Wednesday, March 30, 2005

 
PENAWAR HATI

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal sholeh dan mereka pula berpesan-pesan dengan mentaati kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" - Surah Al-Ashr

Sholat itu tiang agama dan kemuncak nilai atau kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah satu bentuk ibadat yang penuh dengan hikmah dan falsafahnya. Allah swt berfirman "Sesungguhnya sholat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang ditentukan waktunya"-Surah An-Nisa: 103

Setiap muslim mestilah berwawasan untuk mendirikan sholat fardhu lima waktu sehari. Bagi merealisasikan wawasan ini tercapai, kita mestilah gigih berusaha dan senantiasa memanjatkan doa kepada Allah swt agar kita memperolehi bantuan dan pertolonganNya supaya dapat kita mendisplinkan diri dengan ibadat sholat secara tetap, sempurna, khusyuk dan tepat pada waktunya.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sholatnya."- Surah Al Mu'minun:1-2

Nasihat ini boleh dicontohi daripada perbuatan Nabi Ibrahim as. Sungguh pun beliau seorang Nabi dan kekasih Allah SWT, namun beliau tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Allah swt supaya ditetapkan hatinya dan zuriat keturunannya dengan ibadat sholat. Kisah ini tercatit di dalam AlQuran.

"Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku orang yang
mendirikan sholat dan demikianlah juga zuriatku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku."-
Surah Ibrahim: 40


Doa Nabi Ibrahim as di atas merupakan penawar yang sungguh mujarab sekiranya diamalkan oleh setiap muslimin. Ini adalah kerana kita kini sedang berada di dalam era yang terdapat berbagai-bagai racun, baik dari segi pemakanan, pendengaran dan penglihatan. Racun-racun itu sedikit demi sedikit telah meresap ke dalam jiwa kita dan membuatkan kita mulai lalai serta leka akan tanggungjawab kita sebagai hamba abdi kepada Allah SWT.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan baik secara 'live' seperti "Konsert Sure Heboh" atau pun rancangan-rancangan yang ditayangkan melalui TV seperti "Malaysian Idol', "Akademi Fantasia" dan yang sealiran dengannya telah membuatkan pemikiran kita kacau dalam penetapan prioriti. Ramai yang dengan sengaja melewat-lewatkan atau menangguhkan sholat hanya kerana ingin menonton rancangan sehingga tamat.

|

Monday, March 28, 2005

 
CABARAN & DUGAAN

Fikiran sering menjadi buntu apabila banyak perkara yang perlu dilakukan dalam waktu yang terhad. Disebabkan tidak dapat memusatkan fikiran kepada perkara yang sedang dilakukan ianya menjadi meleret-leret. Akhirnya tak selesai seperti diharapkan dan ianya menjadi tertangguh lagi. Permasalahan akan bertambah dengan merosotnya kesihatan.

Untuk mengurangkan gangguan fikiran kita dinasihatkan untuk beriadah. Atau berbuat sesuatu yang berlainan. Dengan demikian kita dapat melupakan buat seketika permasalahan diri dan memberi peluang kepada otak untuk dicaj semula.

Namun adakalanya kita tidak bermaya atau malas untuk melakukan riadah secara sendirian. Banyak halangan yang membebankan. Disinilah kita perlukan teman. Teman untuk mendorong dan memberi semangat keyakinan.

Dalam keadaan yang terhad apa yang dapat kita dapat berikan pun terhad juga. Memadaikah dengan hanya berbuat demikian?

Waktu terus berlalu...

|

Saturday, March 19, 2005

 
JEMAAH

Tegak Berdiri
Kiblat Pusat Tumpuan
Sholat Jemaah


Peristiwa tsunami telah berlalu sekitar tiga bulan. Berbagai cerita dan peristiwa telah disampaikan oleh berbagai pihak. KIsah yang menarik di anatara beberapa kisah itu adalah berdiri tegaknya beberapa masjid. Bagaimana ramai yang berpusu-pusu lari ke dalam masjid ketika kejadian itu.

Berdasarkan kisah itu ramai yang telah mendapat ikhtibar. Namun yang sedihnya ikhtibar yang diperolehi itu tidak diterjemahkan kepada kenyataan. Yakni untuk beramai-ramai mengmakmurkan masjid terutama ketika sholat berjemaah. Ataukah anggapan ep ini kurang benar sehingga apa yang disampaikan hanya merupakan suatu kisah semata-mata?

Janganlah peristiwa terjadi pada batang hidung baru mahu mengandah. Baru mahu sedar. Jangan dibiarkan diri dihanyutkan oleh senario arus semasa yang akan membawa kepada kebinasaan.

Ramai yang mempunyai mata tetapi tidak dapat melihat.
Ramai yang mempunyai hati tetapi hati telah diselubungi oleh bintik-bintik hitam hinggakan mereka tidak dapat merasakan.

|

Monday, March 14, 2005

 
DI PERSIMPANGAN

ku menghampiri
simpang di penghujung jalan
arah mana menjadi pilihan
agar tidak menjadi bebanan
kehidupan di masa hadapan

arah yang satu
jelas dan nyata keadaan
juga mendapat sokongan
sebilangan besar pihak yang berkenaan
yang inginkan penyatuan...

arah yang satu lagi
bersemak dan kurang jelas
namun ianya merupakan impian
agar dapat terlaksana
kerana hati sudah berkenan...

ku di persimpangan dilema
arah mana yang harus ku tuju
adakah aku memilih
jalan yang nyata atau
jalan yang masih tak tahu
akan ketentuannya...

Masa terus berlalu
tanda arah jalan jelas dihadapan
pilihan menantikan jawapan
jiwaku kini jadi tertekan
memikirkan jawapan kepada persoalan
arah mana menjadi pilihan...

|

Thursday, March 10, 2005

 
BILA AGAKNYA?

bila agaknya?
mata akan melihat
bayangan menjelma nyata
dihadapan sana...

bila agaknya?
hati akan berhenti
bertanyakan soalan
masih lamakah aku harus menunggu...

bila agaknya?
dimalam yang hening
dapat ku dengar
hembusan nafasmu...

bila agaknya???

|

Wednesday, March 09, 2005

 
PULANG

Muzik Bergema
Gunung Terbentang Luas
Muring Dah Balik


Semalam selepas sholat maghrib ep telah diberitahu oleh seorang teman bahawa anak sedaranya, Abu Hassan, telah pulang dari bumi Austria. Abu Hassan atau lebih terkenal dengan nama Muring pada blognya telah tamat pengajian dalam bidang perfileman. Kini beliau sedang bercuti sebelum memulakan perkhidmatannya di salah satu IPTA.

Pertemuan singkat itu sungguh meriah. Dengan kepulangan beliau maka blogger tanahair akan mendapat menambahkan ilmu mereka dalam seni perfileman. Mungkin juga berkemungkinan boleh buat filem dibawah arahan Muring. Dan yang pasti cetusan ide daripada beliau akan memeriahkan lagi forum.

Selamat Pulang Muring Wien…

|

Monday, March 07, 2005

 
LESU

Sinar Mentari
Embun Cair ke Bumi
Jalan Menunduk

Kehangatan sinaran mentari pagi membuatkan embun di hujung dedaun mencair dan akhirnya jatuh ke bumi. Kicauan berbagai burung memenuhi angkasa begitu enak didengar. Namun suasana pagi hari yang begitu indah dan hangat masih belum dapat membangkitkan keghairahan sesetengah insan. Mengapa mereka menjadi begitu lesu dan longlai? Tidak dapat menikmati anugerah Allah SWT menyebabkan ianya berlalu saja. Masalah apakah yang membuatkan mereka jadi begitu lesu dan tidak bermaya?

Hidup ini memang dipenuhi dengan berbagai persoalan. Ujian, samada besar atau kecil, datang tiada henti. Namun kenapa sesetengah orang dapat mengatasinya dengan begitu mudah dan sesetengahnya pula terpaksa mengalah?

Semangat dan keyakinan pada diri. Itulah puncanya. Sekiranya dalam diri tidak atau kurang mempunyai unsur ini maka besar kemungkinan diri akan menjadi lesu. Tak bermaya untuk menghadapi cabaran yang menerpa. Tiada pancaran cahaya yang terkeluar daripada mata. Lihatlah pada mata mereka-mereka yang berjaya. Pasti kelihatan begitu bercahaya dan bertenaga. Walaupun mempunyai masalah tetapi masih tetap boleh ceria. Kerana apa? Kerana mereka begitu yakin masalah yang mereka hadapi itu dapat diatasi dan bersifat sementara.

Malam khamis yang baru lepas, ep berkesempatan bertemubual dengan Pak Wattan yang kebetulan sedang bercuti di Malaysia. Sewaktu makan malam bersamanya EP dapat melihat dan kagum dengan keperibadiannya dalam aspek keyakinan pada diri. EP pasti Wkdin dan Poad yang turut hadir pada malam itu dapat merasakannya.

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com