Friday, September 30, 2005

Dimanakah Mereka?
Mesra bersama
Rindu kala tiada
Jalinan lerai
|
Wednesday, September 28, 2005
MELEPAS
Badan berpeluh
Kereta pacu laju
Rumah nan sepi
Di zaman ini pada umumnya suami dan isteri berkerja samada di Jabatan Kerajaan atau pun di swasta.. Dan oleh kerana jodoh itu ditentukan oleh Allah swt maka seringkali kita dengar pasangan yang baru kahwin terpaksa tinggal berasingan. Hal ini berterusan sehinggalah salah seorang daripada pasangan itu mendapat ‘pindah tempat kerja’ ke tempat yang berdekatan dengan tempat kerja pasangannya.
Demikianlah juga halnya dengan kehidupan ep. Terpaksa tinggal berasingan dengan isteri. Jadual pertemuan telah disepakati, seminggu ep ke rumahnya di Kuala Pilah dan minggu berikutnya isteri pula datang ke rumah ep di Subang Jaya. InsyaAllah tahun hadapan isteri ep akan pindah tempat kerja. Kuranglah sedikit perjalanan antarkota pada setiap minggu buat ep dan isteri.
Bercakap tentang tinggal berasingan ini teringat ep akan kisah kawan ep pada suatu masa dulu. Kala itu kawan ep baru saja mendirikan rumahtangga dan umur mereka masih muda. Darah panaslah katakan. Serupa juga dengan ep mereka membuat jadual pertemuan pada setiap hujung minggu. Oh.. ya lupa nak bagi tahu. Teman ep tinggal di Bukit Ibam, Pahang dan isterinya di Kuala Lumpur. Masa tu handphone masih belum meluas lagi penggunaannya.
Alkisah terjadilah suatu insiden yang agak malang. Pada minggu itu mengikut jadual giliran si isteri balik ke rumah kawan ep di Bukit Ubam. Akan tetapi oleh kerana ‘darah dah naik ke kepala’ dan untuk membuat kejutan, kawan ep telah pergi ke rumah isteri pada masa jauh lebih awal dari waktu isterinya selalu bertolak daripada KL. Tujuannya berbuat demikian adalah dengan harapan ia akan bertemu isterinya sebelum isterinya bertolak. Si isteri pun sedang ‘darah naik ke kepala’ maka ia pun bertindak bertolak daripada rumahnya lebih awal daripada kebiasaannya.
Maka terjadilah apa yang tidak diharapkan. Apabila kawan ep sampai ke rumah isterinya di dapati rumah tu kosong. Begitulah juga si isteri mendapati rumah kawan ep kosong. Maka terlepas hajat untuk bersama lebih awal. Tertunda juga akhirnya…
Moral of the story… jangan suka buat kejutan.. takut diri pulak yang terkejut.

Saturday, September 17, 2005
RAGAM KEHIDUPAN
Ikan di laut
Asam di darat
Masakan ikan asam pedas
eh.. eh.. darimana datangnya pedas?
Seminggu telah berlalu dan dalam masa seminggu itu banyak yang telah berlaku. Dan didalam setiap sesuatu yang berlaku pasti ada suka dan dukanya. Itulah yang dinamakan asam garam kehidupan. Tak terkecuali jalan kehidupan yang telah ep lalui.
Nanti ep sambung. Yang atas itu sekadar mukadimah.

Monday, September 12, 2005

PERMULAAN BARU
Tangan dihulur
Jari disarung cincin
Padi disemai
Foto ehsan: ungkunor.blogspot.com
Alhamdulillah pada Sabtu, 10 September 2005, jam 10.30 pagi bertempat di Masjid Jamek YAM Tuan Raden, Kuala Pilah telah selamat berlangsung majlis akad nikah ep dan pasangan.
Ep memohon maaf kerana tidak menjemput teman-teman semua kerana majlis yang kami buat adalah sungguh sederhana dan dikhususkan untuk sanak sedara sehaja. Terima kasih kepada Tasha & malik, paklatif, zar, melor dan pasangan2 mereka kerana telah sudi menganggotai rombongan pihak lelaki.
Ep ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ungkunor kerana telah merakamkan detik-detik bersejarah itu.
|
Friday, September 02, 2005
SALAH SIAPA?
Gelombang di udara
beralun berbagai frekwensi
ke segenap benua
sebilangan kecil
bisa diterima mengikut kadar
jelas dan sebaliknya
|
Gelombang di udara
beralun berbagai frekwensi
ke segenap benua
sebilangan kecil
bisa diterima mengikut kadar
jelas dan sebaliknya
|