudara. Beliau mengalami penyakit untuk beberapa waktu juga. Teman ep, kini telah hilang pengelihatan akibat daripada penyakit diabetes yang sedang ditanggung. Jenazah isteri teman ep telah selamat disembahyangkan selepas sholat zohor dan selamat dikebumikan kemudiannya. Didoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atasnya. Amin.


|
 
HARI RAYA IDUL ADHA

Sempena menyambut Hari Raya Idul Adha, ep ingin mengucapkan "TAQABBALLAHU MINNA WAMINKUM" kepada kesemua muslimin dan muslimat khususnya yang mengenali diri ep.

Kiraan terakhir, masjid di tempat ep tinggal akan mengerjakan korban sebanyak 22 ekor lembu. Pagi tadi kami bergotong royong menyiapkan segala kelengkapan keperluan untuk besok. Alhamdulillah kebanyakan perkakas masih boleh diguna pakai lagi. Badan terasa letih selepas buat kerja gotong tu. Sempat juga tidur setengah jam sebelum azan bergema di udara.

Selepas sholat tadi, teman ep yang tugasnya menyiapkan segala tagging untuk lembu dsbnya bersangkutan dengan sekretariat mengatakan petang nanti atau disebelah malam kena hantar tagging kepada perserta-perserta korban. Kesian kat teman ep tu. Beliau mengatakan semalam dia hanya tidur untuk satu setengah jam. Pukul 4 pagi baru tidur untuk menyiapkan tugasan yang telah diagihkan kepadanya. Semoga semua usaha diredhai oleh Allah SWT.

|

Friday, January 30, 2004

 
TEMAN LAMA

Sedang asyik ep membaca blog teman-teman ep dikejutkan oleh deringan telefon. Rupa-rupanya teman ep sewaktu bersama mengerjakan ibadah haji telefon. Ia baru saja pulang daripada Osaka, Jepun. Sejuk habis katanya. Ia menelepon untuk menyampaikan hajat. Nak jemput ep menghadiri hari pernikahannya. Majlis pernikahan akan diadakan pada 8 Februari 2004 di rumah pengantin perempuan di Segamat dan di rumahnya pada 14 Mac di JB.

"Pilihan sendiri atau pilihan emak kao", ep bertanya padanya. "Pilihan sendiri", jawabnya.

Ingatan ep kembali ke semasa kami bersama mengerjakan haji pada tahun 2000. Beliau menemani ibunya. Pada masa tu tak salah ep umurnya baru 25 tahun kot. Dalam hal hubungan ibu dan anak, beliau bolehlah dikategorikan sebagai anak kesayangan ibu. Semasa di maktab, ibunya akan sering datang pada waktu pagi menanyakan dah makan atau belum dan beliau senantiasa tak lupa untuk membawa apa-apa makanan yang dibeli olehnya sepulangnya daripada mendirikan sholat di Masjidil Haram. Disuatu ketika di Jeddah teman ep sakit perut dan terpaksa ditahan di wad klinik untuk pengawasan selanjutnya. Bila kami beritahu kepada ibunya, ibunya hampir terduduk dan menangis kerana kekuatiran tentang anak lelaki seorang itu. Terpaksalah ep dan teman ep menceritakan sakit tak teruk pun. Begitulah sayangnya ibu kepada anaknya.

Semasa di tanah suci bolehlah dikatakan begitu akrab sekali. Kemana saja kami pergi bersama denga dua lagi teman ep. Tidur di jalan di Mina. Juga meniru beberapa adegan peminta sedekah. "Ya la ya la pi sabilillah" diikuti dengan gaya tangan dan kaki. Sampai sekarang bilamana kami bercakap/bertemu maka aksi itu akan kami tonjolkan. Dan ini diikuti oleh gelak ketawa.

Selamat menempuh hidup baru teman...



|

Thursday, January 29, 2004

 
NGANTUK

Malam tadi tidur lewat. Hampir jam 2.00 pagi baru tidur. Jam 2.45 pagi tidur terganggu oleh bising kucing sedang bergaduh. Rupanya kucing ep sedang berlawan dengan lawannya. Dua2 jenis kucing Siam. Walau pun sudah dihalau tak diendahnya. Dari dalam rumah hingga di luar rumah... pertarungan di teruskan. Last2 ep simbah dengan air. Baru nak lerai. Tu pun setelah dua tiga simbah dengan air.

Berbanding dengan kucing biasa kucing siam memang berani. Itulah sebabnya walaupun sudah diherdik dan dipukul dengan tuala masih belum terlerai.

Tadi ep lihat perjalanan kucing ep timpang sikit. Di bahagian badan dan kaki kelihatan lubang-lubang akibat bekas gigitan.

Ep kalau sudah terjaga memang susah nak tidur balik. Tu yang buat ep pagi nih ngantuk ....

|

Tuesday, January 27, 2004

 
NUR LEMBAH PANGSUN

Pada 23 hingga 25 Januari 2004 ep telah menyertai rombongan guru-guru SRIMDE berkursus di Nur Lembah Pangsun, Batu 19 3/4 Ulu Perdik, Hulu Langat, Selangor. Kursus yang dinamakan Kursus Kecermerlangan SRIMDE2 dikendalikan oleh teman ep, Encik Haris. Beliau merupakan seorang pakar NLP (Neuro Linguistic Programming) kini berkerja di Celcom. Status ep dan dua lagi teman ep, Tuan Syed dan Encik Osman, adalah sebagai pemerhati.

Tujuan diadakan kursus ini adalah untuk meningkatkan skills atau kemahiran guru2 dalam bidang komunikasi dan displin. Juga agar mereka lebih memahami akan 'business plan' SRIMDE. Adalah diharapkan setelah menjalani kursus ini mereka akan lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas mendidik anak2 murid.

Jumaat, 23 Jan 2004, jam 3.00 petang bertolak daripada SRIMDE dengan menaiki bas. Ep diberi pilihan samada nak 'drive' sendiri atau ikut naik bas. Ep pilih naik bas kerana malas nak 'drive'. Sesampai di Nur Lembah Pangsun Eco-Resort, kami diberi taklimat oleh pengusaha resort tersebut. Lupa pulak ep akan namanya. Tempat penginapan ep ada empat buah katil, tanpa tv dan air-con. Bathroom attached. Apa yang menarik disini adalah simber air, baik untuk minum dan lain2nya diambil daripada sungai perdek. Air diproses dengan menggunakan 'French Waterline Technology Filtration System'. Tak ada campuran bahan-bahan kimia.. natural water. Sekiranya sistem bermasalah barulah sumber air sambungkan ke paip PUAS.

Setelah sholat asar.. acara water confidence diadakan di kolam. Perserta, setelah diikat safety jacket, dengan posisi membelakangi kolam diminta terjun ke dalam kolam. Biasalah bila dah berada dalam air ada yang panik, takut tenggelam dan minum air, pada sedari awal tadi disuruh relaks. Dengan berkeadaan rileks barulah badan boleh mengapung.

Acara pembukaan dimulai pada jam 8.00 malam. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai JAIS, Ustaz. Acara selanjutnya 'case study' yang berhubung kait dengan customer service. EP tidak ikut serta sesi 'case study' ini kerana pada masa tu ep sedang melayan pegawai JAIS minum malam. Selesai meraikan pegawai JAIS itu barulah ep join sesi 'case study' tu.

Sabtu, 24 Jan 2004 Acara pagi bermula dengan sholat subuh diikuti dengan tazkirah ringkas. Setelah sarapan acara melintasi 5 halangan 'obstacles course' pun bermula. Perserta dibahagi kepada empat kumpulan. Dua kumpulan perserta perempuan dan dua kumpulan perserta lelaki. Kumpulan perserta perempuan dilepaskan dahulu. Setelah mereka selesai baru dilepaskan kumpulan perserta lelaki.

1. titian bergoyang
2. merangkak dibawah jaring
3. Melintasi tembok
4. merangkak dalam terowong
5. 'monkey swing'

Semasa melintasi halangan2 itu kumpulan diamanahkan dengan sebaldi air. Sekiranya air tertumpah maka kumpulan itu akan didenda.

Acara terakhir 'flying fox'. Berbagai aksi yang diperlihatkan oleh mereka2 yang berani. Yang tak berani tu.. biasa biasa aje. Menjerit dan memegang tali sekuat-kuatnya.

Selepas itu diadakan sesi memancing ikan dan diikuti dengan sesi pembelajaran displin dan 'communication skills'.

Disebelah petang pula ada pertandingan membina rakit. Bahan-bahan yang diberikan:
6 tiub tayar
8 batang buluh
tali.

Setiap kumpulan diminta membuat 'presentation' apa yang mereka pelajari setakat ini di atas rakit. Oleh kerana salah satu objektif kursus adalah 'crisis management', rakit mereka akan disabotaj ketika berada di air. Bermacam adegan yang diperlihatkan oleh perserta.

Malam hari.. motivation course.

Ahad, 25 Jan 2004 Para perserta diminta menyiapkan 'business plan'. EP bersantaian memancing ikan dikolam.

Jam 10.00 pagi kami bertolak balik ke Subang Jaya.

|

Friday, January 23, 2004

 
TAMBAHAN

Hari ini ep tambah lagi link teman-teman webblog. Dengan berbuat demikian bermakna ep terpaksalah tambah lagi waktu untuk membaca. Anda yang ep baca secara santai saja dan ada juga yang ep baca berulang kali. Dengan membaca log-log tersebut ep harapkan dapat memahami sedikit sebanyak akan keperibadian penulis. Juga dengan berbuat demikian kita akan mengetahui akan minat atau kecenderungan mereka. Berbekalkan maklumat ini, mudahlah sedikit bagi ep untuk berinteraksi. Ada bahan untuk dibicarakan bila bertemu. Tanpa maklumat awal seringkali percakapan menjadi kaku. Ditambah dengan keperibadian individu yang agak tertutup tak mustahil daripada kaku ianya akan menjadi beku.

Aktiviti-aktiviti yang membolehkan interaksi adalah sangat digalakkan. Tak semestinya ia harus melibatkan ramai peserta. Ambil sebagai contoh boling. Ramai yang 'first timers'. Masuk longkang berkali-kali dan tentunya jumlah pin yang jatuh berangka 0-0. Tapi apabila dia mendapat 'X' atau strike.. bergegarlah lantai boling tersebut. Persekitaran sebeginilah yang dapat membantu perhubungan dan keakraban.


|
 
ZULHIJJAH

Rebutlah peluang atau ganjaran yang diberikan kepada amalan-amalan yang dilakukan sepuluh hari di bulan Zulhijjah ini.

Ibnu Abbas telah berkata Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya :Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rassulullah! dan tidak (amal) jihad pada jalan Allah?. Jawab baginda : Dan tidak jihad pada jalan Allah. Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu.
- Hadith diriwayatkan oleh Bukhari, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Habban dan al-Baihaqi dengan sanad atau jalan berbeza -

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah daripada hari-hari sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. - Hadith diriwayatkan oleh imam al-Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti -

Jadi apa lagi yang ditunggu...




|

Thursday, January 22, 2004

 
SELAYANG PANDANG

Dibawah sinaran lampu neon
di tempat letak kereta
Taman Tasik Titiwangsa
17 Januari dua ribu empat...

sedang aku asyik berbicara
dengan rakan rakan seanggota
bermacam cerita cerca halba
kau muncul dengan tiba-tiba
dan tak disangka sangka
menegur ku..

Hmm.. siapa gerangan insan ini?
ku renung mukanya tajam sekali
keadaan lengang berhenti buat seketika
memberi laluan bagiku agaknya
mengodak database didalam kepala

namun masih ku tak pasti
siapakah gerangan diri insan ini
aah.. olahan otakku tak berjumpa
pencarian sia-sia belaka
sahlah kita belum pernah bersua...

dicelah-celah ketawanya
dia berkata.. ini Elaira lah

teman berpantun buat seketika
sebelum masa menyibukkan dia..

Setelah identiti bukan rahsia
tahulah ep membuka cerita
kekakuan hilang serta merta
kini bertukar kepada mesra

sayang masa tidak mengizinkan kita
berbicara lama dari yang ada
kau pamitan untuk pulang
kerana kenderaanmu sudah tiba

selamat pulang wahai teman
panjang umur jumpa lagi
di suasana yang lebih mengizinkan
kita bicara panjang-panjang...

|
 
PENULISAN

Masa-masa yang dihari cuti sebegini biasanya ep ambil kesempatan membaca tulisan di GEJU. Kekadang angka tulisan yang belum dibaca mencecah 450. Dan kadangkala melebihi angka tersebut. Untuk membaca kesemuanya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam.
Itu belum lagi dikira masa yang digunakan untuk membaca weblog rakan-rakan blog.

Dari bebanyak tulisan.. ada yang berat dan tak sedikit pula yang ringan.. Ada yang serious dan ada yang bersahaja. Ini banyak bergantung kepada kepakaran masing-masing mengolah kata-kata. Bagi yang berbakat dalam penulisan tidak sukar bagi mereka untuk menulis. Walaupun hanya sebaris atau dua sudah cukup untuk menarik perhatian. Tetapi bagi mereka yang baru atau yang kurang mahir.. amat sukar bagi mereka untuk mengolah kata-kata. Dengan isi yang sama, penulisan kelihatan hambar dan tidak menarik. Rekabentuk yang kurang menarik tidak menjernihkan suasana.

Bagi rakan2 yang sudah berkaliber atau mahir dalam penulisan biasanya ep jarang memberi komen. Mereka sudah dapat berdiri dengan sendiri. Tetapi bagi mereka yang ep kenal dan baru dalam blogging ep sedaya upaya akan cuba memberi galakkan dan semangat. Ep tahu mereka perlukan itu untuk terus berkecimpung dalam dunia blogging.

Pada ep setiap insan atau hamba Allah itu mempunyai keistimewaan tersendiri. "Allah SWT menjadikan manusia sebaik-baiknya makhluk". Ada kalanya insan tersebut telah mengetahui akan kelebihan dan kekurangnya. Ada pula insan yang masih mencari-cari. Jadi sekiranya kita mempunyai kebolehan atau mempunyai kaedah untuk mencungkil kelebihan seseorang itu... maka bantulah mereka. Ilmu yang tidak dipraktekkan atau diamalkan adalah sia-sia. Membantu tanpa mengharapkan balasan mencerminkan sifat keikhlasan. Hanya dengan melakukan sedemikian akan terjalin keukhuwahan dan kemesraan persahabatan...


|

Tuesday, January 20, 2004

 
SAYANG

Apabila kita mengenali 'sesuatu' maka akan timbulalah perasaan sayang yang terbit daripada hati yang ikhlas. Amat sukar untuk diceritakan kerana ianya sesuatu yang abstrak. Namun ianya tidak dapat disangkalkan kewujudannya. Dan apabila perasaan sayang itu telah terjalin di antara dua insan maka kedua-dua pihak akan merasakan getaran timbal balik pada frekwensi yang sama.

Membicarakan tentang sayang ini, siapakah yang paling menyayangi orang lain selain Rasulullah salallahu alaihi wassalam. Begitu sayangnya beliau akan umatnya sehingga disaat-saat terakhir hayat beliau masih mengingati akan nasib umatnya. "Ummati ummati" kata-kata yang keluar daripada mulut Baginda. Sebelum itu dalam wasiat terakhir beliau, beliau bersabda "Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan megikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan sunnahku" ( ).

Mengikuti adat Yahudi dan Nasrani

Rasulullah SAW merasa amat sedih mengetahui apa yang akan menimpa atau dihadapi oleh umatnya dikemudian hari kelak. Coba kita renungkan sabda Nabi saw, "Ikatan Islam betul-betul akan terurai satu persatu. Dan setiap kali terlepas satu ikatan, maka manusia akan bergantung dengan ikatan berikutnya. Yang pertama adalah terlepasnya hukum dan yang terakhir adalah sholat". (HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim, disahihkan oleh al-Albani)

Allah taala telah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya, orang-orang kafir itu akan membelanjakan kesemua sumber harta mereka untuk memalingkan manusia dari jalan Allah.” (Al-Anfal : 36)

Dalam Al-Quran, Allah taala telah berfirman “Mereka (orang-orang yang diberi Kitab, iaitu Yahudi dan Nasrani) hendak memadamkan cahaya agama Islam dengan mulut mereka. Dan Allah tidak mengkehendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai” (At-Taubah : 32)

Kini hampir keseluruhan kehidupan ini telah didominasi oleh sistem Yahudi maupun Nasrani. Dari hal makanan hingga akhlak; bahkan masalah aqidah. Mereka telah banyak merusakkan akidah generasi kita. Hinggakan ramai anak-anak muda kita sudah tidak mengenali agamanya sendiri. Sudah dicampur baurkan antara hak dan yang bathil. Orang-orang Yahudi dan Nasrani menggunakan strategi merosakkan minda kerana mereka mengetahui mereka tidak akan berjaya srkiranya bertentangan secara fizikal. Terpesongnya minda orang Islam yakni dengan tidak mengikuti ajaran Islam sepenuhnya sudah merupakan kemenangan bagi mereka.

Oleh itu Rasulullah saw memberikan peringatan tegas pada umat Islam, agar tidak mengikuti mereka. Jika itu terjadi, maka yang terjadi adalah kehinaan. Cobalah kita perhatikan kembali sabda Nabi saw berikut ini, “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu ikuti merekea”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah mereka Yahudi dan Nasrani yang Rasul maksudkan? Nabi saw menjawab, “Siapa lagi”. (HR Muslim)

Allah swt berfirman, “Sebagian besar Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran”. (QS al-Baqarah: 109)

|
 
GATH GEJU ke-3

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam sewaktu upacara di rumah teman ep selesai. Setelah menjamah sedikit makanan ep pun terus bersalaman dengan teman ep dan minta izin untuk keluar lebih awal.

Alhamdulillah jalan tidak sesak pada malam itu dan ep sampai di Taman Tasik Titiwangsa kira-kira jam 10.00 malam. Sesampainya disitu, keadaan agak riuh jugak dengan Cik Easy sedang membacanyakan pemenang. Samada pemenang diadalam kategori2 yang dicalonkan atau cabutan bertuah ep kurang pasti. Yang pastinya ep bergegas mencari Salji dan CT-Cute. Setelah dibereskan apa yang perlu dibereskan, yakni hadiah dan nama pemenang peraduan sambung pantun, ep pun memanjangkan leher cari ummie amshar. Nun dipojok sana kelihatan ummie dan hida. Sementara itu ep sempat bercakap-cakap dengan mammancong, sridiah, MBA dan geng2 semeja dengan mereka.

Kalau geng2 lelaki yang hadir berpakaian batik dan t-shirt, ep pulak datang dengan pakaian berjubah dan bersarung dan bawa beg kertas. Macam orang nak jual kitab aje. Kalau pun banyak mata beri tumpuan pada ep, ep tak kisah. Buat selamba aje.

Kira2 jam 10.30 upacara pun tamat. EP tak sedar upacara dah tamat sebab sedang asyik bercakap-cakap. Tau-tau tinggal kami saja kat situ. Yang lelain tengah dok berposing.. sesi bergambar. Lepas tu ep sempat juga posing dalam satu adegan posing beramai-ramai.

Acara informal selepas majlis diteruskan di tempat letak kereta. Zar,CT-Cute, Salina, Mush, Salji, Zuls. Kat situ sempat berkenalan dengan elira, ros, atok, p-nut dan suaminya Meor.

Lepas tu acara bersembang diteruskan di warung kopi berdekatan. Hadir pada ketika itu ep, mie, atok, yadziz dan seorang lagi. Kira2 jam 1.00 pagi bersurai.

Malam itu dirasakan singkat kerana ep tidak berpeluang untuk berkenalan dengan ramai lagi geju.

|

Monday, January 19, 2004

 
DUGAAN

Pada hari Sabtu, 17 Jan 2004, yang baru lepas ep telah memenuhi hajat (sholat maghrib, sholat hajat, baca yasiin dan doa selamat) pasangan suami isteri (teman sekerja ep) sempena pemergian mereka ke tanah suci untuk menunaikan Rukun Islam ke-5.

Acapkali kita akan dengar mereka2 yang akan ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji diuji dengan beberapa dugaan. Dalam hal teman ep ini, dia telah diuji sebanyak dua kali.

Pertama sewaktu beliau bersama isterinya sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran di SJ. Dengan tak semena-mena beliau menjadi kaku dan hilang ingatan. Dalam situasi demikian beliau telah dibawa ke SJMC untuk rawatan. Beliau berada dalam keadaan tidak sedarkan diri itu selama 1 jam 45 minit. Apabila beliau sedar beliau bertanyakan beliau berada dimana dan kenapa dalam begini. Beliau ditahan selama tiga hari SJMC. Walau bagaimana pun, setelah menjalani berbagai ujian, dokter tidak menemui apa-apa.

Kedua, pada 17 Januari 2004 itu, sebaik saja azan sholat maghrib dilaungkan, elektrik di rumah beliau terputus. Jadi kami terpaksalah sholat dalam keadaan bercahayakan lampu torchlight. Keadaan kembali pulih setelah pihak TNB membetulkannya.

Kedua-dua kejadian di atas betul2 menyentuh perasaan teman ep, hinggakan selesai baca yasiin dan doa selamat beliau telah berwasiat sekiranya terjadi apa2 pada dirinya, beliau harapkan mereka-mereka yang hadir tolong menjaga keluarganya.

Kita tidak tahu adakah itu satu pertanda atau hanya sekadar kebetulan sahaja. Namun jika ianya dijadikan satu iktibar maka ep pasti hati teman ep itu akan menjadi lebih mantap dan pasrah sewaktu berada di tanah suci kelak.

|
 
KELEBIHAN BERJEMAAH

EP tertarik dengan tulisan manmoncang dimana beliau mencatatkan satu rumus atau formula dimana:

Pout = Pin x Efficiency dimana nilai efficiency maksimum = 1. Sekiranya ada 'losses' maka nilai efficiency < 1. Berdasarkan formula ini:

Pout = Pin x 1 = Pin

Nah.. cuba kita alihkan perhatian kepada hal ibadah pula. Sebagai contoh sholat. Apabila kita mengerjakan sholat secara bersendirian.. maka pahala yang kita perolehi hanya satu. Namun jika kita sholat berjemaah.. ganjarannya sudah berganda menjadi 27 berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.

"Sholat Jemaah lebih utama dua puluh tujuh kali dibanding sholat sendiri" (H.R. Bukhari Muslim dll.).

Disamping itu sesorang yang bersholat jemaah pada masa-masa tertentu akan mendapat lebih pahala sepertimana diriwayatkan oleh Othman ra dimana Rasulullah s.a.w. bersabda "Barang siapa sholat Isya' dengan berjemaah, maka ia seperti mendirikan sholat selama setengah malam, barangsiapa sholat Subuh berjemaah, maka ia laksana sholat semalam suntuk" (H.R. Muslim dll.)

Dalam sebuah hadith yang lain dikatakan "Barang siapa mendirikan sholat selama 40 hari dengan berjemaah, dengan mendapatkan takbiratul ihram bersama imam, maka ia akan dibebaskan dari dua perkara, yaitu dari neraka dan dari kemunafikan" (H.R. Tirmidzi).

Oleh itu teman-teman rebutlah peluang yang diberikan oleh Allah SWT itu dengan sholat berjemaah pada setiap waktu.


|

Friday, January 16, 2004

 
MASIH KOSONG LAGI!





|

Thursday, January 15, 2004

 
KEKOSONGAN


|

Saturday, January 10, 2004

 
SANTAPAN

Sambil menikmati makanan, i.e., mee goreng + meehon goreng + telur goreng, terlintas pulak di dalam kepala ep akan kata-kata Ustaz semasa memberi tazkirah semalam. Yakni berkenaan hati. Setiap hari kita perlukan makanan atau santapan untuk menguatkan fizikal badan kita. Pagi, tengahari dan malam tak terkecuali. Malahan masih ada juga yang makan snek dicelah-celah rutin makan utama. Namun amat sedikit diantara kita yang memikirkan yang hati kita juga perlu santapan setiap hari. Santapan yang boleh mendekatkan kita kepada Allah SWT bukannya santapan yang boleh menjauhkan kita daripadaNya.

Di bawah ini ep letakkan sedutan khutbah jumaat daripada salah satu masjid di Brunei Darulsalam.

Apa yang paling membimbangkan kita ialah apabila hati mati, kerana inilah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan di dunia dan akhirat. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu Wataala di akhirat kelak.

Wahai kaum muslimin persoalannya sekarang ialah kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara-perkara berikut:-

Pertama: hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah Subhanahu Wataala. Iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari didikan dan ujian Allah Subhanahu Wataala. Seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Az-Zumar ayat 22;

Tafsirnya: Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

Kedua: hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani yang sewajarnya. Kalau tubuh jasmani boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Bila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan sahaja akan sakit dan buta malah akan mati akhirnya. Santapan rohani itu ialah “ Zikrullah”, “nasihat” dan “muhasabah diri”.

Dari itu wahai kaum muslimin jaga dan peliharalah hati kita dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati iaitu dengan menggilap dan membersihkannya dengan jalan mengingati Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran surah Ar-Ra’d ayat 28;

Tafsirnya: “Iaitu orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah, ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia”.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Asy Syu’araa’ ayat 88 – 89;

Tafsirnya: Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali harta benda dan anak pinak orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera dari syrik dan penyakit munafik.


Oleh yang demikian sahabat-sahabatku marilah kita sama-sama memelihara hati kita sewajarnya. Saling tegur menegur dan menasihati diantara kita demi kebaikan bersama. InsyaAllah segala perbuatan dengan hati yang ikhlas akan mendapat ganjaran baik daripada Allah SWT.

Jangan selalu memikirkan untuk melakukan anjakan yang besar sekaligus tetapi cukuplah sekadar anjakan kecil tetapi berterusan. Anjakan besar berlaku dengan adanya anjakan kecil. Perhatikan anak kecil yang baru nak berjalan. Setapak demi setapak. Sekiranya terlalu cepat atau terlalu banyak nak melangkah kehadapan ini akan menyebabkannya dirinya terjatuh...


|

Wednesday, January 07, 2004

 
Kesibukan Awal Tahun

Seperti juga pada tahun-tahun yang lepas di awal tahun banyak kerja yang perlu dibuat dan dirancangkan. Apabila banyak kerja sedang menanti maka diri akan terasa kesuntukan waktu. Disinilah diperlukan kemahiran dalam "Pengurusan Waktu".

Istilah pengurusan waktu ep rasa kurang tepat kerana sesuatu yang kita nak urus mestilah kita mempunyai 'control' atau kawalan terhadapnya. Dalam hal waktu kita tidak punyai kawalan terhadapnya. Waktu akan terus berjalan mengikut apa yang telah ditetapkan kepadanya oleh Allah SWT. Oleh yang demikian ep rasalah adalah lebih tepat dinamakan Pengurusan Aktiviti Berjadual.

Pengetahuan dan kemahiran mengatur aktiviti dalam waktu yang ditetapkan adalah penting untuk semua. Namun tak ramai yang telah didedahkan kepada ilmu ini. Kebanyakan mereka yang didedahkan kepada subjek ini adalah mereka yang berada di tingkat pengurusan atau kekananan.

Sepekara yang penting untuk melaksanakan Aktiviti Berjadual adalah displin. Displin kerja dan displin diri. Dalam kedua-dua hal ini, kita yang beragama Islam sebenarnya telah dilatih. Sebagai contoh mendirikan sholat. Dari segi masa kita digalakan untuk sholat pada awal waktu dan didalam waktu yang telah ditetapkan. Ini memerlukan displin pada diri. Apatah lagi untuk mendirikan sholat malam.

Dalam hal displin kerja, bersabit dengan mendirikan sholat, kita juga telah diajar dan dididik untuk berwudhu' dan bersholat mengikut tatacara yang tertentu. Sekiranya kita menghayati apa yang kita amalkan selama ini maka kita tergolong di dalam golongan mereka yang berdisplin. Sesuatu yang mudah dikata tetapi sukar dikota.

Masalahnya kenapa kita tidak dapat menerapkan apa yang telah amalkan setelah sekian lama itu kepada kerja harian atau kehidupan harian? Apakah dengan berbuat demikian ianya akan menyekat kreativiti kita?


|

Sunday, January 04, 2004

 
Awat dia tak keluak lagi... ni mesti kes blogger pening kapla...

|
 
Terlena dibuai kesenangan

Mungkin kerana cuti panjang ep ingatkan hari ini hari minggu. Kesalahan ini telah menyebabkan ep terlupa untuk menghadiri Majlis Perkahwinan teman ep. Lepas ni bila berjumpa dengan teman ep tu kena minta maaf bebanyak-banyak kerana kealpaan ep itu. Kenapa boleh tak ingat sukar juga untuk difahami padahal dua hari sebelum ini perkara itu telah diperkatakan. Memang tak ingat sungguh.. bahasa orang utara.

Sudah menjadi kebiasaan ep untuk tidur selapa sholat zohor pada hari minggu. Sebelum itu ep akan membaca coretan-coretan teman di weblog-weblog mereka. Hari ini tak ramai yang mengupdate weblog mereka. Singgah agak lama di weblog ungku.. tengok koleksi foto-foto. Wah.. bergaya sungguh teman-teman ep. Nice photos.

Kemudian ep singgah di weblog manmoncang, muring, wkdin dan Pakdi. Hmm... menarik apa yang ditulis mereka tentang perlunya GEJU melakukan anjakan paradigma dan kembali kepada matlamat asal penubuhan. Sayang di weblognya tidak ada guestbk atau tempat komen... kalau tidak bolehlah baca komen atau respons. Apersal manmoncang tak buat atau tak sediakan guestbk merupakan satu tanda tanya buat ep.

Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Selagi kita tidak sanggup untuk berkorban selagi itulah kita akan dibuai oleh kesangsian dan akan terlena.


|

Friday, January 02, 2004

 
Pulangnya Seorang Teman ke Rahmahtullah - Jam 8.00 malam, 1 Jan 2004

Sedang ep asyik membaca catatan di weblog teman2 ep dikejutkan oleh deringan loceng rumah ep. Teman ep, Rezwan Resat, yang baru saja sebentar tadi minum dan makan capati bersama di sebuah warung cegak berdiri di luar kawasan rumah ep. "Apa ke halnya beliau datang nih. Kan baru sebentar tadi berjumpa", kata hati kecil ep.

Dengan nada yang lemah beliau mengatakan seorang teman kita, Dahlan, telah kembali ke rahmatullah baru sebentar tadi. Inna lillahi wa ina lillahi rojiun. Setelah mengambil wudhu ep pun ikut dia ke rumah almarhum. Setelah membaca yasiin dan tahlil ep pun pulang ke rumah.

Betapa tidak ep sangka almarhum yang kelihatan begitu segar dan bercakap dengan ep selepas sholat maghrib semalam telah tiada pada malam jumaat yang mulia ini.

Umur tidak kita ketahui bila ianya akan berakhir. Ada yang pergi begitu saja tanpa menampakkan kesan atau tanda2 pada diri dan ada pula diri menderita sakit untuk sekian lamanya. Tiada siapa yang ketahui melainkan Allah SWT. Dengan permergianya teman ep itu, maka berkurang seorang lagi teman ep yang sering ke MDESJ.


|

Thursday, January 01, 2004

 
Dosa Kecil Menjadi Dosa Besar...

Kita tidak bermasalah untuk membezakan di antara dosa kecil dan dosa besar. Terutamanya dosa besar dimana ianya telah banyak ditulis di dalam makalah atau kitab dan sering diperjelaskan oleh ustaz-ustaz. Dan kita juga mungkin telah mengetahui dosa kecil yang diulang-ulang akan menjadi dosa besar. Ianya seumpama kain putih yang dicemari oleh tinta hitam sedetik demi sedetik. Akhirnya kain yang semulanya putih menjadi hitam.

Adakalanya kita menyedari dosa kecil baik secara percakapan ataupun perbuatan yang kita telah lakukan itu. Dan adakalanya kita tidak menyedarinya. Satu pertanyaan yang ingin ep ajukan.. adakah satu percakapan atau perbuatan yang kita anggap sebagai dosa kecil boleh menjadi atau berubah menjadi dosa besar? Mungkin ramai yang mengatakan tidak. Namun sekiranya diselidik lebih mendalam ianya tidak mustahil.

Cuba bayangkan yang perbuatan atau percakapan kita itu boleh berkembang atau tersebar luas dan ianya menjadi ikutan atau amalan orang ramai. Sama ada perkembangan itu merebak secara 'arithematic progression' atau 'geometric progression' hasilnya adalah ianya merebak luas. Dengan kata lain dosa kecil itu telah dilipat gandakan oleh orang lain.. dari seorang ke seorang dan generasi satu ke generasi berikutnya. Apa yang bermula dari kecil kini telah menjadi besar.

Oleh yang demikian kita perlulah hati-hati dengan tuturan atau tindakan. Sekiranya tuturan ataupun tindakan kita menghasilkan kebaikan maka ganjaran pahala yang akan perolehi. Tetapi sekiranya keburukan yang terhasil maka ganjaran dosa yang kita perolehi. Bukan setakat kecil sahaja tetapi besar...

|
 
Episod 2 - Kem Lambaian Danau

Perjalanan dari Tol Tangkak ke kem agak mudah kerana kami dipandu oleh wkdin. Beliau pernah datang ke kem suatu ketika dulu. EP juga berpandukan tulisan panduan G di dalam weblognya.Landmark simpang untuk masuk ke kem adalah sekolah. Dan di simpang itu terletak papan tanda untuk ke kem lambaian danau. Dari situ sudah tidak ada masalah lagi kerana lorong atau jalan itu akan membawa kita ke kem.

Kami disambut oleh Pak Let setibanya diperkarangan opis kem. Selang bebrapa ketika G pun sampai. Senyuman terukir diwajahnya walaupun dirinya masih agak jauh daripada tempat ep berdiri. Dalam hati ep berkata,"Dalam weblognya dia tulis pergerakkanya perlahan tetapi yang datang tu cergas bukan main. Ni pasti kesihatannya dah OK. Syukurlah sekiranya begitu."

Pada pandangan pertama ep, terdapat perbezaan perwatakan di antara Pak Let dan G. Pak Let kelihatan agak serious orangnya. Setiap percakapannya diatur sedemikian rupa. Dengan demikian juga bolehlah dikatakan pak let seorang pendiam bagi sesiapa yang belum mengenalinya. Watak serious ini juga penting dalam pengurusan. Apatah lagi bagi sesorang bergelar komandan kem. Berbeza pula dengan G. Orangnya sangat peramah dan suka bercerita. Namun begitu tampak ketegasannya apabila memberi arahan. Kekakuan akan segera cair apabila berjumpa dengan G. Apa yang diperlihatkan oleh pak let dan G merupakan sifat semulajadi dan juga hasil pengalaman yang mereka timba sebelum menceburi bidang ini. Usaha yang mereka jalankan ini merupakan satu perkara yang murni. Di kem inilah dibentuk semula atau diperbaharui semangat anak2 muda. Minda yang telah tercemar oleh unsur-unsur kurang sihat dapat dibersihkan walaupun tak sepnuhnya. Semoga anak2 muda tersebut mendapat nafas baru setelah melalui latihan rohani dan jasmani di kem ini.

Sewaktu rakan-rakan sedang asyik berkayak, ep & Nor yang tidak ikut serta mengambil kesempatan itu bercerita dengan G tentang beberapa perkara. Apa yang menarik perhatian ep, walaupun dirinya belum pulih sepenuhnya setelah pembedahan, G tidak kelihatan seperti orang 'sakit'. Semangatnya mantap dan dia ceria. Satu teladan yang perlu dicontohi oleh mereka-mereka yang 'sakit'. Tiada gunanya mengeluh atau berhiba. Minda yang kuat akan membuatkan diri menjadi kuat. Banyak kisah yang telah ditulis dan difilemkan yang mempaparkan sesorang dapat berjaya melintasi rintangan yang dikatakan 'impossible' dengan kekuatan minda dan semangat walaupun diri 'handicap' atau sedang menderita sesuatu penyakit.

Seperkara lagi kawasan persekitaran yang mendamaikan dapat menenangkan fikiran. Kekusutan fikiran disebabkan tekanan kerja dan emosi tersabit kerananya terasa bagaikan diangkat daripada kepala oleh tiupan angin sejuk yang tiada hentinya. Diri seakan-akan terasa bebas... satu faktor yang banyak membantu G. Dan juga mereka dengan sedar mengetahui apa yang mereka lakukan adalah suatu usaha kebajikan secara tak langsung. Dan yang paling penting mereka mengharapkan segala usaha mereka diredhai oleh Allah SWT.


|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com