Saturday, January 29, 2005
PANJANG UMUR
Darah Mengalir
Rahang Terbuka Luas
Badan Gemetar
Begitulah keadaan kucing ep, Danny, ketika ia pulang ke rumah beberapa hari yang lalu. Ini merupakan kali kedua ia dilanggar oleh kereta yang menyebabkan rahang mulutnya patah. Terpaksalah anak ep, Anisah, membawanya ke klinik veterinari yang berdekatan. Ia dirawat di klinik tersebut selama 4 hari bagi membolehkan dirinya menjadi stabil dan pembedahan untuk memasang dawai mengikat rahang.
Dua hari yang lalu kami terpaksa bawa dia ke klinik semula kerana terjadi pendarahan setiap kali beliau makan. Mungkin disebabkan pemasangan dawai yang kurang rapi atau pun danny kurang selesa dengan adanya dawai tersebut dan memcuba menguiskannya keluar daripada mulutnya.
Semalam Danny diperbolehkan pulang. Kesian lihat badannya yang telah susut banyak. Sesampai di rumah danny agak bising juga kerana kelaparan. Betapa rakusnya dia apabila disuap dengan makanan. Alhamdulillah tiada darah yang mengalir pada kali ini. Setengah tin besar makanan kucing habis dimakannya. Setelah kenyang baru dia diam.
Insiden dilanggar oleh kereta ini merupakan kali kedua berlaku kepada Danny. Kes yang pertama dulu lebih serious. Selain patah rahang, Danny juga kehilangan penglihatan sebelah mata.
|

Tuesday, January 25, 2005
Banyak peristiwa yang berlaku pada hari raya korban ini. Suka dan duka silih berganti. Kalau nak diceritakan kesemuanya akan memakan berkajang-kajang kertas. Untuk tidak membosankan ep akan paparkan sebuah sajak daripada pembantu rumah ep. Beliau telah meninggalkan rumah ep tanpa pesan pada pagi subuh hari sabtu yang lalu.
DUDA
Baru sekarang
oh aku rasakan tak punya suami
Rasanya kesepian
tiada tempat untuk mencurahkan
Rasa rindu oh serta kasih sayang
Barulah satu bulan diriku ditinggalkan
Aku sudah tak tahan menahan kesepian
Ya Allah Ya Tuhan! hindarilah segala godaan setan
Sedangku menyayangi sedangku mengasihi
Suamiku yang tercinta kini telah tiada
Tuhan yang kuasa ampuni segala dosanya
Semoga kudapat cari gantinya seperti dia
Mengapa?
Mengapa ku memujamu
Mengapa ku mencintaimu
Bukankah hak manusia dicintai dan mencintai
Oh... oh ternyata indahnya cinta
Berubah jadi derita
Ternyata indahnya cinta
tak seindah yang dibayangkan
ku kagumi pribadinya
Bagaikan petir disiang hari
Bagaikan layang-layang putus dari talinya
Bagaikan langit tertutup awan
Sekian lama kita bahagia
Sekian lama kita berpisah
Suka dan duka kita jalani
Kau putus tali perkahwinan kita
Kini diriku menjadi janda
Kini dirimu telah berdua lagi
Kini diri menjadi.. menjadi merana
Tiada kusangka tiada ku duga
Badai melanda rumahtangga kita...

Monday, January 24, 2005
SEDEKAH
Paip Tertutup
Takungan Tanpa Air
Hati Dahaga
Paip berisi air sebesar mana pun tidak berguna jika paipnya tertutup. Takungan yang menanti akan curahan air daripada paip tersebut akan tetap kosong selagi tiada yang membuka kepala paip. Dan disebabkan itu dahaga yang dirasakan akan terus berpanjangan. Adakah penantian itu sia-sia disebabkan sifat negatif pada diri?
Begitulah keadaan hati kita yang dahaga akan suntikan pahala amalan. Tiada gunanya harta atau rezeki yang Allah SWT berikan kepada kita kiranya ia tidak diuruskan menurut syariat Islam yang dituntut kepada kita. Nilai sesuatu pemberian bukannya terletak kepada jumlah atau quantum tetapi kepada nilai keiikhlasan dalam diri. Untuk memupuk nilai keikhlasan maka perlulah kita senantiasa amalkan sifat atau semangat memberi tanpa mengharapkan balasannya di dunia. Pada setiap diri ada nilai yang boleh diberikan untuk membantu.
Persoalannya sanggupkah kita memberi sesuatu yang kita sayangi?

Wednesday, January 12, 2005
PATUH
Lautan Pasir
Lembah Tanpa Pepohon
Bayi Menangis
Peristiwa Nabi Ibrahim as meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail as yang dikasihinya di Makkah yang ketika itu belum berpenghuni akan diulang-ulang hingga ke akhir zaman. Begitulah sifat mereka yang benar-benar bertaqwa. Patuh dan redha akan perintah Allah SWT.
Ep tidak ingin mengulangi kisah itu kerana ramai yang mengetahuinya secara mendalam. Apa yang ep ingin katakan di sini adalah bagi mereka yang berada didalam keadaan yang hampir serupa mereka perlulah ambil ikhtibar dan pengajaran daripada kisah itu. InsyaAllah, Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar kepada mereka berkat kesabaran dan keredhaan mereka terhadap segala ujian dan ketentuan Allah SWT.

Sunday, January 09, 2005
MENITI KEHIDUPAN
Kabus Nan Tebal
Duri Merobek Baju
Melangkah Maju
Realiti perjalanan kehidupan yang kita lalui dipenuhi dengan berbagai kesulitan dan masalah. Setiap hari ramai yang terpaksa berhadapan dengan berbagai kesulitan, samada kecil atau besar. Cara mana sesorang itu menyelesaikan persoalan banyak bergantung pada keperibadian masing-masing. Sekiranya dirinya kuat dan berkemampuan maka persoalan itu dapat diselesaikan secara berhadapan dan bersendirian. Namun ada kalanya dia terpaksa menggunakan jalan lain dan memerlukan bantuan. Apabila diperlukan bantuan, disinilah akan timbul masalah. Siapakah yang sanggup untuk membantu?
Seringkali kita dengar dikala diri dihimpit masalah ramai yang mengeluh. Ramai yang mempersoalkan dan bertanya. Kkenapa begini dan kenapa begitu?. Kenapa ianya terjadi pada dirinya? Pada lain keadaan pula apabila diri berada dalam senang lelang atau mewah tak kurang pula yang lupa diri. Berbuat semaunya. Seolah-olah dunia ini dialah yang punya.
Dalam apa pun keadaan kita perlu ingat segala sesuatu yang terjadi merupakan ujian daripada Allah SWT. Baik dalam keadaan senang atau pun dalam keadaan susah. Lagi tinggi martabat kita lagi besar ujiannya. Samalah seperti mengambil peperiksaan. Makin tinggi tingkat makin susah ujiannya.

Tuesday, January 04, 2005
MEGAH BERDIRI
Bumi Bergegar
Runtuhan Tutup Tanah
Megah Berdiri
Sudah berapa kali peristiwa dimana Masjid tetap berdiri megah di antara runtuhan bangunan setelah terjadinya gegaran bumi. Di Istanbul, Sabah dan terakhir di Banda Aceh. Bagi yang beriman peristiwa sedemikian akan memperkokohkan lagi keimanan dalam diri. Namun bagi yang kufur atau tiada keimanan dalam diri, peristiwa itu hanyalan dianggap sebagai suatu fenomena sahaja.
Marilah kita sama-sama rujuk kepada AlQuran dan Hadith tentang peristiwa bencana alam ini dan mengambil ikhtibar daripadanya.

Saturday, January 01, 2005
KASIH IBU
Bilik Yang Sempit
Teman Ramai Ziarah
Diri Dimanja
Walaupun usia anaknya sudah mencecah 27 tahun namun perhatian seorang ibu terhadap anaknya masih tidak lentur. Sanggup menemani anaknya sebilik walaupun di tempat itu memang telah tersedia jururawat untuk mengawasi dan beri perhatian secukupnya apabila dikehendaki. Begitulah pengorbanan seorang ibu terhadap anak bongsunya. Anak yang ke-10 kalau tak silap ep.
Siapakah anak yang beruntung itu?

NGIDAM
Pasembor Mamak
Ngidam Tahap Tertinggi
Tukar Selera
Selesai menziarahi teman geju yang baru saja menjalani operasi buah hempedu di salah satu hospital di Shah Alam, kami pun beramai-ramai ke restoran mamak kerana ingin memenuhi hajat atau ngidam salah seorang teman. "Teringin sesangat nak makan pasembor mamak", begitulah ujarnya. Untung ada yang agak 'familiar' dengan persekitaran maka sampailah kami ke sebuah restoran mamak.
Maka bermulalah sesi mengoder minuman. Bab ni okler. Tapi yang lucunya bila sampai ke bab mengoder makanan budak yang ngidam pasembor tu pi oder mee goreng mamak??? Waduh waduh cepatnya berubah selera ngidam. Mungkin kot cara pemikiran camni yang membuatnya sering sesat bila memandu ke suatu tempat. Otak kata kiri, tangan pusing kanan...
Jangan marah yer!!!

KEHIDUPAN BARU
Sinaran Cerah
Dua Tangan Berganding
Arah Nan Satu
1 Jan merupakan tarikh yang senantiasa dinantikan kerana ianya merupakan hari ulang tahun perkahwinan ep. Pada 1 Jan 2005 ini adalah yang ke 27. Namun kali ini ianya cuma meningatkan ep akan angka sahaja kerana isteri ep kini tiada disamping. Kini tarikh ini menjadi hari ini dalam sejarah.
Hari ini ep biasanya bersama keluarga makan di luar. Namun disebabkan beberapa yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditunda ke minggu hadapan.
Pagi tadi selesai sholat subuh ada pengumuman yang mengatakan salah seorang jemaah kariah MDESJ dan juga kenalan rapat ep yang dikenali dengan nama Pak Abu telah pulang ke rahmahtullah akibat sakit tua. Terakhir ep berjumpa dengannya semasa kami bertakbir raya eidul fitri dari rumah ke rumah. Satu perkara yang tidak dapat ep lupakan adalah semasa kami berada di tanah Makkah menunaikan ibadah umrah suatu masa dulu. Setiap kali berjumpa dengannya pasti ia akan menceritakan kisah itu kepada rakan-rakan yang lain.
Ramai teman ep telah sampai ke garis penamat. Kini mereka menanti di seberang sana. Buat mereka yang telah pergi ep hadiahkan pahala AlFatihah dan didoakan semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang sholeh.