Saturday, July 30, 2005

 

BERSENDIRIAN

Megah Berdiri
Kumbang Tak Kelihatan
Bersendirian




Foto ehsan salina.blogspot.com







Seringkali semasa kita berada di hadapan komputer kita ketandusan ide untuk menulis. Entah kenapa keadaan sedemikian boleh wujud. Padahal di dalam khazanah masih ada banyak bahan yang boleh diceritakan. Namun minda jadi buntu. Badan seolah-olah terasa longlai. Tak bermaya. Rasa-rasa macam nak tidur aje. Apakah itu jalan terbaik untuk keluar daripada kemelut yang sedang melanda?

Saat sebegini memang diri terasa ingin bersendirian. Hanyut dalam halimun yang tiada berkesudahan. Menikmati apa yang ada dihadapan.. keindahan alam. Dan masa terus berlalu...

|

Friday, July 22, 2005

 


KENAPA?

Mekar Menawan
Kumbang Patah Sayapnya
Satu Pusara



Nota: Foto ehsan daripada norsalina.blogspot.com




Bunga teratai yang sedang mekar kelihatan sungguh cantik dan menawan.Menanti akan kedatangan sang kumbang untuk menghisap madu yang disediakannya. Kerana itu adalah lumrah kejadian makhluk yang dijadikan Allah SWT. Dan seringkali pula bunga yang begitu menawan tiada dihinggapi kumbang, terus layu. Kelopak-kolapaknya satu demi satu akan jatuh dari tangkainya ke dalam air. Samada tenggelam atau dihanyutkan oleh arus ke tempat akhirnya -pusara.

Sang kumbang pula yang secara lazimnya akan terbang ke sana ke mari mencari madu pasti akan tertarik akan persembahan bunga teratai. Namun tidak dapat dinafikan ada kalanya si kumbang tidak dapat berbuat apa-apa dek kerana sayapnya patah. Tak pasti apa yang menyebabkan sayapnya patah namun ketiadaan sayap akan memlumpuhkan kumbang tersebut. Besar kemungkinan ia akan terjatuh ke dalam air, tenggelam atau di hanyutkan oleh air ke tempat akhirnya - pusara.

Samada kelopak2 si bunga teratai dan si kumbang bersatu dalam satu pusara tidak dapat diketahui. Namun sekiranya dunia yang luas ini merupakan satu pusara maka pasti kelopak bunga teratai dan kumbang tadi akan bersatu dalam satu pusara.

Nah cuba kita padankan teratai dan kumbang kepada manusia. Ada wanita yang disunting menjadi isteri dan ramai juga wanita yang tidak dapat menikmati proses itu. Dengan itu apa yang terjadi pada teratai juga berlaku kepada kaum wanita. Pasrah atau tidak kaum wanita dengan hakikat ini sebagaimana bunga teratai tadi?

Ramai kaum lelaki yang tidak berupaya untuk menyunting kaum wanita untuk dijadikan isteri. Terlalu banyak faktor yang menjadi penghalang. Persediaan kewangan, restu ibu bapa, perbezaan derajat dan sebagainya. Faktor-faktor ini boleh melumpuhkan kaum lelaki sebagaimana faktor-faktor yang boleh menyebabkan sikumbang patah sayapnya.

Apakah insan tersebut yang tidak dapat bersatu di dunia akan bersatu di tempat perhentian terakhir yakni syurga? Wallahualam.

|

Tuesday, July 19, 2005

 

MASA

Mentari Senja
Santai Di Tepi Pantai
Umur Meningkat









Pemandangan dikala senja memang sungguh menakjubkan. Warna kuning kemerahan yang lembut membuatkan siapa yang melihat terpesona akan keindahan alam ciptaan Allah SWT. Maka dari itu tidaklah hairan jika ramai manusia bersantai di tepi pantai dikala senja.

Disaat-saat menikmati keindahan itu janganlah kita lupa bahawa satu hari telah pun berlalu. Dengan itu masa hidup kita juga telah berkurangan selama satu hari. Satu hari lebih dekat kita menghadapi maut dan menuju ke alam barzakh. Alam dimana hanya tiga perkara yang dapat membantu kita ketika itu. Bagi mereka yang menginsafi akan hakikat ini, alhamdulillah. Namun ramai yang leka. Lupa diri dan tenggelam di alam keseronokan duniawi semata-mata.

Siapa selalu berbakti
Mengabdi pada Ilahi
Kan sentosa selamanya
Di dunia dan akhir masa
(serangkap lirik daripada lagu Keagungan Tuhan)

|

Wednesday, July 13, 2005

 

ISTANA PASIR

Istana Pasir
Ombak Menggulung Pantai
Bina Semula

|

Sunday, July 10, 2005

 
SEKEPING HATI

hati...
pandangan berbeza
antara adam dan hawa
walau hakikatnya
perkataan sama.

hati...
pada pandangan Adam
dunia luas terbentang
mata mendongak ke atas
barat dan timur.

hati...
pada pandangan Hawa pula
segumpal darah hitam
mata menunduk ke diri
dalam sangkar tulang.

hati dan hati
pandangan luar dan dalam
adam dan hawa
saling berpautan
di antaranya.

Adam dan Hawa
dijadikan Allah SWT
saling melengkapkan
dan disitulah adanya tanda
satu kebesaranNya.


Tanyalah siapa yang telah melaluinya maka mereka akan mengatakan rindu. Rindu akan akan teman. Bukan setakat untuk bersuka-suka tetapi lebih dari itu. Dapat berbicara tentang perkara-perkara yang menjadi rahsia di antara mereka berdua. Satu perkongsian.

|

Friday, July 08, 2005

 
SALAH TANGKAP

Duduk Bersila
Mata Separa Tutup
Khutbah Terpesong


Mungkin sudah menjadi kebiasaan atau budaya ramai yang tidur ketika khatib sedang berkhutbah atau ketika ustaz sedang memberi tazkirah. Ini mungkin disebabkan keletihan atau pun terlebih makan sebelum masuk ke masjid.

Disebabkan keadaan diri yang separa sedar itu banyak perkara yang diperkatakan oleh ustaz atau tuan khatib berlangsung begitu saja tanpa ada yang hinggap di otak menjadi pengetahuan untuk diamalkan kelak.

Ada suatu kisah dimana dek kerana tersalah dengar maka erti sebenar menjadi terpesong.

Ustaz: 'Sembahyang tak susah'.

Dek kerana antara sedar dengan tak sedar maka sipendengar tadi telah mentafsirkannya sebagai.

"Tak susah sembahyang".

|

Saturday, July 02, 2005

 

DAMAI DI HATI

Tangan Digenggam
Ibu Nyanyi Jenaka
Ikatan Kokoh



Hati mana yang tidak terhibur melihat bayi yang sedang nyenyak tidur. Kejernihan pada wajahnya melambangkan hati kecilnya masih belum dinodai lagi. Mungkin juga pada ketika itu belum ada perkara yang merungsingkannya. Mereka yang melihatnya turut merasakan kedamaian.

Wajah yang serupa kadangkala dapat juga dilihat pada orang dewasa yang sedang nyenyak tidur. Mungkin mimpi indah sedang bermain. Mungkin juga pada kala itu kekusutan fikirannya telah melayang jauh. Namun tidak dapat dinafikan seringkala juga kita melihat seseorang itu gelisah ketika tidur. Banyak perkara yang menggangu fikiran ketika itu. Mimpi buruk sedang menghantuinya.

Salah satu faktor atau 'mimpi buruk' yang boleh membuatkan seseorang itu tidak dapat tidur nyenyak adalah hutang yang sedang ditanggungnya. Lebih bahaya lagi jika hutangnya itu diperolehi dari sumber-sumber yang mencekik darah seperti Along.

Keterangan lanjut tentang amalan dan implikasi hutang boleh dibaca di laman web ini:

http://www.selangor.gov.my/suk/khutbah.php?id=53

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com