Monday, September 27, 2004

 

DUA HITAM, DUA PUTIH & SATU CAMPURAN

|
 

KELUARGA BARU

|
 

HITAM

|
 

HITAM PUTIH

|
 
KELUARGA BERTAMBAH

Mata Tertutup
Mulut Mengisap Susu
Dunia Baru

Minggu lepas keluarga ep bertambah dengan kelahiran lima ekor anak kucing. Dicampur dengan yang ada sekarang ini berjumlah semuanya sembilan (9) ekor. Kalau yang dulu tiga berwarna hitam dan satu berwarma putih-hitam kali ini dominasi warna lebih berpihak kepada putih. Tiga berwarna putih, satu hitam dan satu lagi purih kelabu seperti warna ibunya.

Sewaktu melahirkan tiga ekor pertama tempatnya di atas katil ep. Betul-betul bersebelahan dengan kepala ep. Masa itu ep sedang tidur. EP tersedar apabila mendengar 'meow' anak-anak kucing yang baru dilahirkan. Terpaksalah pembantu rumah ep membersihkan darah dan air tuban di tempat kelahiran itu. Dua ekor lagi dilahirkan di tempat yang telah disediakan.

Memandangkan ibu kucing tu comel, besar kemungkinan ianya akan hamil dan melahirkan lagi. Dan kalau berterusan rumah ep akan dihuni oleh kucing kucing.

Nak buat camne ya!

|

Monday, September 20, 2004

 
MATI KUTU

Bantal Yang Dingin
Kamar Sunyi Ketawa
Menanti Pulang


Tidak salah sekiranya ep katakan disini terdapat situasi yang berbeza apabila pasangan tiada disamping kerana tugas luar untuk jangka masa yang tertentu. Dari perspektif lelaki, isteri yang ditinggalkan lebih mudah dapat menyesuaikan diri berbanding lelaki. Ini adalah kerana kebanyakan lelaki sudah terbiasa dengan layanan siisteri dari segi makan minum dan sebagainya. Apabila layanan tiada maka ramai suami yang mati kutu terutama dari segi penyediaan makan. Maka tidak heranlah ramai suami yang pemakanan mereka tidak terurus walaupun terdapat warung atau restoran makan berdekatan. Mereka makan ala kadar sahaja.

Bagi suami yang ringan tulang mereka akan menggunakan masa yang ada mengemas rumah dan sebagainya. Disamping itu ada juga rumah yang keadaannya menjadi tunggang langgang dan tidak terurus kerana si suami tidak terbiasa atau malas untuk menguruskan semua itu.

|

Sunday, September 19, 2004

 
FOTO ALBUM


Foto yang lama
Senyum menghias bibir
Masih ingatkah?

Hari ini ep tak pergi kemana-mana. Duduk di rumah sahaja. Biasanya pada pagi hari minggu ep ke pasar Klang. Hari ini tidak pula ke sana kerana ep telah pergi semalam.Entah mengapa hari ini ep teringat akan teman-teman lama. Jadi ep pun mulalah 'calling' atau sms. Ada yang jawab dan ramai juga yang tidak dapat dihubungi kerana mereka telah tukar nombor telefon mereka.

Disebelah petang pula ep buka foto album yang ada di dalam komputer. Terserempak dengan foto yang terpapar di atas. Gambar sape pulak ni? Inilah masalahnya bila foto atau gambar yang disimpan tanpa nota. Sewaktu masa dulu ramai teman-teman meletakkan gambar foto kenangan di dalam website 'gengwarung'. Namun sayang website tu dah hancus. Banyak gambar yang belum sempat ep simpan dalam komputer ep.

Cuba teka.. gambar foto siapa yang di atas tu?

|

Saturday, September 18, 2004

 
BOSAN atau RINDU

Daun Beralun
Gemerisik Nan Merdu
Hati Merindu


Apabila wujudnya kekosongan di dalam hati maka akan terbentuklah perasaan bosan atau pun rindu. Dan jika kekosongan ini tidak cepat diisi maka ianya akan menjadi bertambah padah. Sebenarnya antara bosan dan rindu tidak banyak bezanya. Puncanya kerana seseorang itu berkehendak sesuatu tetapi tidak dapat dimiliki pada tika dan masa itu. Timbulnya gelisah mungkin juga akibat daripada fenomena yang sama.

Sape agaknya yang tengah dok bosan & rindu nih. Purbe & Tokei?

|

Thursday, September 16, 2004

 
REBUT PELUANG


Pagi Nan Hening
Gema Azan Memanggil
Hati Bergetar

Hari ini khamis, 16 September 2004 bersamaan 1 Syaaban 1425. Dengan ini bermakna bulan Ramadhan yang dinanti-nanti akan bertandang dalam tempoh 29 atau 30 hari daripada sekarang. Persoalannya adakah kita masih berkesempatan untuk berjumpa dengannya.

Bulan dimana Rasulullah paling banyak berpuasa didalamnya selain bulan Ramadhan adalah bulan Syaaban. Maka dengan itu ramai ummat Islam yang berpuasa pada bulan ini atas berbagai alasan. Yang pasti ramai yang berpuasa kerana mengikut sunnah sebagai tanda kecintaan terhadap Rasulullah SAW dan ketaatan kepada Allah SWT.

Oleh itu rebutlah peluang ini...

|

Wednesday, September 15, 2004

 
ILMU



Dian Menyala
Sinar Menyingkap Gelap
Tekun Membaca


Pada tahun 60'an di kampung ep masih belum ada elektrik. Lampu pelita minyak tanah merupakan sumber cahaya pada waktu malam di rumah-rumah. Bagi sesiapa yang pernah menggunakan pelita minyak tanah pasti mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh penggunanya. Gelaga atau karbon hitam menyebabkan atap-atap dan kawasan persekitaran rumah menjadi hitam adalah salah satu daripadanya. Ada juga pelita yang mempunyai kaca sebagai penghadang angin. Dan sewajarnya orang-orang kampung tidur awal pada waktu malam.

Berbekalkan lampu-lampu pelita inilah pelajar-pelajar yang tinggal di kampung mentelaah pelajaran di waktu malam. Menimba ilmu dari berbagai cabang. Ramai yang belajar kerana bercita-cita tinggi dan ada juga atas dasar taat kepada perintah Allah SWT yang mengajar kita untuk mendalami ilmu Allah SWT. Kerana hanya dengan ilmu kita dapat menghayati akan kebesaran Allah SWT.

Agama Islam sebenarnya mudah. Ianya berdasarkan:
1. Taqwa kepada Allah SWT
2. Mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang.

Namun oleh kerana manusia mudah digoda oleh syaitan, maka mereka jadi sombong. Tidak mahu bertaqwa kepada Allah SWT juga meninggalkan yang disuruh dan mengerjakan yang dilarang. Fenoma ini jelas kelihatan kini.

|

Saturday, September 11, 2004

 
ISRA' & MIKRAJ



Malam Nan Gelap
Dijalankan Ke Langit
Ambil Perintah


Dibulan Rejab satu peristiwa yang amat penting bagi kaum muslimin adalah peristiwa isra’ dan mikraj. Peristiwa yang mengemparkan Kota Makkah pada ketika itu. Ianya juga merupakan salah satu ujian kepada penganut agama Islam.

Berbanding dengan perintah yang disampaikan melalui wahyu, samada terus atau pun melalui perantara malaikat Jibrail as, perintah menunaikan ibadah sholat lima waktu yang diwajibkan kepada semua umat Islam diterima langsung oleh Rasulullah SAW daripada Allah SWT. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah sholat itu.

Sudahkah anda sholat? Adakah anda sholat mengikut syariat Rasulullah SAW?

|

Saturday, September 04, 2004

 
DAPUR KAYU



Api Menyala
Periuk Hitam Legam
Muka Berabu

Suatu masa dulu dan mungkin juga kini orang-orang kampung menggunakan kayu sebagai bakar untuk memasak. Kayu yang sering digunakan adalah kayu daripada pokok getah. Ini disebabkan kayu getah atau lebih tepatnya ranting2 kayu getah agak mudah didapatkan di ladang-lagang getah yang berdekatan dengan kampung tersebut. Ranting kayu yang telah dipungut akan dihimpunkan di suatu tempat kemudiannya dipotong dengan golok atau parang. Sekiranya pokok getah yang tumbang dan sudah kering maka ep gunakan gergaji untuk memotongnya. Teringat suatu ketika dulu sewaktu memtong pokok getah dengan gergaji entah macamana kejadiannya ep kurang ingat tau tau mata gergaji telah terpacak dekat sendi ibu jari tangan kiri ep. Bila dicabut gergaji itu darah pun mengalir. Lepas tu apa yang terjadi.. ep pitam. Nasib baik pada ketika itu teman ep ada bersama. Setelah beberapa lama (tak tahu berapa lama 15 atau 20 minit kot) ep pun sedar. Jari ep telah dibalut dengan kain oleh teman ep. Tanda atau parut pada jari ep itu masih dapat dilihat hingga sekarang.

Membawa pulang bebanan kayu api di atas pelantar basikal besar memerlukan teknik tersendiri. Kalau tak hati-hati basikal akan terjungkit. Kalau terjungkit maka kayu yang diikat dengan getah tiub basikal akan terburai. Satu kerja pula nak menyusun ranting-ranting kayu tu. Semasa mengayuh basikal pun kena pedo-pedo (hati-hati). Jenuh pulak nak tekan bahagian depan basikal agar senantiasa mencecah bumi. Silap haribulan dengan kita-kita pun terjungkit.

Dapur kayu api biasanya memerlukan bantuan angin (mengipas atau meniup melalui batang besi atau buluh) untuk mengimarakkan nyala. Kalau gunakan kipas masih ok jugaklah. Tetapi sekiranya menggunkan mulut untuk meniup maka berkemungkinan muka akan bertampalan dengan abu yang berterbangan. Comot jadinya muka.

Kini ramai yang menggunakan gas atau pun elektrik

|

Thursday, September 02, 2004

 
KETENANGAN


Padi Menghijau

Budak Mandi Di Kali
Hati Nan Syahdu

Tiga hari terperangkap di rumah akibat sakit gout di kaki tidak sedikit pun merungsingkan ep. Malah tiga hari tersebut ep menfaatkan untuk berehat. Sebuah novel Cina yang telah dialih bahasa oleh Adibah Amin telah ep baca. Disamping itu sempat juga ep mentelaah beberapa kitab yang telah lama ep tinggalkan bacaannya.

Semasa berehat di atas katil fikiran ep terimbas kisah-kisah lama sewaktu di kampung dahulu. Salah satunya semasa ep mengambil upah 'merumput' di sawah padi seorang 'nenek' yang tinggal berjiran dengan rumah kami. Kerja merumput sawah padi itu ep lakukan sebaik saja ep balik daripada sekolah. Kira-kira dari jam 2.00 petang hinggalah ke jam 6.00 petang. Tak berapa ingat akan banyaknya upah yang diberi.

Kini nenek tersebut sudah tiada. Begitu juga dengan sawah padi. Semuanya telah kering. Kawasan sawah kini telah ditambun dengan tanah dan di atasnya dibina rumah-rumah. Kebun-kebun getah dan kelapa sawit pun telah diganti dengan perumahan. Al-hasil kalau dulu persekitaran sejuk dan nyaman kini telah bertukar menjadi panas dan berabuk. Jalan raya yang dahulunya hanya dilalui oleh beberapa kenderaan kini telah bertukar menjadi laluan yang sibuk. Bunyi deruman motorsikal dan kenderaan mengisi suasana.

Keadaan telah banyak berubah. Keheningan telah dihiasi dengan hiruk pikuk yang membuatkan kita resah. Resah di dalam kemajuan kebendaan. Manusia adalah makhluk perosak dunia.

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com