Tuesday, August 30, 2005

 








Bapa Bergaya
Melaungkan 'MERDEKA'
Inggeris Pulang

Gema "MERDEKA"
Tangan Terjah ke Atas
Negara Baru

Tanah Merdeka
Minda Masih Dijajah
Penjara Hidup

|

Friday, August 26, 2005

 

GETAH

Pokok Berbonggol
Lateks Titis ke Mangkuk
Bank Kehidupan




Foto ehsan: hangbuah.blogspot.com


Walau dirinya dilukai namun ia masih berbakti. Malah pada suatu ketika dirinya diabaikan begitu saja. Dikelilingi oleh semak samun. Namun apabila harga getah naik dipasaran, ramai yang ingin bertemankan dia.

|

Sunday, August 21, 2005

 

BERSANTAIAN


Sekolah Tutup
Bising Reda di Jalan
Rileks di Pantai




Foto Ehsan: salina.blogspot.com



Satu hal yang amat ketara apabila bermulanya cuti persekolahan adalah jalanraya menjadi agak sepi berbanding semasa sesi persekolahan. Ini adalah kerana ramai yang mengambil kesempatan musim cuti persolahan untuk berlibur atau bercuti. Tempat tujuan mereka kebanyakannya di pantai-pantai atau pun tempat peranginan. Bagi yang kelebihan simpanan mereka mengambil kesempatan ini untuk melancong ke luar negara.

Namun begitu ramai juga yang terpaksa akur dengan situasi yang tidak memungkinkan mereka pergi berlibur. Anak-anak akan menghadapi ujian dan tumpuan perlu untuk itu. Keadaan kewangan yang kurang menyakinkan juga merupakan faktor-faktor yang tidak membolehkan bercuti ke tempat-tempat tertentu.

Pada musim cuti persekolahan ini ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Maka tak heranlah jika jemputan untuk ke majlis walimatul urus juga bertambah. Dan disebabkan ini ramai juga yang menerima beberapa jemputan pada hari yang sama.

Disuatu sudut kita dapat lihat di majlis perkahwinan merupakan tempat pertemuan sanak saudara dan sahabat handai. Disinilah terjadinya 'updates' perkabaran dan berita tentang perihal rakan-rakan. Perubahan dari segi status kehidupan, kerjaya dan sebagainya.

Kepada semua teman-teman yang sedang berlibur ep ucapkan 'Selamat Berlibur' dan kepada yang akan melangsungkan perkahwinan ep ucapkan 'Selamat Menempuh Hidup Baru'.

|

Wednesday, August 17, 2005

 
KEMATIAN

Kereta Laju
Kucing Digilas Tayar
Terbujur Kaku


Semalam seekor (Putih) dan hari ini sebentar tadi ep telah diberitahu oleh anak ep bahawa seekor (Boy) lagi kucing ep kematian akibat dilanggar oleh kereta di hadapan rumah ep. Kucing-kucing tersebut merupakan adik beradik daripada empat ekor yang dilahirkan. Kini yang tinggal hanya seekor daripadanya (Hitam). Sebelum ini seekor(Fifi) telah dicuri orang.

Kini di rumah ep hanya tinggal Danny (yang tertua), Hitam dengan seekor anaknya, Kiki, Fifi (adik kepada Fifi yang telah dicuri), Tamcik, Oren dan pendatang (Belang). Danny pernah dilanggar dua kali. Dua-dua kali kena masuk hospital.

Dengan kematian kucing2 tersebut maka kini ep sudah tidak ada yang menemani ketika pergi dan balik daripada masjid.

|

Saturday, August 13, 2005

 

MENANTI ESOK

Menopang Dagu
Dahi Berkerut Lebar
Menanti Esok



Foto Ehsan: amyz93.fotopages.com




Kita merancang dan Allah SWT yang menentukan. Yang pentingnya kita telah merancang sebaik mungkin. Itulah yang sering memenuhi difikiran ep kebelakangan ini. Kalau untuk ep sahaja boleh dikatakan tidaklah begitu rumit kerana apa yang ada pada ep sekarang ini sudah mencukupi untuk bekalan ep di masa yang akan datang. Yang seringkali memenuhi fikiran ep adalah tentang kehidupan masa depan anak-anak. Apakah mereka sudah cukup bersedia? Sudahkah mereka boleh berdikari?

Bila berdepan dengan berbagai masalah yang rumit hati tidak akan menjadi tenteram. Terlebih lebih lagi jika usia masih muda dan imam di dada masih lemah. Akibatnya bukan saja minda menjadi lemah, fizikalnya juga menjadi lemah. Tiada ghairah. Hilang tumpuan dan sebagainya. Apa yang dilalui itu adalah merupakan sebahagian daripada cabaran kehidupan. Dan sekiranya mereka tidak mempunyai kekuatan maka berkemungkinan mereka akan terjebak ke dalam lembah kehinaan.

Sesetengah orang mengambil jalan mudah. Tak perlu fikir panjang-panjang.

Que sera, sera
whatever will be will be
the future's not ours to see
Que sera, sera
what will be will be

|

Tuesday, August 09, 2005

 

RENUNG DIRI


Seorang Tua
Renung Jauh ke Depan
Masa Berhenti




Foto ehsan: ungkunor.blogspot.com


Semasa Geju Foto Outing pada hari Ahad yang lalu kelihatan seorang tua sedang duduk sendirian di atas kerusi. Beliau diam sahaja walaupun kami berdiri disekitarnya. Mungkin padanya waktu atau jam pada ketika itu berhenti. Tiada aktiviti yang sedang berlaku.Matanya merenung jauh ke hadapan ke arah tasik dan rimbunan pohon.

Mungkin itu akan menjadi kelaziman bagi yang tak berteman. Mereka yang suka mengasingkan diri dari menceburi aktiviti masyarakat. Mereka merasa selesa berkeadaan demikian hatta dalam kesepian.

Berbeza pula keadaannya di sebuah kerusi yang lain dimana terdapat sepasang kekasih (?) sedang bercanda. Ada saja yang diperbualkan mereka. Kelihatan begitu mesra dan gembira.

Begitu juga halnya dengan ahli Geju yang sedang ber'outing'. Masing-masing menfaatkan masa mengikut perasaan sendiri. Yang masih 'singles' dengan keriuhan telatah. Yang 'singles' tetapi terikat mengawal diri agar tak ter'over'. Yang dah terikat kelihatan santai. Dan yang terakhir sering membawa diri. Merenung jauh.

|

Thursday, August 04, 2005

 
SIBUK

Sawah dibajak
Burung menyambar cacing
Roda Berputar


Kesibukan datang melanda bagaikan tsunami. Letih badan dan minda untuk menanganinya. Seringkali juga kerja dibawa pulang namun disebabkan keletihan minda apa yang dibawa pulang masih tidak terusik. Dan kerja diusung semula ke pejabat pada hari esoknya. Pengtakrifan samada kerja itu 'urgent' dan atau 'important' perlu dibuat agar mana kerja yang perlu dilakukan segera didahulukan. Sekiranya tidak berbuat demikian maka kemungkinan besar kita berbuat sesuatu yang kurang arif dalam pelaksanaan.

Pada saat-saat begini diri terasa iri dengan mereka yang enak-enak bersantai di tempat-tempat peranginan seperti di pulau dan pergunungan. Tekanan yang menghimpit terasa kendur dek hembusan angin sejuk dan nyaman.

Namun semuanya belum menjadi kenyataan. Tugasan perlu diselesaikan. Dan masa tidak menanti kita.

|

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com