Saturday, December 24, 2005

 
ARAFAH

Gelombang Putih
Selubung bumi Arafah
Gema pujian


Musim haji tiba lagi. Pada 9 zulhijah nanti bumi Arafah akan dibanjiri oleh jutaan manusia daripada berbagai pelosok dunia dengan misi yang satu. Ada yang kali pertama dan ramai juga yang melakukan untuk kesekian kalinya.

Beberapa teman ep turut mengerjakan fardhu haji pada tahun ini. Keriangan pada wajah-wajah dan hati mereka tidak dapat digambarkan. Apa taknya. Mereka merupakan orang-orang yang terpilih. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan mereka dan mereka memperolehi haji yang marbrur.

|

Friday, December 23, 2005

 
BANJIR

Hujan nan lebat
Insan banjiri dewan
Mata tergenang


Tiga puluh tahun berlalu. Ramai yang telah melupainya. Kini ia datang lagi menutupi kawasan tanah dengan air yang dibawanya bersama. Begitulah keadaan yang dialami oleh penduduk di Perlis dan bahagian utara Kedah beberapa hari yang lalu. Banjir atau bah mengikut istilah orang utara.

Pada setiap keadaan atau musibah yang menimpa pasti ramai yang akan kehilangan terutamanya harta benda yang musnah. Ratap dan rintih akan kedengaran dimana-mana. Kita yang dikejauhan turut simpati ke atas mereka yang ditimpa mala petaka ini. Semoga mereka-mereka menerimanya dengan penuh kesabaran.

Bagi yang alpa terhadap Allah swt semoga apa yang terjadi akan membuatkan mereka sedar kembali dan memjadikannya sebagai iktibar.

|

Thursday, December 15, 2005

 
PULANG

Segak Bergaya
Kapten Industri Getah
Tinggal Kenangan


Tan Sri Datuk Ahmad Farouk, mantan Pengerusi dan Pengawal Lembaga Getah Malaysia telah pulang ke rahmahtullah pada hari rabu, 14 Disember 2005, kira-kira jam tiga petang. Beliau akan dikebumikan pada hari ini pada jam 10.00 pagi.

Semoga Allah swt mengampuni segala dosanya dan menempatkan dirinya bersama orang-orang solihin.

|

Wednesday, December 14, 2005

 
MALAS

Gemersik syahdu
Lena dalam dakapan
Diri terapung


Sudah sekian lama ep tidak menulis. Tanpa disedari, ep telah dijangkiti penyakit malas. Malas untuk menulis. Rupanya penyakit ini telah merebak dengan agak meluas. Buktinya. Ramai teman ep yang telah merehatkan diri mereka daripada menulis. Ada yang membiarkan blog mereka menjadi usang. Tidak kurang juga yang telah menutup rapat blog mereka. Dan ada sebahagian yang mungkin telah meroboh ratakan blog mereka.

Adakah mereka telah jemu dek kerana jalan cerita penulisan yang dipaparkan saban hari hampir sama? Ataukah kehidupan mereka sudah menjadi hambar hinggakan sudah tiada lagi cerita yang dapat dikongsi sama?

Bagaimana pula dengan ep? Sukar untuk dijawab. Ep sudah kehabisan modal? Jawapannya - tidak benar. Habis kenapa? Salah satu sebabnya ialah komputer di rumah sering digunakan oleh anak sedara ep. Tu cuma alasan. Yang sebenarnya ep.. mim alif lam sim. Ha... ha... ha...

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com