Tuesday, November 22, 2005

 
KESAL & SESAL

Mentari terbit
Burung riuh berkicau
Tidur meringkuk


Ramai yang kesal jika tidak dapat berita yang menyebabkan beliau terlepas peluang untuk melalukan kebajikan. Namun tak kurang yang sesal kerana walaupun telah tahu tetapi masih tidak mengambil peluang yang tersedia. Yang paling sedih adalah mereka yang tidak merasakan apa-apa apabila terlepas peluang.

Syawal hanya tinggal 9 hari sahaja lagi. Rebutlah peluang yang masih bersisa ini. Jangan biarkan ia berlalu begitu saja. Buktikan ibadah sebulan telah memperkasakan diri dalam mengendalikan nafsu.

|

Tuesday, November 08, 2005

 
SYAWAL

Dibulan Syawal
Makanan hias meja
Mulut mengunyah


Hari raya idilfitri baru saja berlalu namun sambutannya akan terus berlangsung hingga ke akhir bulan syawal. Ramai yang menyambut idilfitri itu dengan penuh keghairahan dan keseronokan. Rumah dihiaskan dengan begitu indah sekali. Kuih muih beraneka jenis dihidangkan untuk santapan para tetamu yang menziarah. Namun ada juga yang menyambut idilfitri dengan kesedihan yang pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam.

Ep tumpang gembira apabila menerima berita yang Acuk77 telah selamat melahirkan anaknya yang kedua. Salji & Aida menyambut anak mereka yang sulung. Kehadiran insan-insan baru ini pasti akan memwarnakan lagi kehidupan mereka.

Ramai teman ep yang terpaksa merelakan pemergian orang yang tersayang. Yadziz, Ungkunor, dan dua orang rakan sekerja ep. Didoakan mereka yang pulang ke rahmahtullah itu di tempat kan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

Begitulah pola kehidupan. Datang dan pergi.

Bagi kita yang ditinggalkan dan masih diberi kesempatan untuk berbuat sesuatu maka gunakanlah kesempatan yang ada. Raihlah hadiah yang sedang menanti. Jangan biarkan ianya berlalu begitu saja. PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL.

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com