Friday, February 27, 2004

 
'SYSTEMATIC LUPUS ERYTHEMATOSUS' (SLE)

SLE atau dikenali sebagai "lupus" adalah keadaan dimana daya tahan badan semulajadi (autoimun) telah rosak. Daya tahan badan yang sepatutnya melindungi tubuh kita dari serangan kuman, tidak dapat mengesan identitinya sendiri atau 'kawan'. Akibatnya, sistem daya tahan tubuh badan menyerang tisu badan walaupun ia tidak sepatutnya membuat demikian. Ini menyebabkan pesakit mengalami kerosakan pelbagai tisu/organ. Organ/tisu yang sering diserang adalah kulit, sendi, sistem saraf dan ginjal.

Isteri ep kini berada di HUKM sejak 16 Februari 2004. Inilah kali pertama dia tinggal di hospital begitu lama. Biasanya dalam 4 atu 5 hari sudah 'discharge' tetapi kali ini tidak diketahui bila akan di'discharge'. Penyakit SLE yang dikesan hampir 20 tahun yang lalu pada dirinya kini menyerang dirinya lagi. Oleh kerana daya ketahanan dirinya dah berkurang ia mudah kena jangkitan atau 'infeksi'. Terakhir terdapat kuman dalam darah. Ini yang merbahaya sebab bila kuman sudah ada didalam darah ia dapat menyerang yang paling sensitif yakni otak.

Sebelum ini keupayaan organ penting dalam dirinya telah banyak berkurang. Disebabkan itu jantung (darah tinggi), buah pinggang, ginjal (kencing manis), radang kulit, sendi-sendi mula merosot keupayaannya berfungsi. Terakhir setelah dibuat CTScan kelihatan beberapa bintik-bintik kecil pada syaraf otak. Ini yang membuat daya ingatannya kurang stabil. Juga ep baru diberitahu oleh dokter yang merawatnya kini darah dalam badannya kini berkurang. Petanda organ pembuat darah dah mula kendur dalam operasi. Keadaan fizikalnya disebabkan semua ini sangat lemah. Kini dia sudah tidak berdaya lagi untuk berjalan tanpa bantuan.

Isteri ep bolehlah dikatakan termasuk 'success story' juga dalam pengawalan penyakit SLE. Ramai rakan-rakannya yang menderita penyakit yang sama telah lama tiada. Ubat yang perlu diambil olehnya setipa hari berjumlah tidak kurang daripada 15 jenis. Nak kawal segala jenis organ yang terlibat.

Dulu teman sering bertanya adakah ep kahwin lambat. Teman-teman sebaya dengan ep, anak-anak mereka semuanya dah grad dan berkerja. Anak ep masih di sekolah menengah. Sebenarnya penyakit SLE itu membuatkan kami lambat dapat zuriat. Setelah 10 tahun kahwin baru kami dikurniakan cahaya mata. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan Allah SWT kepada kami zuriat.

|

Saturday, February 21, 2004

 
UJIAN

Keseronokan masuk apa-apa pertandingan ialah kita dapat mengetahui dimana tahap kita. Lemah, kuat atau setanding. Ruang untuk memajukan diri senantiasa terbuka. Umpamanya kesempatan itu kita menfaatkan melalui berkenalan dan belajar daripada orang yang lebih arif dalam bidang itu. Pada MBA dan Sri ep nak ucapkan terima kasih kerana memberi tunjuk ajar dalam berhaiku.

EP melihat haiku bukan dari sudut sastera saja. Lebih dari itu. Islam mengajar kita untuk melihat alam agar kita sedar tentang kebesaran Allah SWT. Baris pertama dalam haiku mengandungi 'kigo' yang ada kaitan dengan musim dan alam. Dengan menggunakan mata hati kita dapat melihat atau mengerti sedikit sebanyak tentang kehidupan. Lihat saja haiku ep, setelah diperbaiki oleh MBA,

GUGURAN DAUN
PUSARA TAK BERNESAN
SEPI MENUNGGU

Banyak maksud yang tersirat didalam haiku tersebut. Panjang ceritanya walaupun hanya dipandang dari sudut perspektif ep yang sempit.

Okaylah berbalik kepada ujian atau test cadangan Sri kepada ep.. ni dia haiku ep tentang Hijrah.

-Pengertian-

ROH MAAL HIJRAH
BERJIHAD DUA ALAM
JIWA BERSATU


-Taat-

TERIK MENTARI
LAUTAN PASIR GERSANG
PASRAH NAN DIRI


-Pentunjuk-

KELIPAN BINTANG
KAPAL UNTA BERLAYAR
JETI YANG SIBUK


-Setiakawan-

SARANG LABAH
GUA SEMPIT MERINGKUK
JANTUNG BERDEBAR


- Pengorbanan -

TITIAN SEMUT
SALMON KE TEMPAT ASAL
CITA TERCAPAI

Itulah persembahan ep tentang hijrah.

Petang ini di masjid ep akan diadakan majlis baca doa ahkir tahun sebelum masuk waktu maghrib dan doa awal tahun selepas azan maghrib. Berjemaah menunjukkan kesatuan. Beramai-ramailah kita meraikan tahun baru hijrah dengan majlis doa.


|

Friday, February 20, 2004

 
SIAPA

DAUN GUGURAN
PUSARA TAK BERNESAN
SEPI MENUNGGU

Ulasan. EP tak arif dalam bidang ini. Kita serahkan kepada sensei MBA.

Apabila umur kita sudah hampir senja mau tak mau kita akan berfikir saat yang pasti itu akan tiba. Pendek atau panjang lagi umur yang dipinjamkan masih misteri. Hal ini berbeza dengan pokok dimana kita dapat meramal masa daunnya akan gugur. Lumrahnya pada musim gugur. Persoalan pada diri.. Sudah cukupkah bekalan yang kita bawa buat perjalanan di alam yang akan ditempuhi itu?

EP dah ngantuk nih. Lanjutan cerita esok ya. Boleh? Tak pun 'interpret' sendiri akan cerita tersirat dibelakang kata-kata itu...


|

Wednesday, February 18, 2004

 
HAIKU

Ramai teman ep berhaiku. Zar, hanyasayang dan salina. ep pun tak mau kalah nak juga cuba sastra daripada negara matahari nih. Terus terang ep katakan ep belum atau lebih tepatnya tak dapat menjiwai haiku ini. Ep bab sastra ni memang slow skit. Kebanyakan pantun dan sajak ep main hantam kromo saja. Tetapi haiku ni lain sikit. Dia ada peraturan. Ada bilangan suku kata pada setiap baris ( 3 baris) yang perlu dituruti. Secara amnya 5-7-5 bilangan sukukata pada baris 1-2-3. Diantara baris ada kaitan tersendiri. Nak tahu banyak kenalah baca penerangan dalam blog MBA. Berpandukan tulisan MBA itu, ep pun cubalah buat satu haiku. Beginilah susunannya haiku sulung ep.

KUIH PAU PUTIH
SALJI DI PUNCAK FUJI
PERUTKU SAKIT

Cerita sebenar disebalik haiku tersebut... ep memang sakit perut setelah makan dua biji kuih pau berintikan kaya. Sambil mengusap perut, ep pun terbayang akan keputihan kuih pau tersebut. Jadi baris pertama dan baris ketiga dah ngam. Cuma nak kaitkan dengan baris 2. Teringat cerita inai bermain ski di sebuah gunung di jepun sana. Seketika terlintas gunung Fujiyama. Maka terbentuklah haiku sulung ep.

Perasaan suka gak bila MBA, SriDiah kata LULUS. Oklah tu.. langkah pertama telah dibuat.. akan ep susul dengan langkah seterusnya...

BURUNG BERKICAU
PELANGI WARNA WARNI
HATIKU RIANG


|

Saturday, February 14, 2004

 
TITIK PERTEMUAN

Di dalam apa-apa perbincangan mesti ada titik pertemuan. Titik dimana terdapat persetujuan daripada pihak-pihak yang berbincang. Samada di awal atau diakhir atau dikedua-duanya. Sekiranya tidak ada titik pertemuan maka perbincangan tidak akan berkesudahan. Cuba baca tulisan yang teman ep emelkan kepada ep.

------------------------------------------------------------------
Yazeed and Saadiq were traveling through the desert. It was so hot that the air was shimmering. In the distance they saw something black on the ground.

Saadiq said, “It’s a vulture.”

Yazeed said, “No, it’s a goat.”

They drew closer, still arguing over what it was. Saadiq threw a rock at it. It flapped its wings heavily and lifted into the air.

“See!” said Saadiq. “I told you it was a vulture.”

“That doesn’t prove anything,” said Yazeed. “It could be a goat with wings.”

-------------------------------------------------------------------

Dari sini dapat kita lihat perbincangan di atas tidak akan menemui kata putus atau dengan kata lain titik pertemuan.

|

Thursday, February 12, 2004

 
Awat tak keluak...

|
 
LARANGAN MENYAMPAIKAN TAZKIRAH

JAIS telah mengeluarkan senarai penceramah yang dilarang memberi tazkirah di masjid-masjid di Selangor. 50 penceramah tersenarai dalam daftar tersebut. Daripada 50 penceramah tersebut 5 diantaranya pengajar tetap di masjid ep.

1. Ustaz Ahmad Awang - Tasawur Islam
2. Ustaz Shahril Long - Ceramah Umum berlandaskan Al Quran
3. Ustaz Roslan Mohammad - Tafsir Al Quran
4. Ustaz Azhar Yaakob - Tafsir Al Quran
5. Ustaz Ridzuan Hashim - Fikh As Syafie dan Kanun Jenayah

Daripada 5 penceramah di atas Ustaz Ahmad Awang merupakan penceramah yang paling lama mengajar di Subang Jaya. Melebihi 20 tahun. Bermula dari surau di lot Kedai di SS15 hingga ke bangunan masjid sekarang ini. Kami baru sahaja tamat tentang Rukun Islam dan kini baru memasuki bab Akhlak.

Kenapa mereka mesti berbuat demikian? Dikatakan negara Malaysia ini negara Islam namun tazkirah untuk memperjelaskan tentang Islam disekat. Tidakkah mereka sedar dengan berbuat demikian perasaan meluat akan dilemparkan kepada mereka. Mengapa Istora Jebat bebas untuk menyampaikan dakyah. Tiada sekatan atau larangan. Adakah kerana apa yang disampaikan serasi dengan selera mereka.

EP kuatir kita termasuk golongan yang ambil sebahagian dan tolak sebahagian daripada hukum-hukum Allah SWT. Nauzubillah.


|

Monday, February 09, 2004

 
LAWATAN ke KARANGKRAF SDN BHD

VII – Premis kelima – Percetakan

Telinga ep dikejutkan dengan ‘noise’ apabila pintu masuk ke bilik percetakan dibuka oleh Encik …. (maaf kerana tidak dapat mengingati kembali nama orang muda tu.. tanda-tanda kelanjutan usia). Di sinilah terletaknya jantung Karangkraf. Mesin pencetak. Terdapat beberapa mesin atau jentera pencetak… berkapasiti besar maupun kecil. Kalau tak salah ep semuanya didatangkan daripada Jerman. Namun begitu ep juga perhatikan ada ‘ancilliary parts’ seperti untuk melipat kertas ke saiz a4 yang datangnya daripada Jepun.

Input kepada mesin pencetak.. cara lama menggunakan plate dan cara baru langsung daripada komputer. ‘In-house productions’ menggunakan cara langsung daripada komputer. Percetakan cara lama seperti mencetak ‘advertisment’ berdasarkan ‘plate’ yang telah disediakan oleh syarikat yang berkenaan.

Disamping bunyi bising akibat daripada gerakan mesin dsbnya terdapat satu lagi unsur ‘hazard’ yakni bau ‘solvent’ daripada cat. Kini telah terdapat ‘water-based paint’ untuk menggantikan ‘solvent-based paints’. Samada ‘water-based paints’ telah maju kehadapan dan bersesuaian untuk menggantikan ‘solvent-based paints’ dibidang percetakan ep kurang pasti.

Apa yang menarik perhatian ep adalah mesin percetakan terbaru yang digunakan oleh Karangkraf. EP difahamkan hanya tiga buah mesin yang serupa di Malaysia ini. Dua di Syarikat Akhbar Harian dan satu di Karangkraf. Mesin pencetak ini mampu mencetak sebanyak 40,000 halaman per jam. Mesin pencetak ini buatan Jerman.

Selesai sudahlah lawatan tak rasmi GEJU ke Karangkraf…. Thanks to our gracious host Puan Sri…

Nota kecil… ep sempat singgah ke sangkar Ida atau Aida. Tempat dimana Ida dikurung atau terkurung. Sebelum sampai ke mejanya kita terpaksa lalui muzium komputer dimana komputer-komputer (banyak terlihat compaq desktop) yang telah rosak dan tunggu masa untuk dilupuskan tersusun di rak-rak yang tersedia. Wkdin dah buat tawaran untuk memborong komputer-komputer antik tersebut. Ade ler projek yang dia nak buat tu…

Aida walaupun telah mempunyai blog namun masih malu nak publish blognya kerana takut dikategorikan sebagai syiok sendiri oleh ‘pakar’

|

Sunday, February 08, 2004

 
LAWATAN ke KARANGKRAF SDN BHD

VII - Premis Keempat - Grafik

Sebelum melangkah ke dalam Bilik Grafik ep singgah sebentar ke bilik pegawai yang bidang kerjanya adalah R&D (Research and Development). Beliau memberitahu yang dia telah berkhidmat dengan Karangkraf selama 22 tahun. Samada dibidang yang sama ep kurang pasti. Boleh dikategorikan sebagai perkerja yang setia kepada Karangkraf. Adakah kerana layanan dan imbuhan yang baik? Tak sempat berbual panjang kerana kumpulan GEJU dah hilang daripada pandangan. Sebenarnya ep ingin berbual panjang dengan beliau.. almaklum sajalah ep pun dalam bidang R&D.. cuma bidang pengkhususan saja yang berbeza.

Tumpuan utama di Bilik Grafik adalah pelukis illustrasi muka depan majalah. Semasa kami sampai beliau sedang melukis wajah seorang perempuan yang sedang kesedihan.. air mata mengenang dikelopak mata dan sebutir airmata sedang berada di pipi mukanya. Lukisan dihasilkan dengan menggunakan perkakasan komputer Mac dan perisian I-Design (?). Pelukis bertangan kidal ini menceritakan kemahiran beliau menggunakan komputer untuk melukis adalah hasil daripada ketekunan beliau mempelajari kaedah menggunakan perisian komputer. Memang tidak mudah untuk beralih daripada melukis secara konvensional kepada melukis dengan menggunakan komputer.

Selang beberapa komputer daripada tempat pelukis tadi seorang perkerja sedang buat 'finishing touch' kepada illustrasi 'cover page' novel terbaru Sri, "Jangan Ada Dusta"... Tunggulah tarikh pelancarannya...

Kemi kemudiannya dibawa ke destinasi terakhir...


|
 
LAWATAN ke KARANGKRAF SDN BHD

VI - Premis Ketiga - Senior Editor ( Sri Diah )

Bilik pejabat Sri Diah sederhana saja besarnya. Selain dipenuhi dengan majalah-majalah yang tersusun di rak dan di atas meja, terdapat sebuah carta di dinding berhadapan dengan meja Sri. Carta ini memuatkan jadual kerja dan 'milestones' kumpulan-kumpulan dibawah selian dan kawalan beliau. Rupanya Sri bermasalah juga untuk ingat nama sebenar kakitangannya kerana penggunaan nama samaran sudah menjadi kelaziman di sini. Macam ep jugalah. Mengenali ramai teman blog hanya berdasarkan nama samaran. Nama sebenar tak ingat atau tak tahu. Untuk memudahkan beliau mengingati nama sebenar, nama-nama samaran tadi dipadankan bersebelahan dengan nama sebenar pada carta tersebut. Kalau tidak bisa silap kod.

Dalam apa bidang kerja sekalipun, seperkara yang selalu diperkatakan adalah bagaimana kita memotivasikan perkerja agar mereka dapat 'deliver' tugas yang telah diagihkan. Di Karangkraf mereka mempunyai sistem insentif dimana mereka yang 'deliver' pada masa yang telah ditetapkan akan mendapat imbuhan. Jadi kalau jumlah terbitan majalah tersebut setahun empat kali dan pegawai yang berkenaan 'deliver' pada masa yang telah ditetapkan maka ia akan mendapat ganjaran atau imbuhan sebanyak empat kali. Selain imbuhan atau ganjaran berdasarkan terbitan majalah, mereka juga mendapat kenaikan gaji tahunan dan bonus tahunan. Sistem kiraan jumlah bonus tahunan per individu.. ep lupa tanya. Cuma ep beranggapan ianya dikira berdasarkan prestasi mengikut kaedah 360 deg scorecard system. Penjelasan lanjut kena tanya Sri.

Bagi mereka yang imbuhan bergantung kepada 'deliverables' maka sistem yang diamalkan ini adalah baik. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang menjalankan 'services' seperti penyelenggaraan sistem komputer, jentera dan dsbnya. Sudah menjadi kelaziman di dalam bidang ini di mana mereka rasa terpinggir bila bercakap tentang imbuhan. Bila sistem 'OK' mereka sering dilupakan tetapi bila sistem 'down' mereka menjadi tumpuan (tekanan). EP tak berkesempatan bercakap dengan jurutera berkenaan sistem penyenggaraan apa yang mereka amalkan samada "Predicted", "Schedule" atau "Breakdown" maintenance atau sistem yang lebih canggih. Nak juga tahu kaedah yang digunakan untuk 'reward' perkerja dibidang ini.

Lawatan seterusnya...

|
 
LAWATAN ke KARANGKRAF SDN BHD

V - Premis Kedua - Editor dan Wartawan

Ruang dimana para editor dan wartawan ditempatkan agak luas. Susunan penempatan para editor dan wartawan mengikut pola 'kepulauan' berdasarkan majalah yang diterbitkan. Setiap kumpulan terdiri daripada beberapa wartawan dan dikawalselia oleh seorang editor. Editor mempunyai 'cubicle' dan komputer tersendiri manakala para wartawan pula berkongsi tempat dan penggunaan komputer. Kesemua komputer dirangkaikan (tak tahu nak ceritakan dalam bahasa IT.. asal faham oklah). Komputer yang digunakan 'INTEL-based'. Bagi mereka yang buat DTP mereka menggunakan perkakasan komputer berjenama Mac dan perisian Quark Express. Perisian-perisian lain ep kurang pasti.

EP sempat bertemubual dengan beberapa editor. Kepada setiap editor ep ajukan pertanyaan hampir sama yakni bagaimana mereka mendapatkan bahan yang memenuhi citarasa pembaca untuk dimuatkan ke dalam majalah. Kaedah yang digunakan mereka berbagai. Daripada bahan bacaan hinggalah ke 'on the ground interview' dan selidikan. Jika dibuat perbandingan diantara para editor, ep rasakan editor majalah sukan (bolasepak) menghadapi cabaran yang agak besar. Apa taknya. Kalau dulu ada 'icon' bolasepak seperti Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Shaharuddin Abdullah dan beberapa lagi kini bintang-bintang bolasepak kurang terserlah. Akmal Rizal sekejap timbul sekejap tenggelam. Pasukan Bola Kebangsaan 'nothing to shout about'. Yang paling bersemangat adalah editor majalah IMPIANA. Zar, berminat sangat dalam landskap dan interior design, mengajukan banyak jugalah soalan. Setiap wanita pasti mahukan rumahnya menjadi 'Rumah Impian'. Betul tak, Zar. Semasa berbual sempat juga ep cadangkan 'Singaporean Lifestyles' sebagai satu topik untuk dijadikan satu bahan tulisan. Rupa-rupanya editor dah fikirkan hal yang sama. Tulisan mengenainya akan dimuatkan didalam majalah keluaran yang akan datang atau selepas itu. Lupa nak beritahu.. ada editor yang tanya MAL datang atau tidak. MAL... hang ada buat bisnes ker? Pada mereka yang berpotensi.. sekiranya tulisan mereka tersiar didalam majalah dapatlah mereka imbuhan... dari RM 100 ke RM 300 bergantung kepada jenis tulisan samada bergambar(grafik) atau tidak.

Seterusnya kami dibawa Sri ke opisnya...

|

Saturday, February 07, 2004

 
LAWATAN ke KARANGKRAF SDN BHD

IV - Premis Pertama - Toko Buku

Terletak bersebelahan dengan ruang legar. Sederhana saja luasnya dan dikendalikan oleh seorang petugas. Merupakan 'front-end' bagi pembaca untuk melihat dan membeli bahan percetakan Karangkraf terkini dan juga yang masih beredar di dalam pasaran. Harga jualan dengan diskaun sebanyak 15% kepada setiap pengunjung merupakan daya tarikan kepada peminat setia Karangkraf. EP perhatikan kebanyakan majalah yang dipasarkan adalah untuk wanita. Zar dan Hanyasayang memberi hujah yang agak panjang lebar dan tinggi(?) bila ep ajukan pertanyaan kenapa demikian. Salah satu jawapan mereka adalah wanita memang minat membaca. Banyak membaca banyak maklumat dan seterusnya pasti banyak cakap(?). Kalau nak berdebat dengan mereka sampai ayam berkokok pun tak habis lagi. Namun begitu terdapat juga beberapa majalah khusus untuk lelaki seperti MASKULIN yang dipaparkan di suatu sudut berhampiran dengan pintu masuk. Majalah untuk kanak-kanak pun ada juga. Mengikut Sri karangkraf memasarkan lebih kurang 25 majalah (angka tepat dan jenis atau nama majalah kena tanya Sri).

Semasa berada di sini beberapa GEJU telah ambil kesempatan untuk membeli beberapa naskah novel termasuklah ep (beli dua dapat satu gratis - terima kasih Sri). Sayangnya Novel KLDMS oleh Sri Diah hanya tinggal tiga naskah sahaja. Jadi siapa cepat dialah dapat. Bagi yang tak dapat tu... wkdin.. kenalah tunggu edisi cetakan yang ketiga (bila agaknya). Kalau beginilah sambutan yang diterima oleh Sri Diah... Tokoh Sasterawan Negara akan menjadi kenyataan suatu masa nanti, InsyaAllah.

Setelah membayar apa yang sepatutnya maka kami pun beredarlah ke destinasi seterusnya...

|

Friday, February 06, 2004

 
LAWATAN ke KARANGKRAF SDN BHD

III – Pertemuan

Sementara menunggu keluarnya Sri daripada bilik pejabatnya sempat juga kami memerhatikan beberapa ‘artists’ keluar masuk pejabat karangkraf. Cara jalan lenggang lenggok dan pakaian yang unik memang menarik perhatian kami. Tidak dapat dinafikan kehalusan perasaan mereka dapat mencetuskan ide-ide yang mempunyai nilai seni yang tinggi. Ada juga beberapa pelawat lain yang datang berurus dengan pegawai Karangkraf.

Sri yang dinantikan keluar menemui kami tidak lama kemudian. Senyuman yang senantiasa menghiasi wajahnya membuat kami tidak asing. Satu persatu GEJU wanita ‘dipeluk cium’. Atau lebih tepatnya senggol-senggol pipi. Kemesraan sambutan begitu terserlah. Suasana yang sebelum ini dihiasi omongan biasa telah bertukar menjadi agak bising oleh leraian tawa teman-teman. Kurang pasti siapa yang paling bising tetapi kalau disuruh buat ‘educated guess’ mungkin ep boleh ‘single out’ siapa orangnya.

Setelah bertanya khabar maka bermulalah sesi lawatan…

|
 
LAWATAN ke KARANGKRAF SDN BHD

II - Penantian

Perjalanan dari opis zar ke Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan berjalan lancar. Berpandukan alamat yang ep perolehi daripada weblog Sri, kami tiba di Karangkraf Sdn Bhd pada jam 10.45 pagi. Kami merupakan yang pertama sampai. Hanyasayang bila dihubungi masih berada disekitar PKNS, Shah Alam. Bersamanya Salina. Wkdin dalam perjalanan. Mush.. alahai baru nak bertolak dari rumah. Kul berapa nak sampai menjadi tanda tanya. Manmoncang tak ada nombor h/set jadi takleh nak hubungi. Mal.. tak sihat dan tak dapat menghadirkan diri (tak tidur semalaman).

Setelah semuanya sampai, kecuali mush, kami pun masuk ke ruang legar menantikan Sri. Hanyasayang pergi berjumpa penyambut tetamu memberitahu tujuan kami datang ke situ. Mungkin ada sesuatu yang melucukan sekembalinya hanyasayang dari meja penyambut tetamu. Ini jelas tertera dari raut muka hanyasayang. (Bab nih kena tanya hanyasayang). Sebenarnya ep kurang pasti bila manmoncang sampai. Tahu tahu dah sudah berada bersama kami. Sesuatu yang pelik sikit tentang manmoncang ni adalah walaupun dia tinggal di Shah Alam, dia masih perlu diberi arah pandu ke Karangkraf padahal tempat ini merupakan laluan hariannya sewaktu masa dahulu.

Tengok tapi tak nampak. Begitu juga dengan ilmu walaupun berada di depan mata namun tak kelihatan. Oleh sebab itu penting bagi kita untuk mencarinya. Kerana dengan mencari baru akan kita menemuinya. Dengan kata lain usaha. Bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung mana dapat sagunya.


|
 
KHAMIS, 5 Februari 2004
LAWATAN KE KARANGKRAF SDN BHD

I - PERJALANAN


Sepertimana dijanjikan ep call zar pada jam 8.45 pagi.

"Assalamu 'alaikum zar, apa khabar?". Ep memulakan percakapan dengan zar. Dalam hati ep berkata, kalau zar tak dapat pergi pasti dia berasa sangat sedih kerana lawatan ini ada sangkut paut juga dengan tugasnya sebagai 'editor' majalah di tempat kerjanya. Rancangan untuk pergi berjumpa Sri memang sudah lama diatur. Cuma nak menentukan hari yang bersesuaian dengan jadual Sri.

"Waalaikumsalam. Alhamdulillah, hari ini lebih baik daripada semalam", begitulah kira-kira jawapan zar. Lepas tu bla.. bla.. bla.. tentang dia datang opis berkenderaan motor sebab masih fobia untuk memandu menggunakan kereta Proton Saga lama yang disediakan oleh bengkel kereta.

"Alhamdulillah.. itu menunjukan tanda positif keadaan dah bernasur pulih. Sekiranya sakit tidak berkurangan kenalah pi jumpa dokter lagi. Ok.. ep akan 'pick' zar kat opis pada jam 10.00 ~ 10.15 pagi. Mush ada tak?" ujar ep.

"Mush tak datang opis..mc kot sebab migraine", sahut zar

(sejak balik daripada lawatan ke Karangkraf.. terlonjak juga nak berjinak-jinak dengan bahasa sastera. Almaklum sajalah kita ni orang teknikal. Bahasa lurus dan tak berbunga. Parang berkarat.. kalau diasah berkumgkinan akan tajam dan berkemungkinan juga akan rosak samasekali)

bersambung...

|

Monday, February 02, 2004

 
TAAT

Banyak pelajaran dan pengajaran yang boleh ditimba daripada kisah-kisah di musim haji ini. Salah satunya adalah taat. Taat kepada perintah Allah SWT dan taat kepada orang tua. Taat kepada Allah SWT bergantung kepada keimanan dan ketaqwaan. Taat kepada orang tua bergantung kepada apa pula? Setahu ep setiap agama mengajar pengikutnya untuk taat kepada orang tua terutama kepada ibubapa. Sedihnya taat atau 'respect' kini kian terhakis. Adakah ini merupakan satu degradasi moral?

Islam mengajar pengikutnya untuk taat kepada ibubapa. Kisah-kisah akibat penderhakaan banyak diriwayatkan. Di dalam AlQuran pun tertulis larangan untuk tidak mengatakaan perkataan yang boleh menyakitkan hati ibu hatta perkataan 'auf' sekalipun.

Penderhakaan boleh wujud dalam tiga wajah atau bentuk:

1. Melalui perbuatan
2. Melalui perkataan
3. Melalui hati

Bahaya penderhakaan yang kita sering terjebak adalah penderhakaan melalui hati. Kepada mereka yang masih mempunyai ibubapa hati-hatilah terhadap ini. Ingat apabila kita lakukan dosa kepada insan maka kita perlu minta kemaafan atau keampunan daripada insan tersebut.

|

Sunday, February 01, 2004

 
KORBAN di MDESJ

Alhamdulillah aktiviti korban di MDESJ sebanyak 22 ekor lembu telah selamat dijayakan. Aktivit yang bermula pada jam 10.00 pagi itu berakhir pada jam 3.45 petang. Pada tahun ini kekuatiran ep, yakni tak ramai yang berminat untuk kerja potong tulang, tidak menjadi kenyataan kerana seramai 17 jemaah menyertai kumpulan ep. Dengan demikian kera-kerja pemotongan tulang berjalan dengan baik. Tidaklah seperti tahun lepas dimana kumpulan ep 'dikejar' untuk menyiapkan bahagian tulang lembu-lembu tersebut mengikut giliran. Pada tahun ini adalah masa untuk rileks sikit.

Walaupun badan terasa begitu letih sekali hati berasa gembira. Gembira kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab bersama teman-teman. Walaupun ada sudah berumur, melebihi 60 tahun, mereka masih rela menyumbang tenaga. Terima kasih teman-teman.

Semasa ep sedang asyik memotong tulang abang zar datang. OLeh kerana dah terlalu lama berposisi duduk memotong tulang ep merasakan begitu sukar untuk bangu. Badan macam 'jem' aje dalam posisi duduk. Ramai yang melihat gelagat ep tertawa. Setelah membuat senaman sedikit sebanyak dapat lah ep berdiri tegak dan seterusnya berjalan menuju ke bahagian 'distribusi' atau pengedaran. Sebiji kepala dan ekor lembu diserahkan kepada abang zar. Pasti abang zar pakar dalam memproses kepala lembu. Bukan senang nak ambil bahagian di dalam kepala lembu tu.

Seringkali bila asyik berkerja ep lupa atau lebih tepat kurang berselera untuk makan. Nasi lemak yang disediakan ep bagi kepada petugas kumpulan ep. Ep cuma sekadar minum air aje. Begitu juga semasa makan tengahari. ep tak makan juga. Minum air lagi. Sampai beberapa cawan air batu bandung. Pasai nih kot yang buat selera lari.


Sekarang baru terasa lapar....


|
 
TAKBIR II

Selain mengingatkan kita akan datangnya Hari Raya, takbir juga mengingatkan kita akan peperangan Ahzab atau peperangan Khandak. Banyak ikhtibar yang boleh diperolehi daripada perang khandak ini. Salah satu blog yang pernah ep layari menceritakan kisah perang khandak ini dengan cukup jelas. Sayangnya ep tidak ingat url blog tersebut. Mungkin teman-teman blog yang mengetahui akan blog tersebut beritahu pada ep akan urlnya. Ep dahului dengan ucapan terima kasih.

Takbir kini berkumandang daripada corong-corong pembesar suara masjid memanggil kita untuk bersama-sama melaungkan takbir. Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar. Sholat Aidul Adha akan bermula pada jam 8.30 pagi. Aktiviti korban pula akan bermula pada jam 10.00 pagi. Sekarang dah jam 8.10 pagi. Ep nak kena siap untuk pergi ke masjid. Tak mandi lagi nih.. mandi sunat idul adha.

Jumpa lagi...

|
 
TAKBIR

Sejurus selepas sholat maghrib maka bergemalah takbir menandakan masuknya 10 Zulhijah.. Hari Raya Idul Adha. Oleh kerana nada atau melodi takbir kita di Malaysia ini mendayu-dayu maka dengan cara tak langsung jiwa kita pun turut seirama dengan alunan takbir itu. Sedih. Sedih kerana teringatkan orang yang telah tiada bersama kita terutama ibu dan ayah. Suara takbir ayah disuatu masa dulu masih terngiang- ngiang di telinga. Kesyahduan gemaan takbir itu menyebabkan genangan air dikelopak mata. Disaat-saat beginilah kerinduan kepada orang tua meresap ke dalam jiwa.

" Ya Allah ya Rabb, Ya Rahman Ya Rahim... kau rahmatilah kedua orang tua ku, guru-guruku, sanak saudaraku dan muslimin dan muslimat sekalian. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang". Doaku untuk mereka.

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com